JIKA diteliti betul-betul tajuk perbahasan saya di atas, sebenarnya
saya hendak membuat perbandingan terhadap Pas dulu dan sekarang.
Pas dulu tidak sama dengan Pas sekarang. Saya masih ingat Pas era
Alfadhil Ustaz Yusuf Rawa (era si bapa) sama ada sebelum beliau memegang
jawatan Presiden atau sebelumnya memang jauh beza dengan Pas yang ada
sekarang kerana di zaman itu Pas hendak menang satu kerusi pun amat
sukar kecuali di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana pada hemat saya
Pas pada ketika itu berjuang untuk menegakkan agama Islam dan ummahnya.
Saya masih ingat lagi kempen Pas era tersebut. Pas pada waktu itu
mendakwa mereka bertanding dalam setiap pilihan raya, walaupun mereka
tahu amat rumit untuk menang. Mereka bertanding kerana untuk memberi alternatif kepada pengundi
Muslim. Pas beralasan bahawa di Padang Mahsyar nanti, jika ditanya siapa
calon yang mereka pilih semasa pilihan raya dulu, maka bolehlah orang
beriman menjawab. "Ya Allah percayalah kami tidak mengundi si polan-si
polan yang kafir itu, yang kami undi hanyalah calon Pas yang beriman
bernama si polan-si polan".
Kepimpinan Pas pada ketika itu (era si bapa) amat beriman kepada ayat
al-Quran surah al-Maidah ayat 51, mafhumnya: "Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai teman rapat (pemimpin/pelindung) kamu kerana sebahagian dari
mereka adalah teman rapat kepada sebahagian yang lain. Dan sesiapa di
antara kamu menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka sesungguhnya
orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
pertunjuk kepada orang-orang yang zalim" dan surah al Maidah ayat 57,
mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil
orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan
dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan
orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong-penolong kamu. Dan
bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman".
Di era si bapa dulu, kepimpinan Pas mengutuk keras parti Perikatan
dan seterusnya Barisan Nasional yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Saya percaya tindak tanduk mereka adalah berlandaskan surah al Maidah
ayat 51 dan 57 di atas. Pada era tersebut juga kepimpinan Pas amat peka
dan tidak bersetuju terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh
ahli-ahlinya.
Saya masih ingat saudara Hashim Gera yang pernah menjadi ADUN Parit
pada ketika itu dipecat dari Pas kerana suka berjoget lambak, walaupun
dalam hujah mempertahan diri beliau, menyatakan tiada sentuhan
berlakupun: "Bila saya datang dia lari (undur) bila dia datang saya pula
lari (undur)". Saya sokong penuh pemecatan dan ketegasan Pas dalam hal menjaga prinsip perjuangan mereka ketika itu.
Hal yang demikian seperti di atas itu jarang berlaku pada era si anak (YB. Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa).
Umpamanya, dalam kes seorang pemimpin Pas, saya sendiri saksikan video beliau menyarung seluar dalam putih (underwear). Pada hemat saya video tersebut adalah tulen. Dia bukan sahaja tidak
dipecat daripada Pas, malah dipertahan dan sokong sepenuhnya. Sebab apa tiada tindakan diambil terhadapnya? Dia malang kerana tidak bernasib baik terkena perangkap.
Pada era bapa, Pas boleh berpakat dan berbaik-baik dengan UMNO malah
al Fadhil Ustaz Yusuf Rawa pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran
ketika Pas dalam BN dulu. Saya teringat tentang peristiwa iblis enggan tunduk kepada Nabi Allah Adam, kerana gara-gara ego atau sombong diri.
Namun ribuan tahun kemudian iblis laknatullah ini sedar akan
kesilapannya dan memohon kepada Nabi Allah Musa agar menyampaikan
hasratnya kepada Allah S.W.T untuk bertaubat.
Melalui bantuan Nabi Allah Musa, Allah S.W.T bersedia menerima taubat
Iblis dengan syarat Iblis mestilah pergi sujud ke kubur Nabi Allah Adam
Alaihissalam. Mendengarkan syarat itu lantas iblis laknatullah menyinga lalu
berkata: "Semasa hidupnya pun aku tidak sudi tunduk, inikan pula sesudah
matinya." Maka kekalkan iblis laknatullah kufur hingga hari khiamat.
Prinsip iblis laknatullah ini janganlah diguna pakai oleh Pas era
anak untuk tidak mahu berbaik-baik dengan kepimpinan Islam yang sedia
ada. Kepada YB Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa saya suka mengingatkan supaya
berhentilah daripada menghentam Perkasa, iaitu satu-satu NGO yang berani
memperjuangkan survival Islam dan Melayu di bumi bertuah ini. Bawalah kembali Pas ke era bapa saudara.
Jika ini berjaya YB lakukan, maka pada hemat saya Allah SWT akan
mencurahkan rahmat kepada saudara. Orang yang menyambung silaturrahim
antara orang Islam amatlah dikasihi Allah SWT, seperti dalam firmanNya
dalam Surah al I-imran, ayat 103 mafhumnya: "Dan berpegang teguhlah kamu
sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di
antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara.
AHMAD SALLEH BIN H. AHMADIpoh, Perak.
Content bagus tapi payah nak baca post ni.Saya cadangkan owner blog buat gap at least satu line kosong untuk setiap paragraph.
ReplyDeletePAS skrg ni...susah nk ditegur. Ade je alasan2 yg diberi utk menghalalkn setiap tindak tanduk dieorg. Berpusing2. PAS dulu aku mudah ikuti dan fahami.... PAS skrg berbelit2.
ReplyDeleteSaya setuju dgn komen WKK, saya editkan, terima kasih.
ReplyDelete