"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, January 12, 2011

Idris Ahmad layak jadi Perdana Menteri Malaysia selepas Najib!

Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib

Parti Islam Semalaysia Pas merasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak  yang mengatakan  janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu  merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.
Sepatutnya seorang Perdana Menteri  mesti berfikiran positif  apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.
Komen
Itulah tajuk entry Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam laman personalnya yang padanya DS Najib 'tidak cerdik' sepertinya. Maksudnya dia lebih pandai daripada DS Najib memerintah negara. Betulkah ni,,, Ustaz Deris Ahmad. Tajuk "Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib" sudah menunjukkan kaedah PAS berpoltik masih tidak berubah sejak dulu lagi. Fitnah masih menjadi senjata utama pemimpin PAS walaupun digelar ulamak di kalangan anggota PAS. PAS ketandusan isu melawan UMNO/BN kerana sudah banyak isu PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak boleh lagi disembunyikan kepada rakyat. Lihatlah apa yang sedang berlaku di negeri-negeri pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Terlalu banyak isu yang sangat jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Janji apa lagi yang boleh Pakatan Rakyat tunaikan.. 100 hari? Sedangkan janji pilihanraya umum yang lalu belum 1% pun belum dapat dilaksanakan lagi. Kalau Kelantan mungkin  kerana sebuah negeri miskin tapi Selangor dan Pulau Pinang yang kaya tapi apa yang sedang berlaku? Melayu semakin terhimpit, Islam semakin diketepikan dalam dasar pemerintahan PR. Masalah sosial, pusat-pusat hiburan, masalah rasuah, salahguna kuasa dan banyak lagi semakin serius. Kini Pakatan Haram nak umpan pula rakyat dengan 100 harii? Masalah dasar perjuangan PAS dan DAP diketepikan dulu hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan BN. Kononnya selepas menang dalam PRU13 akan datang barulah DAP dan PAS akan bergaduh pasal perjuangan masing-masing. Sedangkan PAS hanya Pak turut di Selangor dan di Pulau Pinang ketika ini. Masakan pulak PAS dapat menguasai dalam kerajaan Malaysia sedangkan wakil rakyat bukan Islam lebih ramai nanti dalam kerajaan Pakatan Haram. Itulah sebabnya DS Najib komen hasrat 100 hari Pakatan Haram boleh menyebabkan anak-cucu nanti merana. Sekadar nak bercakap, nak sedap didengar, nak pancing undi tak perlulah sampai 100 hari. Kerajaan BN pun boleh buat jika nak buat begitu, cuma dalam tempoh 10 hari, gaji guru tidak naik RM500 sebaliknya RM5000, hapuskan semua tol dan cukai, banyakkan subsidi kepada rakyat, pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa, yuran sekolah dihapuskan, yuran pengajian di IPTA dihapuskan, semua kakitangan awam diberikan kenaikan gaji 10% setiap tahun, elaun perjalanan dan elaun penginapan kaktangan awam pelbagai pangkat dinaikkan 10% lagi, kadar faedah pinjaman bank dikurangkan, cukai import dihapuskan, subsidi minyak petrol ditambah supaya harga petrol 50 sen seliter di Malaysia, bayaran pasport antarabangsa tidak lagi RM100 tapi RM10 sahaja, elaun pencen dinaikkan, elaun pengangguran diwujudkan dan akhirnya semua pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam negara malahan di luar negara akan diberi biasiswa tanpa syarat. Jika ini dilaksanakan tanpa memikirkan masa depan anak cucu dalam tempoh tak sampai 100 hari, negara akan bankrap. Cuma sekadar janji pilihanraya bolehlah Pakatan Rakyat lakukan sepertimana janji PRU12 dulu belum terlaksana dan 16 September yang penuh dengan tipu helah pemimpin Pakatan Haram. Sama-samalah kita fikirkan jangan kita terpedaya!

2 comments:

  1. Kenapa pulak tak boleh,klau nak tahu metaliti kebanyakna orang melayu macam Idris Ahmad tu la,ada duit mesti belanja sampai habis,esok anak cucu cicit piit sendiri cari sendiri la.Cuba lihat cina dan india sekarang,mereka dah sedar lama dah,biar susah sekarang,nanti anak cucu piit depa senang,Lepas tu orang melayu sama sama gaduh pasal orang cina kaya,india kaya.melayu kayap.

    ReplyDelete
  2. Bolehlah kan....lepas 5 - 6 tahun duit petronas, minyak cari gali pun kurang kita pakat-pakat makan pasir.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.