"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, March 18, 2011

Isu Pluralisme: JAKIM diminta siasat kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyiasat ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fahaman pluralisme yang disampaikannya awal tahun lalu.

Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) berkata, Jakim perlu menyiasat fahaman itu yang dikatakan semakin menular di negara ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa menerima aliran pemikiran berhubung kesamaan agama itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Zulkifli berkata, penerimaan Anwar terhadap konsep itu boleh dilihat berdasarkan ucapan beliau di London School of Economics yang disiarkan di laman blog penasihat PKR itu yang antara lain mendakwa semua agama adalah sama.

Bagaimanapun, apabila isu fahaman pluralisme dibangkitkan, teks ucapan itu serta merta dikeluarkan daripada blog berkenaan.

"Selepas saya berbincang dengan rakan dan ulama, barulah saya faham mengapa Permatang Pauh berpendirian yang kalimah Allah, semua (agama) boleh guna, sama ada dalam bentuk Allah satu atau triniti sebab itulah fahaman dia.

"Kita minta dia bermuzakarah dengan ilmuan Islam dan memperjelaskan kedudukannya supaya tidak ada salah faham. Kita khuatir ada kemungkinan boleh jatuh kepada murtad, terkeluar dari akidah Al Sunnah Wal Jamaah jika fahaman pluralisme diteruskan," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Persidangan dewan bersambung Isnin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.