"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, June 14, 2014

Malayan Union 2.0 oleh Dato Zulkifli Nordin

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah tulisan oleh saudara Azril Mohd Amin, ketua delegasi Muslim-UPRo ke Geneva menentang Comango yang mengupas tentang cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan penggantiannya dengan beberapa undang-undang baru. Tulisan beliau adalah satu pembuka mata dan jiwa, dan wajib dibaca oleh semua pencinta keamanan dan keharmonian.
 
Pada saya, cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan  Integrasi Nasinal (National Integration and Unity Commission Bill) adalah satu cubaan menghidupkan semula Malayan Union! Malah ianya lebih serius dan parah daripada Malayan Union!
 
RUU ini adalah piagam Malayan Union 2.0!
 
RUU ini satu perisytiharan "perang" terhadap umat Melayu-Islam!
 
RUU ini adalah satu pengkhianatan kepada umat Melayu-Islam!
 
Didalam PRU-12 pada 08.03.2008, parti BN dibawah kepimpinan Pak Lah hanya mendapat 140 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, namun buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga. Pak Lah 'dinasihatkan' supaya meletak jawatan pada 04.04.2009.
 
Dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib dengan slogan 1-Malaysia, BN memasuki PRU-13 dengan keyakinan akan dapat mengambil semula Selangor, Perak dan Kedah, dan mungkin mendapat semula majoriti dua pertiga. Begitu keyakinan Bilik Perang BN dalam PRU-13.
 
Sebaliknya bukan sahaja tidak mendapat dua pertiga, BN hilang 7 lagi kerusi dengan mendapat 133 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan, buat pertama kalinya BN tidak mendapat undi popular. Sebaliknya pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat 52% undi popular.
 
BN bernasib baik kerana Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat kerusi paling banyak melebihi 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan.
 
Walaupun BN kehilangan lagi beberapa kerusi, tidak berlaku gelombang penentangan dalaman UMNO. Ini adalah kerana UMNO sendiri mendapat penambahahan kerusi daripada 81 (dalam PRU-12) ke 88 bagi PRU-13.
 
Kehilangan tambahan 7 kerusi dan kehilangan undi popular dituding kepada tsunami cina, iaitu penolakan hampir total oleh pengundi Cina terhadap BN. 
 
Sekali lagi umat Melayu-Islam telah menyelamatkan UMNO-BN dengan memberi sokongan sekaligus menambahkan kerusi UMNO.
 
Dalam senario itu, kita sudah pasti meletakkan harapan Kerajaan UMNO-BN akan membalas jasa umat Melayu-Islam dengan penggubalan dasar yang akan memperkasa dan memartabat institusi Melayu-Islam.
 
Jadi apabila beberapa kerat pelampau perkauman dan cauvinis agama yang menduduki kerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional mengemukakan deraf Rang Undang-Undang ini kepada Kerajaan, timbul keresahan dikalangan umat Melayu-Islam.
 
Ini adalah kerana setelah diteliti, deraf tersebut tidak ada bezanya dari segi semangat, implikasi dan kesannya sebagaimana piagam Malayan Union yang di usulkan oleh penjajah British pada tahun 1946. Malah kesannya lebih parah dan serius daripada piagam Malayan Union!
 
Ini kerana deraf RUU ini memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu.
 
Dan bila terbongkar dalang deraf RUU tersebut adalah ciptaan dan rekaan Bar Council, persoalan besar timbul dikalangan umat Melayu-Islam ialah, adakah pemimpin Melayu sedang tidur lena?
 
Adakah budi umat Melayu-Islam dalam PRU-13 dibalas dengan tuba? Adakah umat Melayu-Islam sedang dikhianati?
 
Kita tidak mahu timbul persepsi bahawa pemimpin Melayu begitu kemaruk mahukan undi daripada kumpulan extremis agama, pelampau perkauman dan cauvinis dikalangan neo-Melayu,  non-Melayu dan non-Muslim sehingga membelakangkan maruah, kepentingan dan warisan pusaka umat Melayu-Islam sendiri?
 
Adakah pemimpin Melayu tidak sedar bahawa mereka duduk dikerusi empuk Putrajaya atas keringat, airmata dan darah umat Melayu-Islam?
 
Sebab itu umat Melayu-Islam memberi ultimatum - SILA TOLAK RANG UNDANG-UNDANG INI DENGAN SERTA MERTA TANPA SEBARANG DOLAK-DALIK LAGI!
 
Jika tidak, saya cukup yakin dan pasti, sebagaimana berlakunya penentangan terhadap piagam Malayan Union pada tahun 1946, umat Melayu-Islam akan bangkit menentang RUU ini dengan menggunakan apa juga cara yang perlu menurut lunas undang-undang untuk memastikan ianya tidak berjaya.
 
Tidak Melayu hilang didunia
begitu pesan Laksamana Hang Tuah
bila maruah pusaka dihina nista
akan ditentang walau dengan nyawa & darah

Wallahua'lam dan wassalam

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Sya'ban 1435
13 Jun 2014

3 comments:

  1. As'salam Pak Tam! Sedih sangat sepatutnya pemimpin-2 UMNO bangun menentang tetapi diam seribu bahasa! Jati diri melayu dalam UMNO dah mula pudar and rasanya dah semangkin Liberal....Sayang seribu kali sayang Presiden UMNO dah mula ikut rentak Liberal macam KP UMNO....

    ReplyDelete
  2. JOM sebagai ahli UMNO kita sedarkan mereka ...mungkin dgn buat memorandum dan submit...walau yg buat adalah pemimpin UMNO...kita sbg ahli tak boleh memekak telinga n pejamkan mata....kita kena buat sebelum TERLAMBAT...depa sedang LEKA di ulit mimpi yg konon INDAH....akibat BURUK menanti MELAYU dan ISLAM di TANAH MELAYU ini...siapa berani kedepan pasti ada yg akan mengikut d BELAKANG...ini tugas mencabar bagi UMNO ...

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Tam! Perhati dan kaji PM kita dengan minda yang terbuka, apabila ada saja agenda untuk memperkasakan melayu (Sekadar tambah dana saja untuk menafikan PM tak bantu melayu..tolong kaji sama apa adik PM kata tentang DEB) sekadar games untuk menutup pengumuman sebelum atau selepas yang mengancam keistimewaan Islam dan Melayu. Kalau nak test market kita tunggulah pengumuman baru PM kita seminggu dua lagi..Kalau PM kita boleh hapuskan ISA...tak mustahil PM kita boleh buat keputusan lain..untuk terus popular dan liberal...politik barulah katakan....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.