"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, November 5, 2012

Lagi dan lagi penduduk Teluk Kumbar akan diusir!

Lagi rumah-rumah kampung di kawasan Teluk Kumbar diarah berpindah. Dalam bulan Oktober sahaja ada dua kes penduduk kampung kena pindah atas arahan mahkamah. Kampung Matahari Naik melibatkan 11 buah rumah semuanya orang Melayu. Dan selang beberapa hari kemudian penduduk Kg. Nelayan pula di minta menyerah milikan kosong. Pihak plantif juga akan menuntut daripada defendan gantirugi yang ditaksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah.
Pagi kelmarin sebahagian penduduk Kg. Suluk pula dikejutkan dengan surat cadangan projek perumahan di atas Lot 1385, Mukim 9, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ini lagi satu bentuk pihak yang mahu pungut keuntungan besar. Sebuah syarikat bertaraf 'enterprise' nak jadi orang tengah dalam urusan pengusiran penduduk keluar dan meninggalkan rumah yang mereka duduk sejak berpuluh-puluh tahun dulu.
Kira-kira 40 buah rumah dijangka terlibat dengan cadangan projek perumahan tersebut. Tuan-tuan punya rumah diberi dua pilihan samada menerima pampasan RM30 ribu  atau menerima ganti rumah pangsa berharga RM80 ribu tapi kena bayaran setiap bulan RM300 untuk selama 10-12 tahun.
Aku ingat suatu masa dahulu dalam tahun 1980an, PERDA menghadapi masalah semasa cadangan untuk mengambil tanah Fasa1 di Teluk Kumbar untuk membina rumah flat dan kondominium bandar Baru Perda Teuk Kumbar. Penduduk banguna tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan oleh PERDA. Akhirnya proses pengambilalihan itu selesai dan bandar baru PERDA pun wujud dan flat-flat kos rendah dapat dibina yang kita dapat lihat hari ini.
Oleh kerana pihak PERDA menghadapi kesukaran semasa pengambil alihan tanah fasa 1 maka Fasa 2 dibatalkan dengan alasan Fasa 2 melibatkan banyak rumah-rumah orang Melayu. PERDA tidak mahu orang Melayu di Teluk Kumbar beranggapan PERDA merampas tanah orang Melayu. PERDA tak mahu penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan lain-lain beranggapan PERDA buat untung.
Tapi sekarang apa yang sedang berlaku. Nasi sudah jadi bubur. Tanah-tanah orang Melayu telah dibeli oleh pemaju. Pemaju-pemaju membuat untung besar kerana kerajaan Pulau Pinang hari ini tidak penting rumah kos rendah. Kerajaan Pulau Pinang hari ini mahu orang bukan Melayu khususnya kaum Cina lebih ramai menetap di Kg. Matahari Naik, Kampung Nelayan dan Kg. Sulup. 
Orang Melayu yang tak mampu beli boleh pindah di seberang atau di Kedah dan Perak tapi bekerja di bahagian pulau, Pulau Pinang.
Apa boleh buat, orang Melayu juga yang memberi undi kepada calon DAP, PAS dan PKR. Semasa BN mentadbir negeri Pulau Pinang, kita boleh lihat banyak projek perumahan kos rendah telah dibina di Balik Pulau, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Tapi sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, kita nak tanya, berapa unit rumah kos rendah dibina? Jawabnya tak ada langsung.
Yang ada rumah-rumah mewah harga ratus ribu hingga mencapai jutaan ringgit sebuah di Teluk Kumbar mahupun di Balik Pulau. Pak Kassim tak mampu beli dan Maniam juga tak mampu beli. Yang mampu beli Ah Chong, anak Ah Chong dan cucu Ah Chong.
Aku harap rakan-rakan blogger dapat bantu penduduk yang kurang bernasib baik ini bagi menghadapi masalah surat dari orang tengah (bukan surat peguam) seperti mengugut penduduk supaya membuat pilihan tersebut. Kandungan surat itu seolah-olah memberi nasihat dan amaran/ugut. Surat itu menasihatkan penduduk yang tidak berpuas hati dan tidak mahu bekerjasama  untuk membuat bantahan melalui mahkamah. Sekiranya pihak mahkamah menolak permohonan penduduk, pihak 'orang tengah' tidak lagi bertanggungjawab ke atas pampasan yang dicadangkan itu. Untuk kebaikan penduduk, penduduk diminta mengisi borang persetujuan dan kembalikan borang tersebut kepada orang tengah berkenaan dalam masa 14 hari daripada tarikh surat ini diterima.
Begitulah maksud surat yang dihantar oleh sebuah syarikat bertaraf 'enterprise' kepada sebahagian penduduk Kg. Sulup, Teluk Kumbar. Mohon khidmat nasihat blogger dapat membantu penduduk yang bakal menjadi mangsa sepertimana yang berlaku di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Assam, Jelutong dan terbaru Kg. Matahari Naik.

2 comments:

  1. Bongkar syarikat mana yang jadi orang tengah..?? Jika depa ugut kita, kita cari seluruh kaum kerabat dia sampai jumpa... kita tengok sama ada melayu hilang teloq ke tidak...!! Apa aku nak kata lagi, cuma simpati saja kepada rakan2 aku di teluq kumbaq... sebelum ni aku dah nasihat.. satu persatu aku suruh buka minda... ambik yang baik... yang buruk buang... tak kira parti apa pun samada BN atau PR.

    ReplyDelete
  2. Salam semua, Pertama sekali terima kasih kepada penulis kerana bersimpati kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Pada saya sekrang ini Kerajaan LGE dah nampak bahawasanya mengubah bentuk Geologi politik di negeri Pulau Pinang merupakan agenda mereka yang pertama,supaya orang-orang melayu keluar dari tempat itu membolehkan mdereka menambah kuasa. Apa pun bagi kami lawan -tetap lawan.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.