Ada cerita semasa aku pergi mengundi baru-baru ini. Di sebuah sekolah aku jadi Pengetuanya dan di situlah pusat aku membuang undi. Sudah tiga tahun, aku di sekolah itu ertinya laluan dan bilik mana yang aku tak tahu, semuanya aku tahu. Malahan bilik-bilik tempat buang undi pun aku yang cadangkan.
Pada awal pagi itu aku memasuki pusat mengundi itu, di laluan tertentu ada Pegawai SPR yang bertugas menunjuk arahkan aku untuk naik ke atas. Aku ikut sahajalah arahan itu kerana aku tahu pada hari itu SPR yang berkuasa sepenuhnya di seluruh kompaun sekolah itu. Tidak boleh sesiapa pun sama ada Pengetua atau Guru Besar nak tunjuk kuasa atau nak tunjuk pandai.
Bila aku sampai di tingkat 1 orang ramai sudah berbaris panjang. Panas mentari pagi mulai membakar kulit muka dan tangan. Ada yang tak tahan cuba berlindung di sebalik tiang-tiang dan kawan-kawan lain. Aku masih ingat lagi dalam PRU yang sebelum ini tidaklah begitu lama berbaris panjang. Ada di kalangan pengundi mulai merungut kerana panas dan terpaksa tunggu dan berbaris begitu lama. Aku nak cakap pun tak boleh sebab aku tidak dilantik oleh SPR. Masalah cahaya panas itu dapat di atasi jika pegawai SPR prihatin tentang masalah pengundi pada hari itu. Pengundi-pengundi boleh berbaris dari tingkat bawah naik ke atas melalui tangga ke tingkat atas. Jika tindakan ini diambil pada peringkat awal, pengundi-pengundi akan rasa lebih selesa.
Kadang-kadang aku berfikir juga. Bukan semua pegawai-pegawai SPR yang bertugas itu sokong kerajaan BN.Mungkin pula kebanyakannya sokong pembangkang. Adakah cara calit dakwat di jari pengundi mempunyai agenda tersirat oleh pembangkang. Cadangan calit dakwat sebenarnya datang daripada kumpulan yang mengakui Bersih memperjuangkan pilihanraya yang bersih. Oleh kerana calit dakwat itulah aku berani mengakui pada PRU13 ini pengundi-pengundi terpaksa berbaris lebih lama dan berjemur panas. Aku berfikir sejenak tentang perasaan pengundi yang senasib dengan aku? Pengundi-pengundi itu rasanya sudah pasti akan menyalahkan SPR. Menyalahkan SPR menyalahkan kerajaan Malaysia maka undi BN akan menukar kepada DAP atau PAS atau PKR. Mungkin ini satu strategi halus pakatan pembangkang menjatuhkan imej SPR menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN. Fikir juga begitu!
Betil ke cerita ni . Setahu ana pegawai spr adalah kalangan guru sekolah tempat mengundi tu. jadi itu guru2 entela..........
ReplyDeleteBetullah...nak bohong napa pulak. Adalah dua kerani sekolah ni yg berada dalam bilik mengundi. Yg lainnya org luar. Lagi ada 2 pekerja (buruh) yg bertugas.
ReplyDelete