"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, July 7, 2014

PBT mesti adil dan telus!

Sudah sampai masanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan yang lebih agresif dan telus dalam menangani masalah kegiatan judi haram. Kegiatan judi haram ada di mana-mana sehingga di kawasan pekan-pekan kecil dan malahan dilaporkan terdapat juga di kawasan perumahan. Laporan polis mungkin sudah berpuluh kali tapi kegiatan judi haram tetap wujud di premis yang sama. Hari ini mesin judi dirampas selang beberapa hari atau minggu kegiatan judi wujud dan beroperasi kembali. Kenapa pengusaha-pengusaha mesin judi haram begitu kebal dan tindakan undang-undang seolah-olah sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Nampaknya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan ketegasan dan keseriusan kementerian tersebut untuk memerangi kegiatan judi haram apabila menegaskan pasukan elit khas yang akan ditubuhkan memiliki keanggotaan dua kali ganda berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING).

Selain itu kata Ahmad Zahid, pasukan itu juga akan mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi. Dari satu segi, polis melalui KDN sudah membuktikan kesungguhan bagi memerangi kegiatan itu yang dianggap kini berada pada tahap luar biasa.
Malah polis juga mempertingkatkan operasi dengan menyerbu premis-premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

Usaha KDN tidak akan ke mana jika PBT khususnya MPPP dan MPSP di Pulau Pinang tidak memberi kerjasama untuk membenteras judi haram. MPPP dan MPSP perlu bertindak lebih berani dan telus seperti mana PBT itu lakukan kepada peniaga-peniaga kecil. Jika gerai peniaga kecil diroboh dan alatan perniagaan dirampas oleh PBT kenapa PBT tidak boleh lakukan perkara yang sama kepada pengusaha-pengusaha judi haram.
 
PBT perlu berani dan telus kepada semua pihak. Jangan beri banyak alasan, "Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Gunakan kuasa yang ada pada PBT. Jika kuasa tidak mencukupi untuk tangani isu ini, kerajaan negeri boleh meluluskannya dalam sidang DUN. Jika denda yang dikenakan begitu kecil, tidak memberi pengajaran kepada pengusaha-pengusaha judi haram, cadangkan denda itu dinaikkan supaya usaha membenteras judi haram berjaya.

Yang jadi mangsa kepada judi haram adalah orang Melayu. Yang menjadi mangsa kepada pengedaran dadah adalah orang Melayu. Orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan gejala dadah dan perbuatan yang tidak bermoral, kenapa? Sebelum terlambat eloklah semua pihak terutama NGO Islam dan NGO Melayu bangkit untuk menyedarkan rakan-rakan yang masih leka dan alpa. Pada masa yang sama, NGOs perlu membantu pihak berkuasa memberi maklumat dan bertindak sebagai pemantau kepada usaha membenteras judi haram oleh pihak berkuasa. Selepas ini kita akan lihat PBT akan turun ke padang bersama Polis untuk membenteras judi haram. Difahamkan rasuah kepada pihak berkuasa merupakan sebab utama kegiatan judi haram tidak dapat dibenteras dan sebaliknya kegiatan judi haram bebas menjalankan operasi tanpa gangguan.

1 comment:

  1. Kdn mana boleh harap bro .. kelulusan khas bawa masuk pekerja asing Dp10 bertimbun yang keluar ..Menteri sendiri yang calit .. Ejen bantai harga dari 5k-12k .. Jahanam lagi sekali Malaysia !!'

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.