"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, May 30, 2013

UMNO pasti lenyap dari lipatan sejarah!

Ekoran kemerosotan BN dalam PRU13 telah ada cadangan BN dijadikan sebagai sebuah parti tunggal. Kata lainnya, sudah tak wujud lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Ada yang menyokong dan kira-kira lebih ramai di kalangan pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong cadangan itu.Kenapa?

Jikalau diteliti, prestasi UMNO dalam PRU13 agak baik berbanding dengan parti-parti komponen lain. Selain calon BN dari UMNO menunjukkan peningkatan jumlah calon yang menang di peringkat Parlimen malahan banyak calon-calon UMNO yang menang di DUN hingga kerajaan negeri Kedah PAS dapat ditumbangkan dalam PRU13. Oleh itu tidak ada sebab UMNO dipadamkan dan digantikan dengan BN sebagai parti tunggal.

Kemerosotan BN secara keseluruhannya dalam PRU13 perlu dilihat dan dikaji dari aspek yang lain. Cadangan BN sebagai parti tunggal nampaknya sebagai satu cadangan yang janggal dan pelik. Apakah kita yakin dengan BN sebagai satu parti tunggal boleh menarik lebih ramai pengundi menyokong BN? Atau sebaliknya akan menimbulkan lagi masalah lain yang terus menjejaskan peluang BN untuk kembali memerintah dalam PRU14 akan datang?

Selaku orang Melayu dan ahli UMNO, cadangan BN sebagai satu parti tunggal adalah tidak wajar. Sudah cukup, selama lama kita lihat orang Melayu semakin hilang identiti. Sebenarnya, kita orang-orang Melayu semakin lama semakin hilang identiti.  Lihatlah Bahasa Melayu digantikan dengan bahasa kebangsaan, tulisan jawi semakin pupus penggunaannya dan Keretapi Tanah Melayu sudah lenyap dengan perubahan masa yang memerlukan kita bertolakansur. Sudah pasti cadangan BN sebagai satu parti tunggal secara tidak langsung akan menghapuskan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu yang akan lenyap dalam sejarah negara. Apakah cadangan UMNO dilenyapkan dalam arena politik negara moden ini boleh menjamin survival BN sebagai parti pemerintah untuk 100 tahun lagi? Fikir-fikirlah!

10 comments:

  1. sebenarnya parti-parti cina tu nak tompang tue dengan UMNO. lepas tu bila dah jadi satu parti bolehlah nanti cina bertanding persident, timbalan persiden, naib persident dan sebagainya. ubah perlembagaan parti dan gunakan sistem undi populer. tentu menang apatah lagi kalau guna wang. lu UMNO atak wang ke. mau bayat yulan 1linggit pun atak susah maa.

    ReplyDelete
  2. kalau takda UMNO aku orang pertama masuk PAS. asal islam. asal bukan cina.

    ReplyDelete
  3. UMNO jangan jadi bodoh. jangan jadi balaci cina selama-lamanya. UMNO dah semakin kuat sekarang. buat penambahbaikan supaya terus mrndapat sokongan padu dari orang melayu.

    ReplyDelete
  4. Apa-apa cadangan dari pemimpin cina mesti ada untung untuk kaumnya dan kaum lain belum tentu ada untungnya, bayangkan dalam pru13 lepas BN sudah menjadi parti tunggal, mca dan gerakan yg ditolak hampir 90 peratus kaumnya tak akan rasa apa-apa malahan mereka boleh tumpang tuah undi melayu yg memihak BN(UMNO)dan menikmati jawatan-jawatan penting dalam kerajaan tanpa rasa bersalah....fikirkanlah pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  5. UMNO sekarang dah dekat jam '23hrs to doomsday', sedarlah....... Pemimpin UMNO jangan salahkan sesiapa lagi kecuali diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. FAKTA: Roboh empayar MELAKA di tangan Portugis selepas kali ke 3 serangan selepas dapat bantuan perahu-perahu kecil dari saudagar Cina untuk naik ke darat. Kalahnya RAJA HAJI yang hampir berjaya menawan dengan mengepung tentera Belanda di kota A Famosa kerana saudagar Cina menkhabarkan berita kepada Belanda di Betawi. Dgn segera Betawi memberi bantuan & mengalahkan Raja Haji......

    ReplyDelete
  7. umno akan terus jadi tunggak perjuangan agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  8. buangkan saja punahsihat yg tak ada kejiwaan dan jatidiri melayu utk melayu. PUNAHsihat yg ada hanya ada agenda yg tersembunyi. berapa lama melayu harus berlembut lagi wahai pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  9. Sah UMNO takda teloq... Buang masa aja undi BN. Kalau jadi apa yg nak buat satu parti aja, aku lebih rela sokong pas lepas ni.

    ReplyDelete
  10. umno akan terus kukuh sampai akhir zaman....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.