"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, January 4, 2011

LAGI TINDAKAN KEJAM MPPP TERHADAP PENIAGA ISLAM DI PULAU PINANG!

Sedih melihat tindakan kejam MPPP terhadap sebuah kedai makan India Muslim di bandaraya Georgetown. Harta benda milik pemilik kedai itu dirampas dengan mengeluarkan kata "tutup kedai balik India". Beginilah sikap tidak perikamanusiaan seorang pemimpin MPPP mewakilil kerajaan Pakatan Rakyat. Beginilah usaha halus kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan peniaga-peniaga Islam di bandaraya Georgetown. 
Sebelum ini peniaga Islam di bazaar Ramadan di Komtar juga mengalami nasib yang sama. Kafe Do Re Mi di pesisir pantai Tanjung Bungah, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar George Town yang dimulakan pada 2002 diusahakan oleh anak jati sebuah keluarga nelayan di situ juga dirobohkan oleh MPPP. Beginilah nasib peniaga-peniaga Islam di Pulau Pinang.
Masalahnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak adil kepada semua peniaga. Kenapa peniaga-peniaga seperti Ah Chong dan kawan-kawan sebangsa dengannya dapat berniaga secara bebas di pusat bandar Georgetown. Malahan sesetengah jalan ditutup di pusat bandar untuk memberi peluang kepada Ah Chong dan rakan-rakan sebangsa dengannya untuk berniaga di situ. Jika tak percaya, bolehlah berkunjung di bandar Georgetown dan dapat kita lihat beberapa jalan ditutup untuk tujuan perniagaan satu kaum. Beginilah nasib perniagaan orang Islam di Pulau Pinang. Tidak bertujuan membangkitkan isu perkauman. Sebaliknya tindakan MPPP yang diketuai oleh pemimpin DAP jelas memperlihatkan kepada umum suatu tindakan diskriminasi kaum berlaku di Pulau Pinang. Inilah ketidakadilan berlaku dan tindakan kerajaan negeri yang cuba menguatkuasakan undang-undang jelas secara halus akan mengurangkan bilangan perniagaan orang-orang Islam di pusat bandar. 
Wakil rakyat PAS tidak boleh duduk diam dalam perkara ini. Kegiatan maksiat pula berleluasa sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di pusat bandar Georgetown. Malam seperti siang, di sana sini aktiviti sosial dan hiburan berjalan secara aktif hingga lewat pagi. Inilah sepatutnya MPPP dan kerajaan Pakatan Rakyat sepatutnya beri perhatian. Bukan dengan sewenang-wenangnya merobohkan kedai-kedai peniaga Melayu/Islam kerana satu dua masalah. Mengapakah situasi seperti ini tidak berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional? Hari ini orang Melayu/Islam di bandar, di kampung-kampung dan desa dalam ketakutan dan kebimbangan sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini. Orang Melayu/Islam tanpa mengira fahaman politik perlu bangkit dan bersatu menentang sikap hipokrit pemerintah diktator Guan Eng di Pulau Pinang. Apakah Melayu di Pulau Pinang akan senasib dengan Melayu di Singapore suatu hari nanti?

1 comment:

  1. salam,

    nasib lah orang2 melayu pulau pinang.

    itu yang depa pilih dulu! PRU-13 nanti nak try lagi ka? Tepuk dada tanya selera. fikirlah tentang masa depan generasi anda, ugama anda dan bangsa anda!

    -artis-

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.