Sejak dulu lagi UMNO diperlekehkan oleh Melayu PAS dan Melayu PKR serta mereka-mereka atas pagar kerana UMNO asyik menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun ketika UMNO punya kerusi lebih banyak dalam DUN Pulau Pinang. Sepatutnya sudah ada dan sudah lama wakil rakyat UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri diberikan kepada Gerakan. Ini bukan rasis sebaliknya mengikut sistem demokrasi yang diamalkan maka itulah yang sewajarnya.
Untuk jawab persoalan itu, UMNO Pulau Pinang dan UMNO Malaysia sudah ada skrip jawapan yang standard iaitu "Perlantikan KM Pulau Pinang di kalangan wakil rakyat Gerakan merupakan formula BN dalam mentadbir negara berkongsi kuasa antara kaum. UMNO tidak tamak kepada kuasa". Sejak BN memenangi negeri Pulau Pinang, jangan terfikir suatu masa wakil rakyat UMNO akan jadi Ketua Menteri. Itulah pengorbanan yang amat besar dan tolak ansur yang begitu tinggi UMNO dengan parti-parti komponen dalam BN. UMNO sanggup mengalah asalkan rakyat berbangsa Cina dapat kembali menyokong BN.
Sejak BN kalah mulai PRU12 dalam tahun 2008, Pemimpin Gerakan, Teng Cheng Yeow telah diberi kepercayaan oleh DS Najib untuk menerajui Perhubungan BN Negeri dengan harapan rakyat Cina kembali menyokong BN. Jangkaan itu jauh meleset selepas PRU13 diketahui umum. Majoriti kaum Cina di bandar dan di luar bandar amat jelas menyokong pembangkang. Kawasan majoriti Cina, calon-calon BN dikalahkan dengan undi yang begitu besar.
Teng Cheng Yeow dan rakan2 lain dalam Gerakan dan MCA dikalahkan dengan teruk di kawasan masing-masing. Nampaknya pengundi-pengundi Cina tanpa rasa segan dan malu, tanpa rasa simpati seolah-olah mereka sudah buat keputusan menyokong pembangkang dalam apa jua keadaan pun yang berlaku. Walaupun kebanyakan calon-calon BN dari Gerakan dan MCA telah lama turun ke padang, berjumpa rakyat dan membuka bilik gerakan tapi kerja keras mereka langsung tidak pandang oleh majoriti pengundi-pengundi Cina. Begitu juga nasib yang menimpa MB Johor, Datuk Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyatnya tapi ditolak dengan begitu mudah oleh Lim Kit Siang yang nyata dan jelas belum ada sekelumit jasanya kepada orang-orang Cina kawasan Gelang Patah.
Akibat kekalahan itu, MCA mengarahkan semua pemimpin-pemimpinnya yang ada dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan JKKK meletakkan jawatan. Manakala Teng Cheng Yeow selaku Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Gerakan turut meletakkan jawatan menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap prestasi buruk Gerakan dalam PRU13. Ini bermakna, jawatan Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang masih jadi tanda tanya dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Dato' Non masih mahu 'memujuk' agar Teng Cheng Yeow kembali menerajui BN Pulau Pinang.
Wahai Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, bukan masanya lagi kita bertolak-tolak ansur. Disebabkan UMNO selalu bertolak ansurlah maka hari ini orang Melayu Pulau Pinang telah ditolak secara beransur-ansur oleh kaum Cina. Ini bukan rasis, jika rasis pun tidak mengapa kerana PRU13 jelas menunjukkan kaum Cina lebih rasis. Jika mereka lebih rasis salahkah jika kita hari ini orang-orang Melayu tunjuk lebih rasis daripada orang-orang Cina pada hari ini.
Sikap Pengerusi UMNO Pulau Pinang masih mahu memujuk bekas Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang suatu yang kurang bijak dalam situasi politik pada hari ini. Sahut cabaran itu, jangan ada lagi tolak ansur. Biar pemimpin UMNO pula menerajui BN Negeri Pulau Pinang dan sebagai pembangkang dalam DUN Pulau Pinang. Dengan peranan itu, kami yakin lebih ramai orang Melayu/Islam terutama mereka atas pagar akan menyokong UMNO/BN. Rakyat Melayu/Islam Pulau Pinang sudah tidak bergantung harap lagi dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Ada pemimpin Melayu/Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hanya dibikin hiasan atau boneka. Sudah lima tahun berlalu, LGE telah menipu orang Melayu dan orang India. Itu pun masih ada tak sedar lagi!
Kita bimbang jika UMNO tidak sanggup hadapi cabaran dan perubahan, rakyat akan menghukum lebih dahsyat lagi dalam PRU14 akan datang. Perlu ingat dalam PRU13, UMNO telah hilang lagi satu kerusi dari 11 kerusi kepada 10 kerusi. Untuk menjaga dan menyakinkan hati keseluruhan orang-orang Melayu/Islam maka UMNO kena berani menghadapi cabaran dan rintangan. Memanglah tanggungjawab yang amat berat bila memikul tugas sebagai Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang. Persoalannya apakah Pengerusi UMNO Negeri masih nak jaga hati orang Cina atau nak jaga hati orang Melayu/Islam? Kami dan banyak NGOs Melayu dan Islam berpendapat UMNO perlu menerajui BN Pulau Pinang. Jika UMNO masih bertolak ansur kita bimbang takut " Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran" dalam PRU14 akan datang.
percayalah !!!!
ReplyDeletepulau pinang selamanya milik dap!
jumlah cina dah lebih 50%.
mereka ingin jadikan p.pinang singapork kedua.
agenda pengusiran melayu dari 'belah pulau' akan berterusan terutama di9 balik pulau.
SO..UMNO JANGAN MALU2 KUCING !!! PRU14..UMUM UMNO BAKAL KM P.PINANG..PERCAYALAH UNDI MELAYU PAS DAN P GAY R AKAN BERALIH KE BN..
PERCAYALAH!!! PRU14 ADALAH PILIHAN RAYA ANTARA CINA DAP MENENTANG MELAYU,INDIA DAN BUMIPUTRA SABAH SARAWAK.
gen2felda
UMNO lembik dan baik xkena tempat sbb tu Tuhan dtgkan tsunami Cina pd BN. itupun masih pekak telinga. Takut sgt Melayu tnpa Cina.
ReplyDeleteBuat je keje utk bangsa2, tp masa yg sama jgn korbankan Melayu. Sultan Kedah berhak atas Pulau Pinang.. jgn risau. kuatkan saf perpaduan. Lihat mcm mana PAS dihina di oleh DAP.. apa pun tarak..
Mukriz akan majukan KHTP Kulim dgn sewajarnya sehingga Bayan Lepas NFTZ will drop dramatically. doakan kejayaan. jgn racuni kerja2 org kita.
Ayuh doa dan usaha.Amin
tak payah minta izin ,ini tanah melayu rampas saja
ReplyDeleteUmumkan saja next pru 14 Ketua Menteri PP ialah orang Melayu and UMNo lead PP mesti menang besar. Takkan tak nampak kerusi UMNO menang berapa kat Penang pru 13? Gerakan wiped out! MCA hancuss! lagi nak kasi muka kat depa kar!? Oii Melayu Oii UMNO bangkitlah. In politic no Mr. Nice Guy lah! tak baca ka apa TUn Daim kata tu?
ReplyDeleteSalam..setuju sangat dengan komentar-komentar diatas..tolong ubah imej UMNO lebih kepada Islam..INSYAALLAH dengan izinnya umat Islam akan bersatu..kita mulakan dengan pemimpin kita yang diatas dulu..perubahan drastik kita mulakan dengan keluarga kita dulu..baru rakyat akan lebih mendekati UMNO...
ReplyDeleteSalam PT, pemimpin-2 UMNO yang lama pun perlu ditukar kepada baru..contohnya TOK NON..kalah di Nibong Tebal 2 x dah...patut-patut undurlah beri peluang kepada muka-muka baru untuk lead di Penang.
ReplyDeletePPinang negeri unik tak sama dgn negeri lain. Penduduk cina 650'000 tp daftar undi 450,000. Melayu plak penduduknya 650,000. Lebih pun skit aja dgn cina tetapi yg daftar undi 250,000. Dah la tu, undi melayu pecah 3 (umno, pas & pkr). Bersatu mcmana pun kalah jugak melayu di ppinang. Tkasih BN krn selama ini bg muka kat cina gerakan. Lani semua cina main pungkok umno buat u-turn pilih DAP. Mana melayu PPinang tak ditindas? Cuba tuan admin sedarkan melayu ppinang pe daftar undi dulu dlm masa yg sama umno ppinang kena pikir stategi nak satukan melayu di ppinang dulu. Kronik sgt melayu ppinang ditindas puak kafir harbi cina bukit ni.
ReplyDeleteAllah bagi kuasa lebih 50 tahun...sombong takbur zalim pd bangsa dan agama sendiri. Zaman skrg kalu hg nak ek..boleh belah laah.. rakyat dh matang.
ReplyDeleteX payahlah nak berlakun perkauman..puluh tahun sujud kpd Gerakan..masa tu..hgpa subhat dengan Cina pelingkup Melayu.
La nie pun aku cabar hangpa..aku blh tunjuk umno mana mengalibabikan projek kpd Cina.
Sapa bagi projek perumahan PERDA di Kubang Mnerong pd syarikat Cina. Keppla butuh hangpa.
Depan org Melayu ..menjerit Jangan Ganggu Hak Melayu..Jangan Ganggu Ketuanan Melayu.
Di belakang org Melayu hangpa jadi babi kpd Cina.
Lihat di batu kawan haramjadah mana yg bagi kerja earthwork jalan dan infra kpd paria Sega..Aru.
Toksah dok kelentong laa..
Mampuih pi mana dah Mr 10%..
Sapa jual tanah Melayu di B.Pinang pd org Cina..
Pengalaman 25 tahun dlm bidang pembinaan..
berani heret hidung puak umno yg mengalibabikan projek.
Sialnya Umno.
Nak kata hindu bukan hindu..nak kata Melayu dia cakap Hindu.
Jenis dua alam nie...nak makan pun haram.