PAS, DAP dan PKR berdoa manghancurkan UMNO! |
Berita terbaru, sudah ada keganasan yang dilakukan oleh puak-puak PAS terhadap kenderaan yang di bawa oleh Puteri UMNO di Labis, Johor. Manakala di PRK Bagan Pinang dulu ada pula penyokong PAS sendiri sanggup menipu orang ramai mendakwa dia ditetak oleh penyokong BN. Suatu masa dulu, dalam PRK di Kedah ada penyokong PAS telah menunjukkan kemaluannya kepada puteri-puteri UMNO yang sedang berkempen. Di Pulau Pinang juga pernah berlaku dalam PRU yang lalu, penyokong PAS menjerit-jerit mengatakan "orang UMNO kafir". Walau bagaimanapun keadaan panas itu dapat diredakan bila penyokong PAS itu diberi amaran keras oleh seorang tua yang berlalu di situ. Ini cerita benar bukan fitnah seperti ciptaan PAS. Betapa sedihnya kita umat Islam bertelagah dalam politik sesama sendiri merebut kuasa. PAS mengatakan perjuangannya untuk Islam. Tapi apakah UMNO yang memerintah selama ini menyebabkan Islam di Malaysia tidak diamalkan dalam pentadbiran dan sistem pengurusan ekonomi negara. Apakah kerana UMNO, kalimah Allah dibenarkan digunapakai dalam gereja? KApakah juga kerana UMNO maka kaum kafir boleh menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah-cermah politik mereka? Apakah kerana UMNO jugalah, perempuan bukan Islam tidak menutup aurat boleh berucap di ruang utama solat sebuah masjid/surau? Apakah kerana UMNO jugalah tindakan merampas arak oleh pihak berkuasa ditarik balik? Apakah kerana UMNO juga, orang-orang Islam dibenarkan bekerja di premis perniagaan haram? Apakah kerana UMNO negeri Kelantan yang digelar 'Serambi Mekah' masih miskin dan terdapat juga gejala sosial berlaku? Dan apakah pula kerana PAS sistem kewangan Islam di Malaysia menjadi ikutan negara-negara Islam lain di dunia? Apakah kerana PAS jugakah, mahkamah syariah mulai mendapat tempat dalam sistem perundangan negara? Apakah kerana PAS jugalah banyak masjid dan surau dan sekolah-sekolah agama aliran perdana dibina pada setiap tahun?
Oleh kerana itulah maka pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan fatwa menentang UMNO adalah suatu jihad kerana UMNO memperjuangkan nasionalis. Tapi kenapa pula ada ramai ulama muda dan tua termasuk mufti-mufti menyokong perjuangan UMNO dan sebaliknya mengkritik dasar pemerintahan PAS? Kenapa pula Tok Guru Lah, Pengerusi Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan bangkit menentang Tok Guru Nik Ajis secara terbuka? Apakah ulama-ulama ini akan dicampakkan dalam neraka kerana menyokong UMNO? Nauzubillahi min zalik.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.