Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz sepatutnya meletak jawatan kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap Ketua
Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani yang mengeluarkan
kenyataan mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia mempertahan hak
orang Melayu.
Kita orang-orang Melayu amat sedih bila ada seorang korporat Melayu yang selama ini berjawatan tinggi dalam AirAsia X telah mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia serta bercadang menarik balik pengiklanan Air Asia melalui akhbar Utusan Malaysia.
Jika penjelasan diberikan oleh Rafidah pun tapi biarlah suatu penjelasan yang konkrit bukan kelentong cakap orang utara. TS Rafidah juga jangan lupa bahawa kedudukan beliau selaku Pengerusi AirAsia X adalah hasil perjuangan UMNO untuk melihat koporat Melayu yang berjaya. Jika dahulu TS Rafidah terkenal dengan sikap tegas dan kritisnya semasa menjadi Ketua Wanita UMNO maka begitu jugalah sikapnya yang perlu ada semasa beliau berada dalam bidang korporat. Tanpa perjuangan UMNO harus ingat tiadalah TS Rafidah Aziz dan Azran Osman-Rani dalam syarikat penerbangan tambang murah terkenal, Air Asia.

Azran Osman-Rani, ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.
Menurut Aminah, kepentingan orang Melayu dan pengkhianatan terhadap
bangsa sendiri tidak boleh dianggap sebagai perkara bersifat peribadi. Beliau juga meminta Rafidah menjelaskan secara terbuka tindakan yang
akan diambil terhadap Azran berikutan kenyataannya yang membabitkan
maruah orang Melayu. "Jika Rafidah tidak mampu bertindak kita nasihatkan beliau pencen sahaja dan duduk senyap-senyap di rumah. "Jangan terus memalukan golongan wanita dengan hipokrasi," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Rafidah seharusnya menyatakan pendirian tegas ekoran kenyataan Azran yang tidak sensitif terhadap orang Melayu. Beliau memberitahu, kegagalan Rafidah mengambil tindakan tegas akan
memberi gambaran seolah-olah Azran tidak menghormati Pengerusi AirAsia X
itu.
"Seharusnya Rafidah mengeluarkan kenyataan memohon maaf bagi pihak
Azran untuk menutup isu ini daripada menjadi kemarahan rakyat," ujarnya.
Kita tunggu apakah komen TS Rafidah seterusnya, apakah beliau juga boleh diibaratkan seperti "kacang lupakan kulit". Ingin kita nasihatkan agar DS Najib lebih berhati-hati bila melantik bekas ahli politik kerana bukan semua ahli politik Melayu itu bersih, jujur, amanah dan ada jati diri.

Tuhan tu kaya. Dia yang mastermind bedal Shahrizat sampai tak mahu sambung jadi Menteri. Mula2 khadam dia tumbang timbalan wanita sekarang dia pula. Betina tak boleh harap. Sanggup jual bangsa kerana dapat gaji (imbuhan) besar sebagai pengerusi Air Asia X.
ReplyDeleteRafidah dah kata ..." itu pendapat peribadi dan ini negara demokrasi....betullah tu....
ReplyDeleteKenapa nak salahkan Rafidah pulak? Dia yang suruh Azran cakap macam tu ke?
ReplyDeleteAzran tu yang patut dibelasah.....
Rafidah pernah cakap dalam satu temuramah yang dia to keturunan bangsa pendatang kerana kedua-dua ibu bapa dia berasal dari luar Malaya. Jangan haraplah dia nak menyebelahi Utusan.
ReplyDeleteAzran pun cakap apa yang dia cakap tu kerana bagi dia ini isu moral dan maruah dia sebagai orang Melayu. Bayangkan awak nampak orang Melayu buat maksiat, begitulah pandangan Azran terhadap muka depan Utusan yang dia komen tu.