"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, March 23, 2011

Azmin Ali ganti Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat!

Hari ini sudah terjawab siapakah Datuk T? Datuk T bukan singkatan nama kepada seorang Datuk, rupa-rupanya rangkaian tiga Datuk yang terlibat secara langsung dalam usaha mendedahkan video seks seorang pemimpin utama pembangkang. Datuk Trio itu ialah Datuk Rahim Tamby Chik, Dato' Suid Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Antara ketiga-tiga ini,  Rahim Tamby Chik dan Suid Lazim merupakan bekas pemimpin UMNO manakala Shazrly Eskay pula merupakan sahabat kepada DS Anwar Ibrahim sejak 1997. Sudah pasti mereka mempunyai sebab-sebab yang kukuh hingga sanggup mendedahkan video seks itu. Ini sekali gus menolak tuduhan-tuduhan pemimpin pembangkang yang banyak mendakwa, video seks itu dibuat oleh BN/UMNO untuk menjatuhkan karier Anwar Ibrahim. Hari ini semua orang tahu bahawa mereka (Datuk T) tidak mempunyai kepentingan secara langsung dalam kerajaan BN dan juga parti UMNO.
Kemungkinan besar, video seks itu merupakan senjata terakhir jika mahkamah gagal memaksa Anwar Ibrahim menyerahkan specimen DNAnya kepada mahkamah. Jika tidak benar video seks itu, bagaimana pula Datuk T sanggup dan berani tampil ke depan melakukan fitnah yang maha dahsyat dan mengaibkan mereka dan keluarga mereka sendiri? Hanya suatu badan bebas boleh ditubuhkan untuk mencari keadilan kepada pihak yang terlibat. Jika video seks itu palsu dan merupakan suatu fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim ini bermakna Datuk T akan berada dalam jerejak besi. Sebaliknya jika video seks membuktikan DS Anwar Ibrahim merupakan pelakunya, bermakna DS Anwar Ibrahim akan merengkok dalam penjara. Ini bermakna Pakatan Rakyat akan kehilangan pemimpin 'anugerah tuhan'.Pakatan Rakyat boleh mula mencari-cari pemimpin yang bakal menggantikan tempat Anwar Ibrahim. Apakah Azmin Ali boleh diterima oleh pemimpin DAP dan PAS? Atau mungkin Lim Kit Siang boleh diterima sebagai Ketua Pembangkang? Atau pun TG Haji Hadi akan mengetuai parti DAP dan PKR dalam PR? Tunggu dan lihat!

2 comments:

  1. Kuburkan Al Juburi, kuburkan PKR. Tahniah Dato 'Trio'.

    ReplyDelete
  2. kerajaan habis duit rakyat. ko tak sibuk.apalah bodohnya manusia macam kau ni. hidup pakatan rakyat

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.