Cuba saudara-saudaraku baca tulisan di bawah ini yang ditulis oleh Hj. Lukman Bin Moidin, Penceramah Motivasi dan Kaunselor. Beliau telah mengulas jawapan balas Tok Guru Nik Aziz dalam akhbar Harakah Bil. 1612 tentang isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Berikut lontaran pandangan Sdr Hj. Lukman Moidin tentang isu itu supaya tuan/puan/sdr pembaca blog ini dapat menilai dan berfikir secara rasional berasaskan fakta dan bukan emosional serta auta.
Seperti
biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman'
UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian
ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam'
melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa
selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap
UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun
Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.
Beliau
lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951
melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO
sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi
dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling
halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah
membenarkan Pas ditubuhkan.
Apakah
benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan
oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau
mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas.
Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik
Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?
Malah
ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar
dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai
dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.
Ketika
itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong
Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong
Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana
pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang
tidak menyertai Pas?
Saya
tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti
ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik
Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya
pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.
Seperti
mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan
marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak
terkecuali melakukan perbagai kesilapan.
Namun
jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum
sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur
kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik
sebagai khalifah.
Besar
sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan
sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir
seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan
untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota
Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam.
Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan
Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman
sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun
pakai".
Ia
merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan
Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman
Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga
Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan
ekonomi kepada negara kita.
Mahathir
melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan
'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir
yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu
mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem
kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.
Janganlah
Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh
pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan
model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz.
Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam
sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?
Siapakah
pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah
difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi
akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.
Lucunya
sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan
'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.
Besar
sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke
merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN
untuk mencari rezeki yang halal.
Bodoh
sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk
secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan
pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?
Nik
Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau
sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa
biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:
*
Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara
masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.
*
Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah'
sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah
memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.
*
Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu
pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20
tahun memegang kuasa.
*
Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari
membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas
Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas
keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam,
maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang
entah hilang laungannya.
*
Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat,
maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti
mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN.
Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok
dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.
* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.
Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.
Besar
sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini
pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak
selama 20 tahun.
Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat
membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang
belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga
Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud
sepanjang mentadbir negara.
HJ. LUKMAN BIN MOIDIN
Penceramah, Motivasi & Kaunselor
Kedah
Inilah manusia yang hatinya penuh dengan dendam kesumat yang amat sangat. Belum pernah aku jumpa manusia jenis ini.
ReplyDeleteApa kena dengan PAS ni kelamkelibut haru biru, bukan UMNO yang terhegeh hegeh ajak bermuzakarah. UMNO releks sahaja, dah orang pelawa perkara yang baik UMNO terima saja tapi Mengapa tiba tiba Nik Ajis bingkas mencanak keluar kenyataan dengan meletakkan syarat pulak sedangkan perkara itu baru dicadangkan oleh PAS Nik Ajis sendiri dan bukan pun suara Parti PAS, mungkin dia kena warning kot dengan TUAN dia, tu yang meraban meracau tu. Lucu sungguh tak penah terjadi perkara macam ni. Umpama orang datang merisik le, tuan rumah terima kedatangan rombongan merisik tu, atas sebab menghormati tetamu, tiba-tiba rombongan merisik tu meletakkan berbagai bagai syarat kepada gadis itu dihari perkahwinan nanti, dah sah2 rombongan itu tak cukup tanah kene pelengkung dengan tuan rumah. Haa macam tulah kes Nik Ajis ni, tiba2 UMNO yang kena tempias akibat keceluparan mulut busuk Nik Ajis .
ReplyDeleteBukti2 terbaik. Cayalah. Mcm mana aku nak join kump ni? hehe. Sayang adik.
ReplyDeletesorila adik ko ingat kitaorang bebal sgt ke.dah menyampah giler kat pas.aku tak paham pas ni.aku pergi hari anugerah anak aku kat pasti tempoh hari.okeyla laki perempuan duduk asing.aku terima.cuma ada mamat ni masih duduk ngn bini dia tapi kerusi dia hujung khemah.tak sebelah dgn bini org lain.kena halau gak dia.come on la ini majlis terbuka . bukannya org dah buat benda tak senonoh.ada banyak benda aku tak suka org pas buat kat kg.dia rasa diri sempurna smpai anggap org lain jahil dlm agama.kalau ye pun tegur elok elok.
ReplyDelete