Siapa mahu gaduh-gaduh antara Melayu dengan Cina atau Cina sama India? Sejak berlakunya 13 Mei 1969, rakyat Malaysia pelbagai bangsa hidup aman dan damai. Melayu faham budaya Cina, Cina faham budaya Melayu dan India juga faham budaya Melayu dan Cina. Semua faham apa yang sensitif dengan bangsa Melayu, India dan Cina. Dulu Melayu kata orang Cina mati sebagai 'mampus'. Tapi orang Melayu dah faham perasaan orang Cina. Tak ada yang kata 'mampus' lagi. Itulah sikap saling faham memahami yang wajar kita wujudkan dari masa ke semasa. Tapi akhir-akhir ini semakin kerap pula pemimpin dari kaum Cina sebuah parti politik pembangkang mulai 'terlupa' adat resam orang Melayu dan agama Islam. Mereka berani bercakap perkara-perkara yang begitu sensitif kepada orang Melayu yang beragama Islam. Mereka bukan tak tahu bahawa rakyat majoriti di Malaysia ini adalah orang Melayu. Tapi kenapa mereka begitu berani dan kerap pula menimbulkan isu-isu yang sensitif kepada umat Islam di Malaysia? Apakah mereka tahu yang kebanyakan umat Islam negara ini begitu penyabar atapun mereka sudah tahu bahawa umat Melayu/Islam di negara ini sudah berpecah dua atau tiga. Jika demikian, ini bermakna umat Melayu/Islam di negara ini sudah tidak kuat lagi seperti dulu. Umat Melayu/Islam didapati semakin lemah dan semakin takut pula dalam negara sendiri.
Tidak hairan lagi kenapa pemimpin politik tertentu begitu berani? Antaranya kerana ada pemimpin Islam sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini 'beri muka'. Sanggup melihat kesucian agama Islam diperkosakan untuk mendapat keuntungan politik. Yang tak boleh dibolehkan oleh ulamak parti asalkan hati kawan jangan tergores. Itu sebabnya umat Melayu/Islam jadi lemah kerana ada pemimpin Melayu/Islam memperdagangkan maruah bangsa dan kesucian agama Islam. Kita tak boleh salahkan kaum lain tapi sebaliknya yang menjadi umat Melayu/Islam itu semakin lemah kerana pemimpin Melayu/Islam yang bersekongkol dengan mereka selama ini. Lihatlah bagaimana pemimpin DAP dibenarkan memperalatkan ayat-ayat al-Quran di atas pentas politik? Kalimah suci Allah pula dibenarkan oleh pemimpin PAS untuk digunakan oleh gereja. Wanita tidak menutup aurat dibolehkan berucap di ruang utama solat sebuah masjid. PAS For All. Peluang seluas-luasnya telah diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP/PKR bukan Islam. Jadilah PAS sebagai parti pak turut dalam Pakatan Rakyat. Yang meniarap atau melentang atas jalan itu siapa mereka? Bukankah ahli-ahli fanatik PAS yang menyekat pergerakan kereta kerabat DYMM Sultan Perak. Untuk apa mereka sanggup melakukan begitu kerana hendak kembalikan kuasa pemerintahan kerajaan Perak kepada DAP. Mereka tahu Karpal Singh pernah berkata " Langkah mayat aku dulu jika mahu tubuh negara Islam". Hingga ke hari ini Mr Karpal Phoo Singh tidak pernah menarik balik kata-kata itu. Sebaliknya pemimpin PAS pula sanggup menggugurkan satu demi satu dasar perjuangan Islamnya. Takut berlaku perbalahan antara parti-parti dalam PR, pemimpin PAS rela dasar perjuangan parti tidak perlu dibincangkan. Yang mereka mahu menjatuhkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh pemimpin Islam sendiri. Menjatuhkan UMNO apakah PAS akan jadi parti utama dalam pemerintahan PR. Sudah pasti jawapannya, mustahil.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.