Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan persatuan itu sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, pihaknya mendapati ada pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang mengandungi salinan surat permohonan maaf beliau kepada Ketua Menteri, Lim Gua Eng kerana mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.
Katanya, PKMMPP tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian dan beliau menyifatkannya sebagai tindakan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan diri. Beliau sedih kerana ada orang yang menggunakan PKMMPP sebagai platform politik.
Komen:
Begitulah halnya dengan kerajaan negeri DAP-PAS-PKR pada hari ini. Pelbagai kaedah mereka akan lakukan nak tunjukkan kepada rakyat yang kerajaan Pakatan Rakyat amat baik, bertanggungjawab, bertimbangrasa kepada rakyatnya. Tapi sebenarnya tidak begitu. Banyak cerita daripada fakta. Mereka ambil peluang sepertimana yang berlaku kepada PKMMPP. Minta maaf Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) telah disalahertikan oleh pihak tertentu hanya untuk menunjukkan kerajaan negeri PP itu memang bersih dan baik. Apa lagi yang tidak pernah mereka lakukan? Banner-banner di pasang, papan-papan tanda dibina dan risalah-risalah disebarkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Belanja puluhan ribu ringgit duit rakyat untuk mencetak dan memasang media provokasi kerajaan negeri. Kerajaan negeri sanggup habiskan duit rakyat ribuan ringgit kerana tujuan itu.
aik, kan ada bukti rakaman video kantraktor tu mintak maaf...kenapa nk nafi pula..kena ugut dgn org umno ek??..kesian..xpa, rakyat bawahan faham..
ReplyDeleteMemang betui pun ada video. tapi cukuplah kenapa pulak dibuat surat dan diedarkan dgn tandatangan Dato' Fadzil yang mana Dato tu tidak pun buat surat itu dan tandatangan surat itu. Inilah yang dikatakan kerajaan negeri sungguh haprak..menyalah ertikan tanda minta maaf itu. Adat Melayu bermaaf-maafan itu tidak bererti yang minta maaf itu salah....lu ta rak faham ka?
ReplyDelete