"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, June 8, 2013

Pemimpin dan orang Melayu yang menyokong DAP mesti baca artikel ini!

SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Bicara Eksekutif Budaya 2013 Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, semalam

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.
Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.
Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.
Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.
"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini.
"Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan," katanya.
Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.
Sementara itu, Kok Seong berkata, pelantikan dua anggota Kabinet, Senator Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap Kain Ching hanya kerana tidak fasih bahasa Mandarin tidak wajar dipertikai kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
"Masyarakat Cina cakap mereka ini tidak layak jadi pemimpin mereka, sampai tahap itu sekali. Malah, masyarakat Cina walaupun setelah 55 tahun merdeka, ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu.
"Apakah ceramah perlu disampaikan dalam bahasa Cina (Mandarin). Kita ada bahasa sendiri (kebangsaan). Sepatutnya perkara ini tidak timbul kerana pemimpin tidak perlu fasih dalam bahasa Cina hanya kerana hendak berkomunikasi dengan mereka," katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bertepatan dengan keadaan masa kini.

Tambah beliau, kaedah terbaik menyelesaikan masalah perpaduan itu ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan.
"Sistem persekolahan sekarang telah memecah-belahkan anak-anak bangsa pada usia muda. Jadi kita kena fikirkan cara selesaikan masalah ini.
"Saya rasa Sekolah Wawasan adalah jalan terbaik. Kita bina sekolah tiga aliran ini sebelah menyebelah supaya akhirnya akan mempertingkat integrasi antara pelajar," katanya.

2 comments:

  1. Bukan salah sesiapa pun, tapi UMNO juga patut disalahkan kerana membela sangat kehendak mereka walaupun jauh dari sudut kedudukan Orang Melayu seperti termetri diPerlembagaan Persekutuan Tanah Malayu kita. UMNO tidak berkesan dan bersemangat menjulang Perlembagaan kita supaya semua bangsa diMalaysia tahu siapa orang Melayu, Bahasa Melayu, Raja2 Melayu dan Kedudukan Ugama Islam. Menguasai Bahasa Melayu bukan satu cara hendak tak hendak saja tapi ia adalah kewajipan untuk Rakyat semua. Seharusnya sekolah2 jenis kebangsaan ini dihapuskan.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat2 setuju dgn pandangan Anon di atas;
    Pemimpin UMNO yang ada dalam parlimen sbg pembuat dasar perlu lebih tegas dan berani. Jangan hangat2 tahi ayam. Turun ke bawah jumpa rakyat berceramah cukup punya hebat tapi bila dipilih rakyat duduk di singgahsana, jadi menteri yang dulu tak bersetuju dah habis dah...simpan dalam poket. Masa dengan rakyat...ok..ok bersetuju tapi bila dah berada di atas tak setuju pulak...inilah antara sebab orang Melayu tak suka kepada UMNO. Oleh itu pemimpin UMNO hari ini kena faham, tugas PRU14 ini lebih mencabar dan lebih berat jika tak faham kehendak rakyat terutama org2 Melayu pd hari ini.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.