"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, June 19, 2013

“Buang yang keruh, ambil yang jernih”.....



Tahniah kepada calon parlimen Balik Pulau, DS Dr. Hilmi Hj. Yahya kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen dari PKR. Walaupun majoriti undi yang dimenangi  tidak banyak tapi kemenangan itu telah melonjak pencapaian baik keseluruhan calon-calon parlimen dari UMNO.  Umumnya berpendapat pengundi Melayu telah banyak membantu memenangi calon-calon BN/UMNO dalam PRU13 ini.
Calon BN DUN Pulau Betong, YB Sr. Muhd Farid Mohd Saad pula kekal mempertahankan kerusi DUN Pulau Betong.  Selaku wakil rakyat yang bekerja kuat dan turun padang, majoriti sebanyak 395 undi yang diperolehi oleh YB Farid hanya agak mengejutkan kita. Mungkin YB Farid sudah mengkaji dan mengetahui sebab-sebabnya.
Manakala dua calon baru yang mewakili BN/UMNO boleh dianggap suatu kejayaan membanggakan kerana dapat mempertahankan kerusi masing-masing dari dirampas oleh pembangkang. YB Tn Hj. Nordin Ahmad, berjaya mempertahankan kerusi DUN Bayan Lepas dengan majority 458 undi melalui cubaan kedua calon PAS, Cikgu Asnah. Manakala YB Datuk Shah Headan pula berjaya mengalahkan calon PKR yang merupakan Speaker DUN Pulau Pinang, Dato’ Halim Hussin dengan mencatat majoriti sebanyak 801 undi.
Walau bagaimanapun pencapaian BN/UMNO di negeri Pulau Pinang agak merosot dengan kehilangan lagi satu kerusi dalam PRU13 yang lalu. Dengan 10 wakil rakyat BN/UMNO akan menjadi wakil pembangkang diharap dapat membawa suara rakyat khususnya memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu yang semakin terhimpit dalam era pemerintahan kerajaan DAP.  
Dalam kegembiraan kita meraikan kemenangan calon-calon BN/UMNO dalam PRU13 yang lalu, ada kawan rakan yang berduka. Walaupun begitu, satu penghargaan terima kasih wajar diberikan kepada kawan rakan yang tidak tersenarai sebagai calon kerana mereka terus bekerja untuk memastikan calon BN/UMNO menang dalam PRU13. Tidak ada unsur sabotaj berlaku di semua kawasan DUN. Nampaknya semua pemimpin UMNO bersatu kali ini untuk memastikan setiap calon BN/UMNO tidak kalah.  
Sebenarnya tanggungjawab UMNO untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU14 semakin bertambah berat. Majoriti yang begitu kecil yang diperolehi oleh semua calon BN/UMNO bukan suatu jaminan yang mantap. Selaku wakil rakyat dan pemimpin parti, langkah memperkukuhkan parti perlu diberi keutamaan. Untuk memastikan UMNO Bahagian lebih kuat, pemimpin UMNO lama dan baru perlu duduk semeja. Ibarat kata pepatah Melayu, “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.  Bersambung….

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.