"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, July 31, 2011

PAS masih mengkafir UMNO?

PAS tidak pernah konsisten dalam isu sama ada UMNO kafir atau tidak. Sekitar 1960an, orang UMNO dihukum kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam memerintah negara. Sesiapa yang reda dihukum kafir, sesiapa yang tak reda dikira haram sahaja.
Apabila PAS masuk BN, hukum kafir berehat seketika. Ketika itu UMNO dan PAS boleh bergaul seperti sesama Islam.
Orang UMNO boleh dijadikan menantu atau mertua dan boleh dibuat Tok Imam. Keadaan ini berterusan sehingga PAS ditendang keluar dari BN pada 1977. Selepas itu PAS kalah teruk dalam tahun 1978, isu kafir dikumandangkan semula oleh penceramah-penceramah PAS.
Hasilnya timbul isu sembahyang dua imam, lari tinggal kampung untuk sembahyang di masjid yang diimamkan oleh orang PAS, kenduri-kendara tidak pergi (boikot), sakit mati tidak ziarah dan pelbagai angkara gara-gara fatwa kononnya "orang UMNO itu kafir".
Pemimpin PAS tidak boleh nafikan kerana orang Kelantan dan Terangganu tahu hal ini. Kaset ucapan pemimpin PAS yang mengkafirkan orang UMNO boleh dijadikan bukti. Pemimpin tidak boleh lepas tangan dengan mengatakan tidak ada arahan dari dewan ulama PAS untuk mengkafirkan oang UMNO.
Ini kerana ulama-ulama PAS dan pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah melarang penceramah-penceramah PAS dari mengkafirkan ahli UMNO. Orang PAS berhujah kononnya orang UMNO menjadi kafir kerana UMNO tidak akui umat oleh Nabi Muhammad SAW sebab kefahaman Nasionalis. Ia dikira ashabiah sepertimana Hadis Riwayat Abu Daud. Isu ini padam apabila PAS bermuafakat dengan Semangat 46 selepas pilihanraya Umum 1996. Ini kerana perlembagaan Semangat 46 serupa bulat-bulat dengan perlembagaan UMNO lama yang dituduh ashabiah. 
Dari sini nampak jelas hukum kafir ini hanya apabila PAS tidak berpakat. Apabila PAS berpakat maka tidak ada kafir lagi. Lebih-lebih lagi secara terang-terang apabila PAS berpakat dengan DAP yang menentang secara total sebarang usaha untuk melaksanakan hukum Islam di negara ini. Persoalannya, apakah hukum jika PAS berpakat dengan DAP yang merupakan kafir harbi (yang menetang Islam)? Sedangkan orang UMNO dihukum kafir walaupun berpakat dengan MCA dan MIC yang merupakan kafir zimmi (yang tidak memusuhi Islam).
Eloklah penceramah-penceramah PAS dan penyokong-penyokong PAS yang fanatik bertaubatlah sempena menyambut ambang Ramadan al-Mubarak ini mudah-mudahan tuduhan dan hukum mengkafir sesama Islam mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Wallahu alam.

Wednesday, July 27, 2011

Ceramah motivasi Cikgu Abdullah Khairi tanam perasaan benci kepada kerajaan pusat

Semalam di Dewan JKKK Bukit Gemuroh, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Cikgu Abdullah Khairi yang pernah mengajar di SMK Dato Onn sehingga tahun 2008 dan kini bertugas di SMK Sri Muda, Penaga, Pulau Pinang. Masih cikgu sepenuh masa menerima gaji dan elaun daripada Kementerian Pelajaran tetapi semalam dalam ceramah motivasinya dia banyak menghentam kerajaan pusat termasuk mendakwa isteri PM memakai cincin RM24 juta. Ibu bapa dan pelajar yang datang pada malam hari itu hanya mahu mendengar ceramah motivasi. Maklumlah siapa yang tak kenal dengan Cikgu Abdullah Khairi, motivator yang terkenal di Pulau Pinang. Dia jadi kaya dengan duit ceramah motivasi dan jualan CD motivasi. Siang jadi guru dan malamnya pula penceramah motivasi. 
Cikgu Abdullah Khairi memang berani. Kita tabik kepada cikgu Abdullah dari SMK Sri Muda. Kementerian Pelajaran memang tak boleh buat apa-apa. Itu sebab semakin ramai guru termasuk Pengetua dan Guru Besar hari ini mulai menyokong pembangkang kerana Kementerian Pelajaran tidak mampu mengambil tindakan apa-apa sama ada memberi amaran, tindakan tata-tertib dan sebagainya. Jika guru yang berani berceramah menghentam pemimpin kerajaan pusat  atas platform pembangkang secara terbuka seperti Cikgu Abdullah Khairi tak boleh buat apa-apa, apa tah lagi bagi mereka, guru-guru yang menyokong pembangkang secara senyap? Oleh sebab itu Cikgu Abdullah Khairi tidak gentar menghentam kerajaan pusat atas nama ceramah motivasi. Jika kena tukar pun, masih di sekolah dalam Pulau Pinang. 
Memang cikgu Abdullah Khairi seorang guru yang cukup hebat. Kebetulannya pula tempat ceramahnya berhadapan Balai Polis Teluk Kumbar, dia sempat menyindir kenapa anak-anak polis takut datang mendengar ceramah motivasinya pada malam itu. Cikgu Abdullah Khairi tanpa berselindung lagi, dia mengambil peluang atas nama program ceramah motivasi pada malam itu menghentam kerajaan pusat. 
Ibu bapa dan pelajar yang semata-mata berhajat untuk mendengar ceramah motivasi rasa teraniaya atau tertipu kerana ceramah motivasi semalam cuba menanam perasaan benci di kalangan ibubapa dan pelajar membenci kerajaan pusat. Apakah pula sekolah-sekolah milik kerajaan pusat di sekitar Teluk Kumbar seperti SMK Teluk Kumbar 2, SK Teluk Kumbar dan SK Seri Bayu, Pengetua atau Guru Besarnya mengambil kesempatan mengadakan ceramah motivasi atau perhimpunan pagi menghentam kerajaan negeri atau parti pembangkang? Sebaliknya KPM memberi komputer 1 Malaysia, bantuan KWAPM dan Biasiswa Kecil Persekutuan tanpa ada sebarang diskriminasi. Anak pemimpin PAS dan PKR juga dapat semua bentuk bantuan daripada kerajaan pusat hingga ada ibubapa pelajar malu hendak datang ke sekolah untuk menerima komputer 1 Malaysia dan Biasiswa Kecil Persekutuan. Mereka malu kerana mereka pemimpin atau penyokong kuat pembangkang tapi anak menerima bantuan daripada kerajaan BN. Itulah hakikatnya yang sedang berlaku.


Monday, July 25, 2011

Semakin ramai ahli PAS menyertai UMNO!

Sudah ribuan ahli PAS menyertai UMNO secara terbuka di Kelantan. Yang diam-diam merajuk meninggalkan PAS sudah tentu berpuluh kali ganda dari jumlah itu. PAS Kelantan semakin hari semakin goyang. Ramai golongan ulamak sudah tidak berminat lagi dengan dasar perjuangan PAS hari ini. Ramai pula ahli-ahli PAS merasa diri mereka tertipu. [Klik sini untuk berita selanjutnya]

Sunday, July 24, 2011

Isu Sambutan Maulid Rasul: Ustaz Khazim vs Tok Guru Nik Aziz

Pemimpin Pembangkang di Malaysia lebih bermaruah daripada pemimpin BN?

Belum apa-apa lagi, DAP segera bertindak mendakwa TBH dibunuh. Kerajaan Selangor sanggup pula mendapatkan khidmat peguam untuk keluarga TBH. Sanggup pula mendapatkan khidmat pakar forensik dari luar negara. Duit rakyat digunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk tujuan individu tertentu bukan untuk kepentingan rakyat umum. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Ada tujuan yang nak disembunyikan. Ada masalah yang mesti ditutup oleh pemimpin DAP. Hari ini semua orang tahu, hasil siasatan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung selama 50 hari dan 70 orang saksi melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negeri telah membuat keputusan bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri disebabkan oleh tekanan akibat penyelewengan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan exco kerajaan negeri Selangor serta parti DAP.
Namun demikian pembangkang tetap menolak keputusan Suruhanjaya Diraja. Jika dulu pembangkanglah yang lantang mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan jika bersabit dengan pemimpin BN dan kerajaan BN. Nah! kenapa pula kes kematian Teoh Beng Hock mereka tidak setuju dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Setelah siasatan oleh Suruhanjaya Diraja mendapati TBH membunuh diri, parti pembangkang terutamanya DAP tetap menolak keputusan itu. Kenapa pembangkang DAP disokong pula Parti Islam Semalaysia (PAS) bersikap seperti itu? Janganlah semua isu nak dipolitikkan. Hormatilah keputusan Suruhanjaya Diraja. Jika Suruhanjaya Diraja pun pembangkang tak mahu hormat, dengan siapakah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia ini yang boleh hormat? Jangan jadi rakyat yang kurang ajar ataupun biadap. Pemimpin pembangkang di Malaysia paling teruk sekali. Malang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin pembangkang yang tidak 'gentlemen' dan bersikap hipokrit. 
Banyak isu yang dapat kita lihat dengan jelas, sudah terang bersuluh pula. Lihat bagaimana kurang ajarnya Ambiga dalam isu perhimpunan Bersih 2? Mereka tidak mengindahkan nasihat DYMM Yang DiPertuan Agong. Kenapakah Ambiga tidak mengambil peluang untuk menyerahkan memorandum semasa diberi peluang mengadap DYMM Di Pertuan Agong? Akhirnya perhimpunan juga yang dia mahukan. Inilah bentuk rupa pemimpin parti pembangkang yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan kes liwat kedua Anwar Ibrahim dan video Anwar Ibrahim. Bermacam-macam helah dilakukan oleh Anwar dengan peguam Kapal Singhnya. Anwar Ibrahim sengaja melambat-lambatkan perbicaraan hingga tercatat dalam sejarah Malaysia moden. Manakala PAS pula yang mendakwa Parti Islam SeMalaysia, parti yang memperjuangkan negara Islam, menegakkan hukum Allah, menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Tapi PAS hari ini bukan lagi PAS dua dekad yang lalu. PAS hari ini lebih liberal sifatnya dan rupa bentuknya. PAS telah mengenepikan ulamak dalam kepimpinan mereka semata-mata untuk berkongsi kuasa memerintah Putrajaya dengan DAP dan PKR selepas pilihanraya umum akan datang. Utuk tujuan itu PAS sanggup menggadaikan perjuangan mereka, daripada memperjuangkan sebuah negara Islam kepada sebuah negera berkebajikan. PAS sanggup berkompromi dengan pimpinan DAP dalam menguatkuasakan lesen-lesen arak dan hiburan di negeri-negeri mereka asalkan undi kaum Cina / bukan Islam tidak hilang. Undi diutamakan, hukum Allah diketepikan. Itulah dasar dan sikap pemimpin pembangkang yang ada di Malaysia hari ini.
Yang masih menyokong mereka perlu sedar. Jangan terlalu taksub hingga tak dapat bezakan yang mana batu, yang mana permata. Yang hitam dikatakan putih. Yang fitnah dikatakan benar. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan kepada al-Quran dan hadis SAW.  Berpolitik biarlah yang sederhana, jangan keterlaluan hingga memecah belahkan umat Islam serta lebih dahsyat lagi hingga boleh memesong akidah. Lupakan sengketa lama mahu pun pahit, sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Islam itu bersaudara. 

Saturday, July 23, 2011

Mesti baca hasil tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee: Dia boleh jadi ahli PAS dan pasti dia bukan ahli UMNO?

Aku faham sangat apa yang diperkatakan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam entri terbaru dalam blognya. Bahasa yang mudah dan penjelasan yang cukup jelas. Saudara Dr. Ridhuan Tee merupakan seorang pencinta Islam yang sangat tinggi mengatasi semangat bangsanya. Beliau seorang yang begitu vokal dalam menyuarakan pandangan terhadap parti termasuk parti pemerintah. Yang benar beliau tetap kata benar dan yang salah beliau tetap kata salah walaupun kepada pemimpin PAS sekalipun mereka mendakwa diri mereka lebih Islam, mereka ahli syurga, parti mereka memperjuangkan negara Islam dan pelbagai lagi slogan. 
Tetapi umat Islam khususnya orang Melayu yang menyokong kuat DAP dan PKR juga termasuk penyokong-penyokong PAS masih buta mata dan hati. Mereka yang menjadi penyokong tegar kepada parti Pakatan Rakyat telah dikaburkan dengan dakyah-dakyah sekian lama terhadap UMNO dan kepimpinan UMNO. PAS bersekongkol dengan DAP (parti anti Islam) dan PKR (parti sama rata sama rasa) tanpa rasa bersalah (mungkin matlamat menghallkan cara) masih menjalankan unsur-unsur fitnah dan menghina tanpa melihat perubahan-perubahan yang berlaku. Demi kuasa di dunia demi pakatan untuk DAP dan PKR memerintah Putrajaya, PAS sanggup menjadi pejuang di barisan hadapan menjatuhkan sebuah negara Islam yang ditegakkan oleh umat yang sebangsa dan seagama dengan mereka (ahli2 PAS). Kata Dr. Mohd Ridhuan dalam entrinya, "Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadi kita buta dalam menilai saudara sendiri. Kita selalu menuduh Umno menolak Islam, tetapi kita juga tumpang semangkok dengan program-program pengislaman Umno seperti perbankan Islam, insuran Islam, pendidikan Islam, mahkamah Syariah dan berbagai lagi produk-produk Islam yang telah diperkenalkan oleh Umno. Sepatutnya Pas bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada. Bukannya berdolak dalih daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Memang negara kebajikan itu adalah juga sebahagian program dalam negara Islam. Persoalannya, di manakah perjuangan negara Islam dan undang-undang Islam selama ini?"
Kenyataan di atas amat jelas dan tepat. Orang PAS tak boleh menafikan bahawa sudah banyak jasa UMNO dalam cubaan UMNO menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia (meskipun PAS tidak ikhtiraf Malaysia sebuah negara Islam manakalah DAP menentang negara Islam). Sekurang-kurangnya UMNO selaku parti yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional berani tampil menabalkan Malaysia sebuah negara Islam sehingga diakui dan dicontohi oleh beberapa negara Islam di dunia. Tapi apa yang PAS lakukan selama berkuasa lebih dua dekad di Kelantan? Semakin lama memerintah dan semakin banyak kuasa diberi oleh rakyat, perjuangan PAS semakin jauh tersasar. Tiba-tiba negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS sebagai ganti kepada negara Islam. Kepimpinan ulamak tidak lagi menunjangi kepimpinan PAS hari ini bila Mat Sabu (pernah terbabit dengan dakwaan khalwat di hotel Kota Bharu) diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Tak dapat kita bayangkan bagaimana pemimpin seperti Mat Sabu pula dilantik jadi Timbalan Presiden UMNO, kita pasti gamat seluruh dunia digembar gembur, ditokok tambah oleh penceramah2 PAS di seluruh pelusuk negara, dari Perlis sampai ke Sabah.
Bacalah hasil tulisan Dr. Mohd Ridhuan yang jelas memaparkan niat ikhlas dan jujur beliau yang mahu melihat umat Islam di Malaysia bersatu.  Hayatilah petikan ini "Umno dan Pas hanyalah parti politik yang diilhamkan oleh manusia atau ciptaan manusia. Ilham dan ciptaan manusia akan lenyap bila tiba masanya. Ciptaan manusia tidak akan mampu mengatasi ciptaan Allah SWT. Apa yang cipta oleh Allah SWT, dunia dan seisinya, juga akan musnah suatu hari ini apabila berlaku kiamat. Yang akan kekal hanya Allah SWT Maha Berkuasa dengan segala apa yang telah dicipta dan akan diwujudkan. Justeru, sebagai makhluk ciptaanNya, janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh". Fikirlah wahai semua umat Islam. Rugikah jika PAS dan UMNO bersatu? Apakah faedahnya kepada umat Islam sejak PAS dan DAP serta PKR bersatu? Apakah PAS dapat mengembangkan syiar Islam dan seterusnya menegakkan sebuah negara Islam jika bersatu dengan DAP dan PKR? Apakah selama ini UMNO memerintah negara Malaysia, umat Islam semakin terhimpit, tertekan dan bergaduh sesama sendiri sepertimana umat Islam di Iraq, Iran, Pakistan dan malahan di Palestin? Fikirlah kerana Allah untuk umat Islam keseluruhannya. (Bacalah tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee)

Thursday, July 21, 2011

Ulamak PAS mulai mengkritik Pakatan Pembangkang secara terbuka!

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini bahawa hubungan Pas dan DAP bukan satu ikatan yang kuat jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mantap malah mereka bergabung hanya untuk mengambil alih pemerintahan negara. [Baca selanjutnya, klik sini].

Tuesday, July 19, 2011

Amizuddin Ahmat atau Din Roti Canai atau Din Binjai kena denda RM400,000...angkara fitnah.

Lebih dikenali dengan Din Roti Canai atau juga Din Binjai merupakan bekas pemuda UMNO Kg. Binjai, kini penyokong kuat PKR telah disaman kerana fitnah terthadap DS Rais Yatim. Eloklah pemimpin PKR atau Pakatan Rakyat diajar seperti itu. Jika dibiarkan mereka semakin melampau. Jika dibiarkan yang fitrnah rakyat akan kata betul. Kali ini rakyat sudah tahu siapa yang betul dan siapa yang salah? Din Binjai boleh minta sama CM, Tuan Guan Eng untuk melangsaikan denda sebanyak itu. Cerita selanjutnya, klik di sini.

Monday, July 18, 2011

Dr. Lo' Lo telah kembali ke rahmatullah



 Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi. Al-Fatihah.

Sunday, July 17, 2011

Dr. Riduan Tee mengupas pasal Melayu dan bukan Melayu

Bukan seperti kita, tidak pernah habis bertelingkah dalam apa jua isu hatta sampai ke dalam surau masjid. Peristiwa tiba-tiba makmum bangun menempelak khatib ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat dua minggu lalu di masjid Ubudiah, Ampang, Selangor, menarik perhatian saya untuk memberikan sedikit pandangan. Khatib begitu syok sendiri dengan khutbah ciptaannya. Yang ‘menyeronokkan’ adalah khatib tersebut turut sama menempelak makmum tersebut dengan mengatakan dia jahil ketika berkhutbah. Rupa-rupa makmum dan khatib dua kali lima sahaja.

Sepatutnya, khatib tersebut tidak melayan sikap makmum tersebut dan meneruskan khutbahnya. Ini tidak, khatib tersebut turut tumpang semangkok. Saya tidak mengatakan tindakan makmum itu betul. Salah tetap salah. Saya mengharapkan khatib tersebut bertindak betul, rupanya salah.

Insiden seperti ini bukan perkara baharu, tetapi ia berlaku di masjid-masjid yang dikuasai oleh parti-parti tertentu. Mereka menjadikan mimbar untuk membalas dendam, bukan untuk mendidik. Kita semakin berpecah. Kita sepatutnya tidak mengambil pendekatan mengajar, tetapi mendidik dengan mengetuk pintu hati mereka. Jika Pas benar-benar ikhlas, sepatutnya Pas mengambil pendekatan mendidik Umno melalui nilai-nilai Islam yang ‘diperjuangkan’, bukannya menghamburkan kata-kata dan sindirin-sindiran tajam yang menyakitkan hati.

Saya amat pelik kenapa kita tidak selantang ini apabila berhadapan dengan musuh kita yang begitu jelas menentang kita dan mengenepikan agenda nasional. Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri oleh hampir 1000 orang pengetua. Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Bukan mereka tidak mahu atau tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka disenyapkan. Mereka terpaksa ikut kata boss.

Majlis Pengetua dan Majis Guru Besar ini sepatutnya diberikan kebebasan untuk berhadapan dengan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong, baharulah terserlah kepengetuaannya dan kegurubesarannya. Saya harap istilah ini boleh digunakan.

Inilah beza penyatuan antara Melayu dengan bukan Melayu. Bukan Melayu bersatu atas perkara asas atau perkara berkaitan hidup mati atau masa depan mereka. Manakala penyatuan kita, usahkan perkara besar, perkara kecilpun kita tidak boleh selesaikan. Malahan terus berpecah seolah-olah tidak ada penghujung. Lebih menyedihkan lagi tindakan kita sering menimbulkan beban dan masalah kepada rakyat jelata.

Demonstrasi haram Bersih meninggal kesan yang amat mendalam. Sejak hari khamis saya tidak dapat pulang ke rumah sehingga hari Ahad, saya hanya bermalam di hotel kerana terperangkap dalam kesesakan jalan yang amat dahsyat, sehingga saya mengambil keputusan berpatah balik bagi mengelakkan ceramah-ceramah hujung minggu yang telah diaturkan tidak tergendala. Terpaksalah saya memakai baju yang kotor selama dua hari disebabkan oleh tidak ada lagi pakaian Bersih.

Lebih hiba lagi mendengar ada yang terpaksa menunda tarikh perkahwinan yang telah diatur sejak setahun yang lalu, dan banyak lagi perkaraa penting terpaksa dibatalkan serta kerugian yang ditanggung gara-gara demonstrasi ini Bersih ini. Hati begitu tersentuh membaca berita ada seorang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah saya ucapkan, moga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, tidak kiralah sama ada penyokong Bersih atau tidak. Paling penting kita tetap umat Islam tetap bersaudara, walaupun mungkin kita berbeza.

Seperti yang selalu saya sebut, yang menjadi menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya tidak nampak begitu ramai bilangan bukan Islam yang turun. Rata-ratanya adalah kulit sawo matang. Kalau adapun bukan Melayu, sengaja dialihkan kamera ke sana supaya ada warna warninya, wal hal sebenarnya tidak. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Sesama sendiri bercakaran. Orang lain bertepuk tangan. Silap-silap haribulan, Melayu hilang ditelan zaman. Hanya kerana sengketa yang tidak berkesudahan, tanpa penyelesaian. Titik pertemuan masih jauh kelihatan. Perubahan yang dilaksanakan tidak banyak menguntungkan.

Misalnya, apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada orang Melayu (Bumiputera), maka tindakan ini dimanipulasikan dengan kata-kata memberi tongkat. Namun demikian, apabila bukan Melayu mendapat hak yang sama, maka ia dikatakan meritokrasi dan mereka berhak? Tidakkah kita sedar berapa ramai pelajar bukan Melayu yang dihantar di universiti di luar negeri melalui yayasan-yayasan berasaskan kaum yang diwujudkan dan sejumlah wang parti-parti politik perkauman yang tidak kurang banyaknya. Ini tidak termasuk individu-individu bukan Melayu yang terkaya membantu anak bangsa mereka.

Pendek kata, ada atau tidak Dasar ekonomi Baharu (DEB), bukan Melayu langsung tidak rugi. Tindakan cuba melonggarkah DEB itulah yang semakin merugikan anak bangsa ini.

Saya ingin memetik kata-kata A. Kadir Jasin, apabila orang Melayu (bumiputera) berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi? Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen Independent Power Producers (IPP) dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah? Tidak ramai yang ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan menyalahgunakan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, berasaskan kaum maka tiada siapa pun nampak bahawa keuntungannya tidak kepada Melayu, tetapi kepada bukan Melayu.

Hari ini, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang di punyai oleh kerajaan, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula melebihi 500 buah. Atas desakan, kerajaan telah membuka pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, bilangan yang lebih ramai mendapat pendidikan pengajian tinggi adalah bukan Melayu. Kerajaan turut membantu IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu (parti politik), tidak cukup dengan itu bantuan melimpah ruah turut diberikan oleh syarikat swasta bukan Melayu kerana ada pelepasan cukai.

Kesimpulannya, saya yakin, suatu hari ini, kita tidak akan mampu lagi bersaing, apabila apa yang sedia ada semakin hilang. Misalnya, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS kerana bangsa yang kuat ekonominya pasti hanya akan membantu universiti bangsanya sahaja. Ringkasnya, apa jua peristiwa yang berlaku, sebanyak manapun demonstrasi Bersih, dan polisi yang digubal, orang Islam akan terus rugi, yang untung adalah bukan Melayu. Inilah yang membezakan antara konsep penyatuan Melayu dengan bukan Melayu. 
 

Thursday, July 14, 2011

ADUN bukan Islam membaca hadis, sikap wakil rakyat Islam Pas, PKR membisu dikesali

SHAH ALAM 13 Julai - Sikap membisu wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempergunakan hadis pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam amat dikesali.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, mereka sepatutnya menegur Suee Lim yang cuba memetik hadis bagi menguatkan hujahnya sedangkan wakil rakyat DAP itu tidak mengetahui maknanya.
Lebih dikesalkan kata beliau, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali dan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman juga langsung tidak bertindak balas dan dilihat seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.
"Pada saya seseorang yang tidak faham maksud hadis, tidak layak melafazkannya apalagi jika orang itu bukan beragama Islam.
"Jadi adalah wajar sebagai seorang Islam kita bertanya dan menegur jika ada orang bukan Islam cuba berbuat demikian kerana perbuatan itu jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan dilihat cuba mempersendakan Islam.
"Apabila saya diarah keluar dewan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kerana menegur Suee Lim, mereka hanya melihat kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad Satim berkata demikian ketika diminta mengulas sikap wakil rakyat Pas dan PKR beragama Islam yang hanya mendiamkan diri ketika Suee Lim cuba memetik hadis untuk menyokong perbahasannya pada sidang DUN semalam.
Ketika menegur tindakan Suee Lim itu, beliau hanya bertanya tentang kesahihan hadis yang mahu dibacanya tetapi telah diarah keluar oleh Chang Khim.

Sumber: Utusan Malaysia 14/7/2011

Wednesday, July 13, 2011

Perkasa tempelak dua Naib Presiden Pas

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menempelak dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang mempersoalkan tindakan polis menahan mereka di KL Sentral Sabtu lepas.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan mereka yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu dengan jelas telah melanggar undang-undang.
Menurutnya, adalah menjadi tugas polis untuk menahan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu yang pada masa sama mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang perhimpunantersebut.
''Soalnya siapa yang langgar undang-undang ketika ini? Penahanan mereka ibarat tindakan polis mena han mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.
''Justeru, adalah menjadi harapan kita supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pem bangkang ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Syed Hassan dalam pada itu mendakwa tindakan pembangkang berselindung di sebalik Bersih adalah bagi mengelak parti itu dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertu buhan (ROS).
Katanya, ini kerana perbuatan beberapa pemimpin parti itu dengan jelas tidak mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk titah Yang di-Pertuan Agong.
''Pada masa sama yang sama, perbuatan mereka mengadakan perhimpunan Bersih itu adalah bagi memalukan dan mensabotaj ekonomi negara,'' katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta pihak media antarabangsa supaya melakukan siasatan dan mencari bukti terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tindakan polis negara ini terhadap perhimpunan haram Bersih.
Katanya, polis telah bertindak secara profesional dan tidak sesekali menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia 14/7/2011

Tuesday, July 12, 2011

Mati Syahid bagi mereka yang mati kerana berdemontrasi menentang kerajaan?

Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi Ustaz Idris Sulaiman menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa sebaliknya mati dalam keadaan jahiliah.

Ini kerana demonstarsi itu mengajak kepada pepecahan umat Islam sedangkan hal ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melarang umatnya berpecah belah.

“Dalam hadis Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ‘barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”, katanya.

"Maksud mati dalam jahiliah adalah kematian yang tidak diinginkan oleh seorang muslim seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

“Hal ini berbeza sama sekali dengan apa yang disebut-sebutkan dalam media massa, yang kebanyakan banyak dipengaruhi oleh orang-orang Barat, di mana mereka yang mati akibat demonstrasi dikatakan mati syahid.

Sedangkan Rasulullah saw berkata, ia telah mati dalam keadaan jahiliah. Jadi ini jelas menunjukkan sesuatu yang bercanggah.
“Jelas itu satu dusta, satu penyelewengan kerana (bercanggah dengan) hadis-hadis yang kita sebutkan tadi”, katanya. [Baca selanjutnya].

Sumber: Blog Empaya Pemuda

Sunday, July 10, 2011

Mesti Baca Puisi 'Ambiga' nukilan ADUN PAS Bandar Baru Bangi!

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !


Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !

Kau Wanita Besi
Tuntutan Bersih mengepalai
Di tengah kebimbangan
Kau tampil ke hadapan
Menegak keadilan
Di tengah ancaman
Kau pengamal undang-undang
Mengenal yang mana benar
Mana yang songsang diselewengkan.

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !

Kau Wanita Berani
Mencabar Kementerian Dalam Negeri
Berdialog secara intelektual
Bertindak secara rasional
Menurut Perlembagaan Negara
Kalau mereka menghimpun sejuta pemuda
Di Putrajaya, mengapa tidak rakyat jelata
Di Ibu Kota secara terkawal ?
Dengan teguh pendirian
Sampah bagimu ancaman
Menarik sebarang gelaran
Apa hak mereka mencadang
Menarik kerakyatan ?
Sedang kau rakyat berkelahiran ?

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !

Kau adalah Srikandi
Ketegasanmu menjadi sanjungan
Mencabar `Mee Segera Undang-Undang`
Mengharam T Shirt Kekuningan
Menjadikan Ibu Kota Kawasan Larangan
Mensenarai mereka ditegah datang
Hari ini kau ditangkap
Bersama ramai pimpinan
Dan ramai penunjuk perasaan
Nanti kita bakal melihat
Kau dan pasukan akan berguam
Menjunjung keluhuran perlembagaan
Bertindak menurut undang-undang
Mempersoal tindakan pemerintah
Bakal tergugat kedudukan.

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !

Kau Wanita Besi
Kau Wanita Berani
Kau adalah Srikandi !
Memimpin Bersih ini
Kau diberi penghormatan
Mengadap Agong Yang Dipertuan
Untuk penyelesaian
Tapi mereka mungkiri
Dengan berbagai alasan
Kau kami sanjung
Di atas ketegasan.


07 Sya`ban 1432
09 Julai 2011.

Saturday, July 9, 2011

Anwar di wad hospital tercedera dirempuh oleh siapa?

Adoii...sakitnya!
Aku tidak hairan lagi dengan cerita Anwar dicederakan. Dia pernah berbohong dan bukan sekali dua berbohong. Dia bijak berlakon hingga semua orang terpedaya dengannya. Rakyat tidak lagi tertipu kali ini. Anwar semakin gelisah. Strateginya mengadakan perhimpunan jalanan tidak mengena. Dia tidak ditangkap polis. Orang lain ditangkap kerana memasuki KL dan menyertai perarakan. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dicekup polis kerana mengetuai kumpulan Patriot. Tapi Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim dan isterinya, Presiden PKR serta anaknya ahli parlimen, Izzah tidak ditahan oleh polis. Polis dapat menangani perhimpunan haram dengan berhemah. Tiada sesiapa pun yang tercedera. Tiada kekerasan dilakukan oleh pihak polis. Polis di Malaysia bertimbang-rasa,bertindak setelah beberapa kali diberi amaran. Itu pun sekadar menyembur 'water canon' atau tembakan pemedih mata. Jika polis USA, barulah padan dengan sepak terajang termasuk dipukul dengan cota atau buntut senjata api lagi, Semasa penyokong-penyokong sedang berada di jalanan, DS Anwar, isteri dan Wan Azizah masih di Hotel Hilton. Dikelilingi oleh pengikut-pengikut setia dan penyokong-penyokong tegarnya. Tiba-tiba berita melaporkan Anwar tercedera dan sedang mendapat rawatan di Pantai Medical Centre. Boleh percayakah? Siapa pukul dia, polis belasah diakah? Bagaimana polis boleh belasah dia sedangkan dia dikelilingi oleh ribuan penyokong-penyokong tegar? Inilah lakonan episod seterusnya oleh DS Anwar untuk menutup isu liwatnya yang mulai akan diperkatakan rakyat jelata selepas ini.
Minggu depan, kes liwat Anwar akan diteruskan. Permohonan hakim tarik diri  sekali lagi tidak memihak kepadanya. Kini Anwar mendapat rawatan di PMC, penyokong-penyokongnya akan berada di situ. Anwar cuba menggambarkan kepada rakyat dan negara asing bahawa polis Malaysia zalim dan tidak adil. Anwar sudah awal-awal lagi telah beritahu kepada pemberita luar negara bahawa dia akan ditahan polis. Siapa yang tidak kenal dengan Anwar? Aku dulu pernah dipanggil oleh pegawai polis kerana menuduh polis menganiayai Anwar. Aku hampir ditahan polis kerana cuba mempertahankan Anwar. Yang masih menyokong Anwar aku menyerulah mereka supaya berfikir, mengapa begitu ramai rakan2 rapat, sahabat2 baik, bekas doktor peribadi, pengasas parti KeADILan, bekas Setiausaha Sulitnya, Timbalan Presiden PKR, bekas Ketua AMK dan banyak lagi telah meninggalkan PKR dan kini menyerang Anwar habis-habisan? Tepuk dada tanya minda anda!

Perhimpunan haram cuba menjatuhkan kerajaan BN secara demontrasi jalanan!

Setelah kita saksikan demontrasi jalanan atau perhimpunan haram hari ini, amat jelas bahawa tujuan sebenar Bersih untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demontrasi di jalan raya. Di dalangi parti Pakatan Rakyat (juga 'pakatan haram' sebab tidak berdaftar), perhimpunan Bersih di ketua ulamak Ambiga telah berjaya mengumpul beribu-ribu penyokong yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam. 
Selain Ulamak Ambiga, Tok Guru Haji Hadi juga turut mengetuai perhimpunan itu walaupun kebanyak ulamak-ulamak sewaktu dengannya mengatakan cara berdemontrasi bukan cara bagi seorang ulamak menegur pemimpin atau pemerintah. Walaupun ada saluran yang boleh digunakan tetapi Tok Guru masih mahu memilih cara demontrasi jalanan. Demontrasi jalanan yang telah menyusahkan semua pihak. Semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan BN hari ini melalui perhimpunan haram di jalan raya bukan melalui pilihanraya. Apakah Islam mengajar ulamaknya dan umat Islam umumnya bertindak demikian jika kita tidak berpuas hati kepada pemerintah? 
Kita merayu kepada PDRM membenarkan kepada pemimpin-pemimpin pembangkangmengadakan perhimpunan secara besar-besaran di stadium Shah Alam, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Negeri di Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan. Pada masa yang sama, Patriot dan Perkasa juga boleh mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan beberapa stadium lain di negeri-negeri kerajaan BN. Kita lihat siapakah yang paling ramai?
Harus ingat rakyat umum rata-ratanya sudah bosan dengan cara politik pembangkang. Sudah ramai pemimpin PKR, PAS dan DAP yang sudah meninggalkan Pakatan Rakyat dan lebih ramai lagi yang meninggalkan PR secara senyap. Beberapa pilihanraya kecil yang lalu sudah membuktikan bahawa sokongan pengundi-pengundi kepada calon PR sudah jauh merosot. Oleh sebab itu, pemimpin Pakatan Rakyat yang didalangi oleh Anwar Ibrahim memilih untuk mengadakan perhimpunan haram sebagai salah satu strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Rakyat sebenarnya sudah tahu. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi. Yang bodoh dan bingung, mereka-mereka Melayu yang menyertai perhimpunan haram menyokong perhimpunan yang diketuai oleh ulamak Ambiga. Siapakah ulamak Ambiga? Siapakah Karpal Singh dan Kit Siang? Dan siapakah Anwar ibrahim serta siapakah Mat Sapu? Inilah pemimpin-pemimpin yang disokong oleh Tok Guru Haji hadi sehingga Haji Hadi sanggup ditahan bersama mereka.

Lagi tanah di Balik Pulau akan dibina sebuah sekolah swasta!

Bantahan penduduk Melayu dan Cina di depan DUN Pulau Pinang
Orang Melayu di Balik Pulau suatu masa dikejutkan dengan pengambilan tanah melibatkan beberapa kampung untuk membina sebuah institut pengajian tinggi swasta. Difahamkan pemilik-pemilik tanah tidak dimaklumkan untuk perbincangan mengenai pengambilan tanah itu. Suatu bantahan secara aman oleh penduduk Melayu dan Cina telah diadakan di hadapan DUN Pulau Pinang pada awal November 2010 yang lalu (lihat foto2 selanjutnya).
Baru-baru ini pula ada cerita, sebidang tanah di Air Putih telah bertukar tangan dan akan dibina dengan sebuah sekolah swasta. Di kalangan pemimpin tempatan ada yang tahu cerita ini. Kita harap pihak-pihak berkaitan dan berwajib mencari jalan untuk mengambil kembali tanah tersebut. Siasatan patut dilakukan supaya kes seperti ini tidak berulang lagi.
 

Wednesday, July 6, 2011

Perhimpunan haram bukan cara betul menegur pemerintah: Ulamak

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menggunakan cara yang disyorkan oleh Islam ketika hendak menegur pemerintah dan bukan dengan mengadakan perhimpunan haram yang boleh menimbulkan perpecahan sesama sendiri.

Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata seelok-eloknya umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul.

"Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah, dan itu amat ditegah dalam Islam," katanya dalam program 'Hello Malaysia' yang disiarkan oleh Bernama TV.

Merujuk kepada sejarah Islam, beliau menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

"Kalau kita perhatikan, tidak wujud demonstrasi yang diredai Rasulullah, tapi demonstrasi yang tak diredai ada...iaitu demonstrasi yang mengakibatkan kematian Uthman Affan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah Saba," katanya.

Fadlan turut menempelak sikap ulama yang menyalahgunakan dalil untuk membenarkan perhimpunan haram yang dijadual 9 Julai ini.

Beliau berkata kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tetapt.

"Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah," katanya.

Seorang lagi ahli panel program Helo Malaysia itu, Idris Sulaiman, yang merupakan penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, juga meminta umat Islam supaya mengikut lunas yang ditetapkan Islam dalam menyuarakan sesuatu terhadap pemerintah dan bukannya dengan menyertai perhimpunan haram.

Beliau berkata, garis panduan yang ditetapkan Islam termasuklah saranan Rasulullah SAW agar umat Islam menegur pemerintah menggunakan nasihat yang disulami niat ikhlas dan iktibar.

"Kalau tepati syarat-syarat tersebut, baru perbuatan tadi akan dikatakan sebagai nasihat kerana kalau tak tepati dua syarat ini, silap haribulan nasihat diberikan akan berubah jadi satu celaan dan membuka aib orang yang kononnya kita nak nasihat.

"Jika terdapat pertelingkahan atau perselihan faham, maka kita harus selesaikan pemasalahan kita dengan merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan melalui perhimpunan haram," katanya.

Idris berkata perhimpunan itu bukanlah sesuatu yang disarankan dalam agama, malahan tidak terdapat dalil-dalil yang sahih yang membenarkan perhimpunan sebegitu dijalankan.-1/7/2011

Sumber: Agenda Daily

Monday, July 4, 2011

Ketua Menteri kami yang HIPOKRIT!

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenyataan Lim Guan Eng yang mengutuk perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin jelas membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersikap dwistandard dan hipokrit.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor berkata, ini kerana pada masa yang sama, Guan Eng bertindak menyokong perhimpunan haram Bersih yang akan diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini.
‘‘Hari ini, beliau mengutuk protes di Pulau Pinang kelmarin, tetapi boleh pula menyokong perhimpunan haram Bersih. Ini bukti beliau bersikap hipokrit.
‘‘Sikap seperti ini dan kebanyakan pemimpin pembangkang adalah berdasarkan kepentingan mereka dan bukan berasaskan prinsip moral.
‘‘Kes akhlak, liwat, zina, hak asasi manusia dan jenayah rasuah akan ditutup dan dilindungi sekiranya membabitkan kepentingan parti atau pemimpin mereka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Ezam berkata, sikap Guan Eng yang mengutuk protes di negeri pimpinannya adalah semata-mata untuk menutup ‘pekung di dadanya’ yang dikatakan sebagai pemimpin rasis.
Beliau menjelaskan, kehadirannya menyertai protes di Pulau Pinang adalah untuk memberikan sokongan kepada rakyat di negeri itu dalam menentang fahaman rasis di negara ini.
‘‘Kita punya cukup bukti Guan Eng adalah pemimpin rasis. Kita juga mengulangi gesaan supaya beliau letak jawatan kerana rasis adalah perbuatan khianat kepada asas negara. Justeru, protes di Pulau Pinang perlu diteruskan,’’ katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 4 Julai 2011

Saturday, July 2, 2011

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kami penyokong-penyokong PAS banggakan

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor hari ini mendakwa terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.
Itulah hasil sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat kononnya ditadbir bersama oleh PAS, DAP dan PKR. Sebagai ahli dan penyokong PAS mesti terasa cukup malu! Semasa kempen pilihanraya dulu bukan main hebat lagi, pentadbiran kerajaan BN dikritik, itu tak betul dan ini tak betul. Yang betul adalah pemimpin2 Pakatan Rakyat. Nah, sekarang apa dah jadi. Rupa-rupanya lebih teruk lagi, bukan sikit teruknya, lebih dahsyat teruknya daripada kerajaan BN dahulu. Tak sangka buah cempedak jadi nangka. [Baca sini selanjutnya]