"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, April 6, 2014

Kerajaan yang menzalimi rakyat disokong oleh orang Melayu sendiri!


Tanpa alasan kukuh, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba-tiba mengumumkan tarif air di negeri ini akan dinaikkan sekali lagi pada masa depan. Berapa peratus kadar kenaikan itu belum dimuktamadkan kerana masih di peringkat kajian oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). PBAPP yang Guan Eng menjadi pengerusinya adalah pihak bertanggungjawab menyuarakan cadangan kenaikan tersebut.

Tidak ada exco kerajaan negeri yang membantah. Tidak ada wakil-wakil rakyat dari PAS dan PKR yang berani bersuara. Semuanya takut kerana mereka hanya menumpang nasib atas belas ehsan kerajaan DAP. Biar rakyat susah tetapi kami masih ada jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan MPPP dan MPSP.

Pelan-pelan rakyat Pulau Pinang ditipu. Kebajikan rakyat semakin lama semakin diabaikan oleh kerajaan DAP. Rumah kos rendah di Pulau Pinang hanya sekadar impian yang tidak akan jadi kenyataan. Terus terang cakap, Guan Eng mahu semua orang Melayu keluar dari bahagian pulau, Pulau Pinang. Tiada lagi rumah kos rendah dibina. Majoriti orang Melayu tidak mampu beli rumah harganya RM450k hingga RM1juta. Sudah pasti dalam tempoh terdekat ini, orang Melayu kena beralih ke kawasan-kawasan seberang tanah besar. Tinggallah rumah-rumah tradisional milik orang tua yang tidak lama juga akan dirobohkan.

Jika rumah tidak mampu beli, terpaksalah anak-anak yang berkeluarga menumpang rumah orang tua sendiri. Tinggallah tok wan dan cucu-cucu tinggal serumah. Tidak dapat tidak penggunaan air mesti bertambah banyak. Tapi Guan Eng mengajar rakyatnya supaya berjimat cermat. Guan Eng menaikkan tariff air dengan harapan cara ini boleh mengajar rakyat Pulau Pinang mengurangkan penggunaan air. Tanya Guan Eng, orang miskin yang tinggal di rumah setinggan, hidup berhimpit-himpit, satu rumah ada dua tiga kelamin bagaimanakah dapat mereka ini mengurangkan penggunaan air? Mereka tidak membazir air, mereka tiada kereta besar untuk dicuci, mereka juga tidak ada taman bunga untuk disimbah air. Siapakah yang membazir air?

Golongan miskin dan sederhana, guna air untuk mandi. Jika ada membasuh kenderaan cuma basuh motorsikal sebuah dua. Tapi Guan Eng mesti fikir siapa yang rumah besar, ada tiga empat buah bilik air.  Siapa pula punya kereta besar dua tiga buah satu rumah. Ada pula tukang basuh kereta setiap hari. Ada pula tukang kebun menyiram pokok setiap pagi mahupun petang. Rumah orang Melayu tidak besar. Tidak ada kereta dua tiga buah dan tidak ada taman bunga. Tapi Guan Eng akan naikkan tariff kepada semua pengguna Pulau Pinang dengan alasan hendak mendidik penduduk Pulau Pinang menjimatkan air.  Keluarga besar orang susah juga tidak terkecuali dengan kesan kenaikan tariff air.

Pengumuman itu menyerlahkan sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini berjanji tidak akan membebankan penduduk negeri ini dengan peningkatan kos sara hidup.

Mana mungkin penduduk negeri ini boleh melupakan kenyataan Guan Eng dalam perutusan Tahun Baru 2014 yang cukup berbangga kononnya Pulau Pinang menjadi satu-satunya kerajaan negeri yang tidak menaikkan apa-apa kadar bagi per­khidmatan tempatan sama ada cukai tanah, kadar taksiran mahupun lesen niaga.

Malangnya baru empat bulan, kebanggaan itu dilenyapkan dengan pengumuman penduduk negeri ini bakal membayar lebih bagi bekalan air yang dinikmati mereka. Amat mengejutkan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan kewajaran menaikkan tarif air itu di bahu penduduk.

Janji untuk tidak menaikkan tarif air mi­salnya terkandung dalam manifesto pembangkang ketika pilihan raya umum lalu dan merupakan komitmen besar mereka terhadap pengundi yang perlu dilunaskan.
Malangnya, janji itu dikhianati dalam tempoh yang terlalu singkat serta tanpa mengambil kira beban ekonomi yang mencengkam rakyat ketika ini. Undi lagi calon DAP dan undi calon PAS dan PKR  juga bermakna anda menyokong dan bersubahat dengan kerajaan yang menzalimi rakyat.

3 comments:

  1. Bagi saya... biarlah pengundi di PP merasa kesan kerana kesilapan mereka.... This could be a lesson learnt dan jangan diulang lagi kesilapan itu

    ReplyDelete
  2. No, Malays never learn...... bila nasi dah jadi bubur, salahkan nasib, salah Allah kemudian keluar dari Islam.

    ReplyDelete
  3. apa yg merepek ni

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.