Kira-kira sebulan yang lalu sebelum PT dilantik ke jawatan baru sebuah agensi kerajaan, sepucuk surat aduan
daripada SPRM telah sampai kepada Ketua Jabatan. Kelam kabut Ketua
Jabatan berkenaan sedangkan aduan terhadap SPRM perlu diberi perhatian
yang serius kerana melibatkan integriti seseorang penjawat awam.
Turunlah pegawai bagi pihak Ketua Jabatan berkenaan menyiasat
berdasarkan laporan aduan yang dikemukakan oleh SPRM.
Lebih kurang satu setengah jam lamanya PT di siasat dengan pelbagai sudut, pegawai itu nampaknya
berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh PT. Pegawai
berkenaan kembali ke Jabatan dan mengemukakan hasil siasatan kepada
Ketua Jabatannya dan PT masih tertanya-tanya siapakah gerangan
manusia yang sebenarnya irihati atau busuk hati kepadanya. Sepintas lalu
seperti ada unsur irihati dan cuba menjatuhkan maruah dan kredibiliti
seorang kawan secara yang halus. Ada individu mungkin rakan PT
sendiri yang tidak suka PT terlibat dengan sebuah pertubuhan NGO
yang semakin berpengaruh di kawasan itu. Berdasarkan sumber yang boleh
dipercayai dan kenalan rapat, aduan terhadap SPRM itu lebih kepada
cubaan membunuh pengaruh seorang kawan secara yang tidak adil dan zalim.
Oleh kerana aduan itu tidak berasas, dua
hari lepas itu PT dilantik sebagai ketua sebuah agensi
kerajaan. Bertugaslah PT di tempat yang baru. Dengan itu tugas
dan tanggungjawab PT lebih besar dan berat berbanding dengan
jawatannya sebelum ini. Yang penting bagi PT, jawatan yang diberi
itu bukan untuk dihebah dan diheboh, dipasar untuk keuntungan peribadi dan
dijualbeli. Jawatan merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan
ikhlas dan jujur untuk berkhidmat dan berbakti. Dalam kesibukan PT
menjalankan tugasnya saban hari dengan tekun di tempat yang baru,
tiba-tiba muncul lagi aduan SPRM bagi kali yang kedua dalam tempoh satu
bulan.
Aduan kali kedua ini nampaknya 'lebih
cerdik' berbanding dengan aduan pertama. Sudah tentulah ini kerja orang
yang sama. Yang bagusnya kandungan aduan itu telah sampai di tangan PT sendiri sebagai Ketua. PT tidak boleh mengarahkan anak buahnya menyiasat di
tempat kerja lama PT. Oleh kerana aduan itu terhadap PT
(ditempat kerja lama) maka PT terpaksa meminta pegawai di jabatan
untuk menjalankan siasatan itu supaya lebih telus dan adil.
Sekarang tempat kerja lama PT sedang
menunggu kehadiran pegawai siasatan. Kawan-kawan tempat lama PT
sudah pun bersedia menunggu disiasat. PT sedikit pun tidak merasa
bimbang atau gentar kerana dakwaan kali kedua terhadap PT jelas 100% adalah fitnah
yang amat jahat. Sebenarnya PT sudah pun mengambil tindakan proaktif dalam
urusan sebarang tender. Malahan PT sendiri telah melantik pegawai luar untuk
mengambilalih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan itu. Ada surat
perlantikan, ada senarai Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan ada senarai
nama dan maklumat petender. Kata lain, PT langsung tidak terlibat dalam
pemilihan itu walaupun PT sepatutnya menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan. Sudah pasti dokumen-dokumen itu membuktikan bahawa dakwaan PT memberi terus kepada kawan baik tanpa melalui proses tender adalah
salah dan fitnah yang amat jahat dari individu berkenaan.
Persoalannya di sini bukan isu aduan
terhadap SPRM. PT tidak gentar dengan aduan terhadap SPRM kerana PT tidak melakukan sebarang kesalahan dan penyelewengan sepanjang
berkhidmat dengan kerajaan. Habis apa yang PT nak takutkan? Cuma
siapakah gerangan atau individu yang sanggup 'bubuh pasir dalam periuk
nasi' PT secara yang amat zalim. Apakah PT itu mengganggu ketenteraman
mereka? Apakah PT itu merupakan pesaing mereka? Apakah PT itu
boleh mengganggu gugat masa depan mereka? Sebenarnya PT sedikit pun tidak
berminat nak jadi orang politik apatah lagi sebagai calon wakil rakyat.
Oh ya mungkin PT itu mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam
masyarakat, NGOs dan sebagainya. Jika itu benar, apakah dengan perbuatan
fitnah (pembohongan terhadap SPRM) boleh melemahkan pengaruh PT
itu?
Suatu cara politik yang amat jijik jika
perbuatan ini dilakukan oleh rakan-rakan kenalan politik PT. Suatu
pendekatan yang tidak bijak malahan merugikan diri sendiri. Dari
peristiwa ini, sedikit sebanyak mengajar PT supaya lebih
berhati-hati dalam kerja-kerja rasmi mahupun tidak rasmi terutama masa
di luar waktu kerja. Awas! Ada pihak yang sedang memerhati dan mencari
kesalahan PT. Apakah masih ada dendam politik? Apakah ada taktik
licik permainan politik individu tertentu? Persoalannya lagi, mengapakah
aduan terhadap SPRM dilakukan terhadap PT itu ketika ini setelah
lebih 34 tahun berkhidmat dalam kerajaan. Kenapa tidak berlaku semasa PT berkhidmat di DaerahTimur Laut? PT minta bertaubatlah bagi
mereka yang merancang dan melakukan perbuatan jijik itu. Ingatlah
perbuatan fitnah lebih besar dosanya dari seorang pembunuh. PT
sangat yakin bahawa Allah SWT maha mengetahui dan maha adil maka
berserahlah kepadaNya yang maha berkuasa dan maha bijaksana.
Salam Pak Tam ! Doakan senantiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah! Ini yang selalu ada denga orang-orang kita PHD! Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dibuka hatinya menjadi orang yang soleh,
ReplyDeleteSalam Pak Tam,Tahniah di ucapkan atas perlantikan ke jawatan baru,semuga pendidikan di BP terus maju,Inilah masaalah nya dengan orang PERKEMBAR tak boleh tengok orang lebih sikit.Kawan saya pun kena macam PT juga, aktif dalam NGO mereka siap berkompromi dengan orang parti lawan untuk menjatuhkan dia. Sabarlah PT semuga Allah memberi petunjuk kepada mereka
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeletefethiye
diyarbakır
bursa
antalya
4UP