"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, March 28, 2011

ANWAR BERUNDUR DARI POLITIK!

SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.
 
Sumber: Sinar Harian 28/3/2011

4 comments:

  1. saya ada tgok youtube sd johari ttg anwar homosex n bisexual. blh ke kita kongsi. tp rakaman tu dah lama. rasanya msh ada. sd johari ni katanya dia ex s/u pemuda pusat pkr.

    ReplyDelete
  2. As'kum dan Salam 1 malaysia
    Blog saudara telah saya linkkan dalam bloglist saya.
    Diharap atas jasa baik saudara dapat memasukkan blog saya di bloglist saudara
    Terima kasih

    http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Anwar tidak diSAHkan bersalah dalam episod "Video SEx",jadi kenapa dia hendak berundur???

    Orang2 yang menuduhnya,telah mengaku bahawa ini adalah DENDAM Tok Ayahnya(Rahim TC) dan bagi Syazryl SK Abdullah(Muallaf?) sebabnya DENDAM Biznis dan untuk Orang Tua,75tahun,ShuAib Lazim,ini untuk dptkan Duit untuk PERKASA.

    Lain lah si-KONEK Besar(gelaran dari Cina Johor),Chua Soi Lek,yang terang2 gila seks and proud of it..! Itu pun dapat jagu jadi Presiden MCA..! Tieu Nia Seng punya olang..!!!

    Jadi,kalau sebab SAKIT HATI,BENCI,MENYAMPAH kpd Anwar atas sebab dia boleh merapatkan DAP,PKR dan PAS sebagai PAKATAN RAKYAT menentang BN-UMNO,come on ,man..?? Grow up lah..!! Kata nak DEMOKRASI,Be Open-Minded lah.Jangan jadi Narrow-Minded..!! Kalau TAKUT RAKYAT akan mengalahkan BN-UMNO,buatlah IMPROVEMENTs,JGN BYK RASUAH dalam mengendalikan WANG dan HAK RAKYAT,JAGA Kepentingan Rakyat(Bkn Retorik aje),Jaga Alam Sekitar,Jaga MasaDepan Anak2 kita(masalah sosial & ugama),Bagi dan Agihkan Kekayaan Negara sama rata(bkn pd golongan elitis BN saja,yg cuma 3000-4000 orang saja..!!),Tentukan sebanyak2 peluang pekerjaan dan peluang belajar,Skim bantu orang2 miskin (jalan2 keliling negara,tengok landscap kemiskinan) dsb...

    Barulah BN-UMNO akan dekat dihati Rakyat,bukan eksyen kepada Rakyat..!!!

    ReplyDelete
  4. AMENO Cha Cha MarbaMarch 28, 2011 at 5:02 PM

    Anon 28/3/2011,2.39pm,saya pun ada tengok YOU-TUBE mengenai SKANDAL ROSMAH....dimana ada menunjukkan adegan seks Rosmah (atau pelacur yg sebiji muka Rosmah..!!)...beberapa bulan yang lalu..!!

    Tapi bila check lagi sekali,dah diPADAM atas permintaan KRU dan Grand Brilliance (sykt drama dan filem tempatan)...

    Jadi kalau Yusri KRU dilantik jadi "EXPERT" filem menentukan keSAHIHAN pelakun video sex..
    paham2 saja lah.....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.