"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, March 26, 2011

Video seks Anwar: Konspirasi UMNO menjatuhkan karier politik Anwar

Akan ada orang yang tak percaya jika ada pihak mengatakan bahawa lelaki yang terbabit dalam video seks itu ialah Anwar Ibrahim. Puluh ribuan reformasi berarak di Kuala Lumpur suatu masa dulu kerana mereka tidak percaya kepada kerajaan yang mendakwa Anwar terlibat dengan kes liwat. Belum kes liwat II Anwar selesai muncul pula video seks Anwar. Anwar diasak bertubi-tubi oleh pemimpin UMNO/BN kata mereka kerana UMNO/BN terlalu takut dengan kehebatan Anwar. Anwar dianggap wira negara kerana beliau seorang yang amat tabah dan gigih menghadapi cabaran sebagai pemimpin pembangkang. Selaku Ketua Umum PKR dan ketua pembangkang, beliau dapat menjinakkan kedua-dua parti PAS dan DAP. Pemimpin PAS hari ini jelas begitu liberal dan lebih terbuka dalam soal Islam dan Melayu berbanding dengan UMNO. UMNO pula didakwa racist. Namun demikian DAP kelihatan begitu konsisten dalam menyatakan dasar perjuangan. Banyak perkara PAS pula gagal mengislamisasikan pemimpin DAP walaupun itulah hasratnya selama bersahabat dengan DAP. Yang kita dengar pemimpin DAP dibenarkan oleh pemimpin PAS memperalatkan ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan politik. Gereja dibenarkan oleh sebahagian pemimpin utama PAS menggunakan kalimah suci Allah. Pemimpin DAP tidak bertutup aurat dibenarkan berceramah di ruang solat utama masjid. Pemimpin PAS sendiri juga sanggup membakar lilin dalam upacara agama budhha di Ipoh, Perak. Itulah jasa Anwar Ibrahim tidak terkira banyaknya kerana dapat menjinakkan dasar perjuangan PAS yang terlalu tegas suatu masa dulu kepada yang lebih lembut dan terbuka.
Kes video seks Anwar dinafikan 100% oleh TG Haji Hadi Awang dan menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan kes itu. Mereka tidak percaya Anwar terlibat dengan kes liwat kerana mereka percaya Anwar pemimpin anugerah tuhan tidak akan terbabit dengan perbuatan itu. Anwar melihat Saiful itu kerja jahat UMNO. Membikin video seks itu juga kerja orang UMNO. Semalam pula YB Datuk Zulkifli Nordin, MP Kulim melalui Bicara Rakyat RTM1 mengatakan yang hairannya, " Yang ambil kerja Saiful dia, yang beri gaji Saiful dia, yang bawa Saiful ke Hong Kong, Bangkok, Australia dan lain-lain lagi dia. Bila Saiful kena liwat dituduh pula UMNO yang buat kerja itu?". Begitulah lebih kurang kata Zulkifli Nordin. YB Datuk Zulkifli Nordin yang tidak mahu bersama Anwar kerana dia tahu Anwar adalah pemimpin pembohong. Dia menarik diri sebagai peguam Anwar dan lain-lain rakan peguam muslim seperti Zainur Zakaria dan Sulaiman Abdullah kerana mereka tahu bahawa Anwar adalah pembohong. Fahamlah setakat itu. Cerita video seks itu lebih baiklah kita serahkan kepada pihak PDRM dan juga Suruhanjaya DiRaja untuk menjalankan siasatan. Itulah yang sebaiknya.

8 comments:

  1. Kalau dah video itu jelas Anuwar:

    1. Gambar Eskay di awal video
    Takkan Eskay bawak China repair basikal main di hotel. Kawan baik Eskay Anuwar la apa lagi.

    2. Muka Anuwar jelas di sebabkan teknologi video itu.

    3. Tanda tanda di badan Anuwar jelas kelihatan
    Di fahamkan sampai anunya pun betul betul di depan camera. Pengenalan wajah dan pengenalan wajah anu adalah unik.

    Mati lah ko Anuwar. Balasan Allah telah hampir....

    ReplyDelete
  2. Bila kes bersangkutan kerajaan atau UMNO/BN terus desak tubuh Suruahanjaya Siasatan Diraja. Tetapi berhubung video sek ini mengapa pembangkang tak desak tubuh suruhanjaya siasatan diraja?. Tetapi terus jatuh hukum sendiri kononnya melibatkan konspirasi kerajaan dan UMNO. Yang berzina dalam videotu "disyaki", saya ulangi "yang disyaki" adalah salah seorang pemimpin pembangkang. Bukan orang kerajaan atau UMNO. Kalau konspirasi sekalipun benda tu telah wujud di alam nyata. Fitnah bermakna kita sebarkan benda yang tak wujud menjadi seolah-olah benar. Tetapi sekarang bendatu wujud cuma nak tentukan siapa sebenarnya pelakunya yang seiras dengan salah seorang pemimpin pembangkang. Kalau tak faham benda mudah macamnipun tak tahulah........

    ReplyDelete
  3. Ini bukan konspirasi. Ini uga bukan fitnah.Tetapi ini adalah pendedahan salah laku sex. Tolong tunggu hingga siasatan selesai. Pembangkang tak minta tubuhkan suruhan sisasan dirajake?.......

    ReplyDelete
  4. aku pelik jagalah pasai apa depa nie geng T buat macam nie punya la susah najib nak pulihkan sokongan rakyat kat BN , bloger pro gomen tengok-tengok 3 badut ne buat camnie .... tengok apa dah jadi semalam kat gombak PKR dah nak mampoih bila buat ceramah tak ada orang dah berduyun-duyun turun semua nie dah bagi Talian hayat kat panglima bontot tu .... BODO BETUILAA 3 badut nie ....

    ReplyDelete
  5. aku pelik jagalah pasai apa depa nie geng T buat macam nie punya la susah najib nak pulihkan sokongan rakyat kat BN , bloger pro gomen tengok-tengok 3 badut ne buat camnie .... tengok apa dah jadi semalam kat gombak PKR dah nak mampoih bila buat ceramah tak ada orang dah berduyun-duyun turun semua nie dah bagi Talian hayat kat panglima bontot tu .... BODO BETUILAA 3 badut nie ....

    ReplyDelete
  6. aku pelik jagalah pasai apa depa nie geng T buat macam nie punya la susah najib nak pulihkan sokongan rakyat kat BN , bloger pro gomen tengok-tengok 3 badut ne buat camnie .... tengok apa dah jadi semalam kat gombak PKR dah nak mampoih bila buat ceramah tak ada orang dah berduyun-duyun turun semua nie dah bagi Talian hayat kat panglima bontot tu .... BODO BETUILAA 3 badut nie ....

    ReplyDelete
  7. kenapa puak pembangkang /ngo/mp tak bersuara LANGSUNG pasal nak tubuhkan suruhajaya diraja... kalau kes melibatkan BN bukan main mereka desak sana sini... kenapa pemimpim bakal PM.. mereka bisu..pekak.. buat buat tak tahu pulak.. BN .. rakyat kat bawah kata al juburi di fitnah.. meka tak caya al jubur yg terlibat...BN upah org yg serupa al juburi melakunkannya.. BN.. jika nak menag PRU 13 tubuhkan SURUHAJYA DIRAJA...habis cite.. Pak lah lah bapak segala suruhaanjaya.. yag menjahanamkan imej POLIs dan akhir BN...tersungkur.. kali ni wajip/wajar sebab ini melibatkan BAKAL PM MALAYSIA.. SELEPAS NAJIB...

    ReplyDelete
  8. Begitulah sikap pembangkang di Malaysia, satu dunia dah tahu perangai mereka. Perangai putar alam dan fitnah yang terbaik di dunia.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.