"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, March 18, 2011

Isu Pluralisme: JAKIM diminta siasat kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyiasat ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fahaman pluralisme yang disampaikannya awal tahun lalu.

Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) berkata, Jakim perlu menyiasat fahaman itu yang dikatakan semakin menular di negara ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa menerima aliran pemikiran berhubung kesamaan agama itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Zulkifli berkata, penerimaan Anwar terhadap konsep itu boleh dilihat berdasarkan ucapan beliau di London School of Economics yang disiarkan di laman blog penasihat PKR itu yang antara lain mendakwa semua agama adalah sama.

Bagaimanapun, apabila isu fahaman pluralisme dibangkitkan, teks ucapan itu serta merta dikeluarkan daripada blog berkenaan.

"Selepas saya berbincang dengan rakan dan ulama, barulah saya faham mengapa Permatang Pauh berpendirian yang kalimah Allah, semua (agama) boleh guna, sama ada dalam bentuk Allah satu atau triniti sebab itulah fahaman dia.

"Kita minta dia bermuzakarah dengan ilmuan Islam dan memperjelaskan kedudukannya supaya tidak ada salah faham. Kita khuatir ada kemungkinan boleh jatuh kepada murtad, terkeluar dari akidah Al Sunnah Wal Jamaah jika fahaman pluralisme diteruskan," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Persidangan dewan bersambung Isnin. - BERNAMA

Tuesday, March 15, 2011

Harakah anggap pendakwaan ke atas Anwar sebagai malang?

Harakah meneruskan tugas hakikinya, cuba membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Harakah beranggapan rakyat jelata hari ini boleh diperbodohkan dengan tulisan yang banyak autanya. Harakah cuba menutup kelemahan pihak pembangkang ekoran kes liwat Anwar Ibrahim yang cuba difutarbelitkan oleh peguam tersohor mereka (Baca cerita putar belit selanjutnya). Banyak yang pelik dan menghairankan dalam kes liwat DSAI ini. Peguam Karpal Phusingh dipertikaikan kredibitinya oleh DS Zahrain, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru. Oleh kerana DSAI selaku Ketua Pembangkang, Mr. Karpal Phusingh sanggup bermatian untuk membela nasib Anwar. DSAI telah dicabar untuk mengadakan sumpah laknat di mana-mana masjid di seluruh negara ini. Tapi ditolaknya dengan pelbagai alasan. Walaupun cuma tak sampai 5 minit untuk bersumpah laknat itu tapi DSAI tetap menolaknya kerana dia tahu. Beliau lebih sanggup perbicaraan dimahkamah ditunda dengan pelbagai helah. Apa helah lagi yang dapat beliau lakukan. Peranan Harakah akan menjadi lebih berat untuk memutar dan belitkan cerita supaya rakyat nampak DSAI tidak bersalah. Tanggungjawab Harakah semakin mencabar bila mana NGO2 mengadakan demontrasi mendesak DSAI menyerahkan sampel DNA secara sukarela jika DSAI benar-benar pejuang keadilan. Harakah terpaksa bekerja keras lagi apabila kekalahan teruk kedua-dua calon PAS dalam PRK yang lalu. Harakah akan cuba memberitahu rakyat bahawa calon PAS kalah kerana ditipu oleh SPR. Pengiraan undi dilakukan secara tidak telus oleh petugas-petugas SPR. Jika ada wakil kepada calon PAS tapi wakil itu telah diikat dan disimpan dalam peti sejuk. Sebab itulah calon PAS kalah teruk. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustad Nasaruddin Tantawi telah beri amaran kepada kerajaan Malaysia. Jika tuntutan mereka tidak ditangani, demontrasi ala Mesir akan berlaku di Malaysia. Banyak pemimpin2 PAS memuji rakyat Mesir yang berani menggulingkan kerajaan Mesir. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah semakin celik, rakyat sudah nampak pembohongan demi pembohongan kerajaan Pakatan Rakyat, pelbagai penyelewengan berlaku, penindasan dan kezaliman di sana sini, penipuan dan salah guna kuasa menjadi-jadi akibatnya rakyat menolak calon Pakatan Rakyat dalam PRK yang lalu. Harakah perlu bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pakatan Haram. Tunggulah Harakah keluaran esok dengan penuh sandiwara rakyat.

Sunday, March 13, 2011

DNA ANWAR DI SANA SINI..LIHATLAH!

 

Polis dan Tentera mengundi 2 kali di PRK Merlimau dan Kerdau!

Kasihan PAS kalah teruk di PRK Merlimau dan Kerdau sebab anggota Polis dan Tentera diberi peluang oleh SPRM mengundi sebanyak dua kali. Oleh kerana kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, menyebabkan calon PAS kalah teruk di Merlimau dan Kedau. Jika tidak kerana polis dan tentera mengundi sebanyak 2 kali, calon PAS pasti boleh menang. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bekas MB Perak sudah meroyan sejak kekalahan teruk PAS serentak di Merlimau dan Kerdau. Datuk Seri Nizar membuat tuduhan tidak berasas kepada SPRM[Baca sini]. Sebelum berkempen, semasa berkempen di PRK hinggalah selepas PRK, dia masih nak berbohong lagi.  Dia mahu tipu rakyat. Rakyat hari ini sudah celik. Jangan anggap rakyat hari ini bodoh seperti DS Nizar sangkakan. Cubalah lihat muka DS Nizar, tampak semakin tak berseri lagi, mukanya berkerut susah hati, bak kata pepatah Melayu, "Makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena". Oleh kerana Nizar selalu mengkafirkan orang Islam lain khususnya ahli UMNO maka Allah SWT bayar 'cash' di dunia atas perbuatan terkutuknya itu. Banyak sangat fitnah-fitnah ditabur oleh ularmak-ularmak upahan PAS di masjid-masjid dan surau-surau, walaupun ratus ribu ahli dan penyokong PAS bersolat hajat, Allah SWT tidak merestui perjuangan PAS. PAS tetap kalah tanpa belas kasihan oleh Allah SWT di Kerdau dan Merlimau. Bermuhasabahlah wahai pemimpin2 PAS. Jangan suka menyalahi pihak lain. Bila PAS dan Pakatan Rakyat menang di banyak kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU12 yang lalu hingga menguasai beberapa negeri, pemimpin PAS mengatakan Allah SWT bersama mereka. Allah SWT menyebelahi pihak yang ikhlas dalam perjuangan. Perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat direstui Allah.
Sejak PAS dan PR kalah teruk dalam PRK yang lalu, rakyat sudah pun tahu bahawa perjuangan PAS semakin jauh tersasar. Walaupun dipimpin oleh ulamak-ulamak tersohor tapi kerana perjuangan politik memecahbelahkan umat Islam maka perjuangan PAS sudah tidak direstui oleh Allah SWT. PAS sanggup menolak UMNO malahan mengkafirkan UMNO sebaliknya sanggup pula bersama dengan DAP yang jelas anti Islam. Tanyalah kepada TG Nik Ajis sendiri, kenapa TG sanggup memeluk Lim Kit Siang daripada menerima pelawaan untuk bersama dengan DS Najib? Kenapa TG Nik Ajis boleh memuji Lee Kuan Yew dan apakah Lee Kuan Yew lebih baik daripada DS Najib mahupun Tun Mahathir?
PAS akan terus dijauhi oleh orang Melayu/Islam pada masa akan datang jika sikap pemimpinnya tidak berubah. PAS akan kalah teruk dalam PRU yang akan datang jika terus bersama dengan PR. Islam tidak kemana pun sejak bersama kerajaan PR. Yang ada hanya program-program lebih kepada kosmetik untuk menunjukkan kerajaan PR itu lebih baik daripada kerajaan BN/UMNO. PAS gagal menangani masalah orang Melayu/Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor. PAS hanya jadi pak turut. Kenapa NGO Melayu / Islam bangkit mengadakan beberapa demontrasi sejak kerajaan PR memerintah? Demontrasi seumpama itu tidak pernah pun berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN, kenapa? Tepuk dada tanyalah minda!

Thursday, March 10, 2011

PERHIMPUNAN AMAN "BANGKIT MELAYU MEMBELA ISLAM" DI KOMTAR

Baru-baru ini kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan satu potfolio baru iaitu Hal Ehwal Agama Bukan Islam yang diketuai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Lihatlah kita betapa mulianya kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan agama bukan Islam di bawah seorang Ketua Menteri. Itulah yang dikatakan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh DAP, konsep keadilan yang diperjuangkan oleh PKR dan kebebasan beragama yang diperjuangkan oleh PAS. Itulah hasil perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat yang senang-senang membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh gereja. Dan itulah juga hasil perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat yang membenarkan rakan-rakan DAP menggunakan ayat suci al-Quran di pentas-pentas ceramah politik. Dan itulah akibatnya kerana membenarkan wanita tidak menutup aurat memberi tazkirah di dewan utama solat. Pemimpin DAP mengambil peluang atas sikap pemimpin PAS kini yang begitu liberal dan banyak bertolak ansur kerana managih kuasa dari kaum bukan Islam.
Oleh itu marilah kita beramai-ramai ke perhimpunan secara aman pada 12 Mac 2011, jam 3.00 ptg di KOMTAR bagi menyuarakan ketidakpuashatian kita terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Jangan harap pemimpin muda PAS akan turun kerana mereka telah bersekongkol merestui penubuhan potfolio Hal Ehwal Agama Bukan Islam.

Sunday, March 6, 2011

PKR Sabah semakin goyah, 94 anggota keluar parti

TUARAN 6 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.
"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.
Beliau juga yakin penyertaan mereka ke dalam UMNO akan membantu BN untuk meraih kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.
Sementara itu, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang turut hadir, berkata, beberapa lagi ketua cabang PKR Sabah bakal meninggalkan parti tersebut.
Katanya, mereka sedang mengatur strategi untuk keluar parti secara beramai-ramai dan membantu jentera pilihan raya BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dalam pada itu Rusnin pula berkata, tindakan mereka keluar parti tersebut kerana “pucuk pimpinan parti hanya tahu berjanji dan bercakap kosong tetapi tidak mampu menunaikannya.” "PKR juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membantu rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,” katanya yang 10 tahun bersama PKR. - Bernama

Tuesday, March 1, 2011

My Balik Pulau, jangan kelentong!

SEJAK beberapa hari yang lepas timbul kisah Pekan Balik Pulau dibangun oleh kaum Cina, kononnya. Telah diterbitkan oleh Arts Education melalui risalahnya My Balik Pulau.
Hairan dan pelik sungguh jika benar di dalam risalah My Balik Pulau ada menyatakan kaum Cina yang membuka Pekan Balik Pulau sudah tentu ada nama Balik Pulau di dalam bahasa Hokkien, tapi kenapa tidak ada?
Balik Pulau maksudnya ialah belakang pulau. Kenapa nama Balik Pulau dalam bahasa Melayu hingga sekarang?
Sepatutnya kalau dalam bahasa Cina Hokkien Balik Pulau, lebih kurang bunyinya, dipanggil "Boi Tou".
Umur saya 58 tahun tidak pernah langsung dengar orang Cina sama ada yang tinggal dalam pulau mahupun sebelah Seberang Prai memanggil ataupun menyebut Balik Pulau di dalam bahasa Cina Hokkien mahupun dalam Kung Hu. (Kantonis).
Sebagai contohnya orang Melayu panggil Paya Terubong, orang Cina panggil "Long boi, Ujung Pasir dipanggil Sua Boi, Jalan Padang Tembak dipanggil Pak Cheng Poo dan Jalan Pinang (Penang Road) dipanggil Tiong Lou dan Northern Road dipanggil Amo Lou kini jalan itu telah ditukar ke nama Jalan Sultan Ahmad Shah tetapi masih dipanggil oleh orang Cina Pulau Pinang Amo Lou.
Bukan setakat Balik Pulau tidak ada nama di dalam bahasa Cina malah kawasan Weld Quay betul-betul perkampungan orang Cina dari umur saya masih kecil hingga ke hari ini setahu saya tidak ada nama khas Cina perkampungan di situ cuma mereka panggil "Chun Tau Hai Pi" yang bermaksud tempat kapal tepi laut. Itulah jawapannya mereka yang tinggal di perkampungan Weld Quay jika ditanya di dalam bahasa Hokkien di mana kamu tinggal.
Dari itu saya harap pihak yang menerbit risalah My Balik Pulau janganlah nak kelentong orang Melayu Pulau Pinang.
ANAK JATI PULAU