"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, June 24, 2014

Guan Eng cuba mengajar kerajaan UMNO Kedah

Isu Terowong Pulau Pinang
Isu terowong Pulau Pinang yang akan dibina oleh kerajaan PR Pulau Pinang telah dijawab Ketua Menterinya melalui Roketkini, sila baca di sini http://www.roketkini.com/2014/03/03/tidak-ada-sebab

Isu Cadangan Lapangan Terbang Kulim
Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa yang baharu sekali gus akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air, sekiranya cadangannya diluluskan kerajaan pusat. Baca selanjutnya http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/rencana/315-dalam-negeri/11872-kedah-kemuka-cadangan-bina-lapangan-terbang-di-kulim.html

Berkaitan isu cadangan kerajaan negeri Kedah mahu membina lapangan terbang baru di Kulim, Guan Eng kata tidak sesuai. Komen seterusnya dari Guan Eng baca di sini http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=160062:cadangan-bina-lapangan-terbang-kulim-tak-sesuai-guan-eng&Itemid=2#axzz35W4LLzK0


Guan Eng sombong dan angkuh
Namun cadangan tersebut diperlekehkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.
Lim berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.
"Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.


Apakah ini merupakan isu yang sebenarnya?
Sebelum lapangan terbang Kulim dibina dan beroperasi, Pelaburan Asing Langsung (FDI) di Pulau Pinang telah mencatat kejatuhan yang drastik. Sudah tentu pembinaan lapangan terbang Kulim akan memberi tamparan hebat kepada ekonomi dan pelaburan asing di Pulau Pinang. Inilah Guan Eng yang membantah cadangan lapangan terbang Kulim sebaliknya dia bertegas membina terowong Pulau Pinang. Guan Eng cerdik......

Guan Eng sila beri penjelasan terhadap isu FDI yang jatuh 90%.....baca sini. http://umnobp.org.my/

Saturday, June 14, 2014

Malayan Union 2.0 oleh Dato Zulkifli Nordin

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah tulisan oleh saudara Azril Mohd Amin, ketua delegasi Muslim-UPRo ke Geneva menentang Comango yang mengupas tentang cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan penggantiannya dengan beberapa undang-undang baru. Tulisan beliau adalah satu pembuka mata dan jiwa, dan wajib dibaca oleh semua pencinta keamanan dan keharmonian.
 
Pada saya, cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan  Integrasi Nasinal (National Integration and Unity Commission Bill) adalah satu cubaan menghidupkan semula Malayan Union! Malah ianya lebih serius dan parah daripada Malayan Union!
 
RUU ini adalah piagam Malayan Union 2.0!
 
RUU ini satu perisytiharan "perang" terhadap umat Melayu-Islam!
 
RUU ini adalah satu pengkhianatan kepada umat Melayu-Islam!
 
Didalam PRU-12 pada 08.03.2008, parti BN dibawah kepimpinan Pak Lah hanya mendapat 140 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, namun buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga. Pak Lah 'dinasihatkan' supaya meletak jawatan pada 04.04.2009.
 
Dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib dengan slogan 1-Malaysia, BN memasuki PRU-13 dengan keyakinan akan dapat mengambil semula Selangor, Perak dan Kedah, dan mungkin mendapat semula majoriti dua pertiga. Begitu keyakinan Bilik Perang BN dalam PRU-13.
 
Sebaliknya bukan sahaja tidak mendapat dua pertiga, BN hilang 7 lagi kerusi dengan mendapat 133 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan, buat pertama kalinya BN tidak mendapat undi popular. Sebaliknya pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat 52% undi popular.
 
BN bernasib baik kerana Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat kerusi paling banyak melebihi 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan.
 
Walaupun BN kehilangan lagi beberapa kerusi, tidak berlaku gelombang penentangan dalaman UMNO. Ini adalah kerana UMNO sendiri mendapat penambahahan kerusi daripada 81 (dalam PRU-12) ke 88 bagi PRU-13.
 
Kehilangan tambahan 7 kerusi dan kehilangan undi popular dituding kepada tsunami cina, iaitu penolakan hampir total oleh pengundi Cina terhadap BN. 
 
Sekali lagi umat Melayu-Islam telah menyelamatkan UMNO-BN dengan memberi sokongan sekaligus menambahkan kerusi UMNO.
 
Dalam senario itu, kita sudah pasti meletakkan harapan Kerajaan UMNO-BN akan membalas jasa umat Melayu-Islam dengan penggubalan dasar yang akan memperkasa dan memartabat institusi Melayu-Islam.
 
Jadi apabila beberapa kerat pelampau perkauman dan cauvinis agama yang menduduki kerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional mengemukakan deraf Rang Undang-Undang ini kepada Kerajaan, timbul keresahan dikalangan umat Melayu-Islam.
 
Ini adalah kerana setelah diteliti, deraf tersebut tidak ada bezanya dari segi semangat, implikasi dan kesannya sebagaimana piagam Malayan Union yang di usulkan oleh penjajah British pada tahun 1946. Malah kesannya lebih parah dan serius daripada piagam Malayan Union!
 
Ini kerana deraf RUU ini memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu.
 
Dan bila terbongkar dalang deraf RUU tersebut adalah ciptaan dan rekaan Bar Council, persoalan besar timbul dikalangan umat Melayu-Islam ialah, adakah pemimpin Melayu sedang tidur lena?
 
Adakah budi umat Melayu-Islam dalam PRU-13 dibalas dengan tuba? Adakah umat Melayu-Islam sedang dikhianati?
 
Kita tidak mahu timbul persepsi bahawa pemimpin Melayu begitu kemaruk mahukan undi daripada kumpulan extremis agama, pelampau perkauman dan cauvinis dikalangan neo-Melayu,  non-Melayu dan non-Muslim sehingga membelakangkan maruah, kepentingan dan warisan pusaka umat Melayu-Islam sendiri?
 
Adakah pemimpin Melayu tidak sedar bahawa mereka duduk dikerusi empuk Putrajaya atas keringat, airmata dan darah umat Melayu-Islam?
 
Sebab itu umat Melayu-Islam memberi ultimatum - SILA TOLAK RANG UNDANG-UNDANG INI DENGAN SERTA MERTA TANPA SEBARANG DOLAK-DALIK LAGI!
 
Jika tidak, saya cukup yakin dan pasti, sebagaimana berlakunya penentangan terhadap piagam Malayan Union pada tahun 1946, umat Melayu-Islam akan bangkit menentang RUU ini dengan menggunakan apa juga cara yang perlu menurut lunas undang-undang untuk memastikan ianya tidak berjaya.
 
Tidak Melayu hilang didunia
begitu pesan Laksamana Hang Tuah
bila maruah pusaka dihina nista
akan ditentang walau dengan nyawa & darah

Wallahua'lam dan wassalam

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Sya'ban 1435
13 Jun 2014