"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, March 24, 2014

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi


 

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Sumber: Astro Awani Online

Tuesday, March 4, 2014

Cerita benar: Pak Tam ditahan oleh SPRM?

Kira-kira sebulan yang lalu sebelum PT dilantik ke jawatan baru sebuah agensi kerajaan, sepucuk surat aduan daripada SPRM telah sampai kepada Ketua Jabatan. Kelam kabut Ketua Jabatan berkenaan sedangkan aduan terhadap SPRM perlu diberi perhatian yang serius kerana melibatkan integriti seseorang penjawat awam. Turunlah pegawai bagi pihak Ketua Jabatan berkenaan menyiasat berdasarkan laporan aduan yang dikemukakan oleh SPRM.

Lebih kurang satu setengah jam lamanya PT  di siasat dengan pelbagai sudut, pegawai itu nampaknya berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh PT. Pegawai berkenaan kembali ke Jabatan dan mengemukakan hasil siasatan kepada Ketua Jabatannya dan PT masih tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang sebenarnya irihati atau busuk hati kepadanya. Sepintas lalu seperti ada unsur irihati dan cuba menjatuhkan maruah dan kredibiliti seorang kawan secara yang halus. Ada individu mungkin rakan PT sendiri yang tidak suka PT terlibat dengan sebuah pertubuhan NGO yang semakin berpengaruh di kawasan itu. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan kenalan rapat, aduan terhadap SPRM itu lebih kepada cubaan membunuh pengaruh seorang kawan secara yang tidak adil dan zalim.

Oleh kerana aduan itu tidak berasas, dua hari lepas itu PT dilantik sebagai ketua sebuah agensi kerajaan. Bertugaslah PT di tempat yang baru. Dengan itu tugas dan tanggungjawab PT lebih besar dan berat berbanding dengan jawatannya sebelum ini. Yang penting bagi PT, jawatan yang diberi itu bukan untuk dihebah dan diheboh, dipasar untuk keuntungan peribadi dan dijualbeli. Jawatan merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan ikhlas dan jujur untuk berkhidmat dan berbakti. Dalam kesibukan PT menjalankan tugasnya saban hari dengan tekun di tempat yang baru, tiba-tiba muncul lagi aduan SPRM bagi kali yang kedua dalam tempoh satu bulan.

Aduan kali kedua ini nampaknya 'lebih cerdik' berbanding dengan aduan pertama. Sudah tentulah ini kerja orang yang sama. Yang bagusnya kandungan aduan itu telah sampai di tangan PT sendiri sebagai Ketua. PT tidak boleh mengarahkan anak buahnya menyiasat di tempat kerja lama PT. Oleh kerana aduan itu terhadap PT (ditempat kerja lama) maka PT terpaksa meminta pegawai di jabatan untuk menjalankan siasatan itu supaya lebih telus dan adil.

Sekarang tempat kerja lama PT sedang menunggu kehadiran pegawai siasatan. Kawan-kawan tempat lama PT sudah pun bersedia menunggu disiasat. PT sedikit pun tidak merasa bimbang atau gentar kerana dakwaan kali kedua terhadap PT jelas 100% adalah fitnah yang amat jahat. Sebenarnya PT sudah pun mengambil tindakan proaktif dalam urusan sebarang tender. Malahan PT sendiri telah melantik pegawai luar untuk mengambilalih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan itu. Ada surat perlantikan, ada senarai Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan ada senarai nama dan maklumat petender. Kata lain, PT langsung tidak terlibat dalam pemilihan itu walaupun PT sepatutnya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Sudah pasti dokumen-dokumen itu membuktikan bahawa dakwaan PT memberi terus kepada kawan baik tanpa melalui proses tender adalah salah dan fitnah yang amat jahat dari individu berkenaan.

Persoalannya di sini bukan isu aduan terhadap SPRM. PT tidak gentar dengan aduan terhadap SPRM kerana PT tidak melakukan sebarang kesalahan dan penyelewengan sepanjang berkhidmat dengan kerajaan. Habis apa yang PT nak takutkan? Cuma siapakah gerangan atau individu yang sanggup 'bubuh pasir dalam periuk nasi' PT secara yang amat zalim. Apakah PT itu mengganggu ketenteraman mereka? Apakah PT itu merupakan pesaing mereka? Apakah PT itu boleh mengganggu gugat masa depan mereka? Sebenarnya PT sedikit pun tidak berminat nak jadi orang politik apatah lagi sebagai calon wakil rakyat. Oh ya mungkin PT itu mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam masyarakat, NGOs dan sebagainya. Jika itu benar, apakah dengan perbuatan fitnah (pembohongan terhadap SPRM) boleh melemahkan pengaruh PT itu?

Suatu cara politik yang amat jijik jika perbuatan ini dilakukan oleh rakan-rakan kenalan politik PT. Suatu pendekatan yang tidak bijak malahan merugikan diri sendiri. Dari peristiwa ini, sedikit sebanyak mengajar PT supaya lebih berhati-hati dalam kerja-kerja rasmi mahupun tidak rasmi terutama masa di luar waktu kerja. Awas! Ada pihak yang sedang memerhati dan mencari kesalahan PT. Apakah masih ada dendam politik? Apakah ada taktik licik permainan politik individu tertentu? Persoalannya lagi, mengapakah aduan terhadap SPRM dilakukan terhadap PT itu ketika ini setelah lebih 34 tahun berkhidmat dalam kerajaan. Kenapa tidak berlaku semasa PT berkhidmat di DaerahTimur Laut? PT minta bertaubatlah bagi mereka yang merancang dan melakukan perbuatan jijik itu. Ingatlah perbuatan fitnah lebih besar dosanya dari seorang pembunuh. PT sangat yakin bahawa Allah SWT maha mengetahui dan maha adil maka berserahlah kepadaNya yang maha berkuasa dan maha bijaksana.