Aku faham sangat apa yang diperkatakan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam entri terbaru dalam blognya. Bahasa yang mudah dan penjelasan yang cukup jelas. Saudara Dr. Ridhuan Tee merupakan seorang pencinta Islam yang sangat tinggi mengatasi semangat bangsanya. Beliau seorang yang begitu vokal dalam menyuarakan pandangan terhadap parti termasuk parti pemerintah. Yang benar beliau tetap kata benar dan yang salah beliau tetap kata salah walaupun kepada pemimpin PAS sekalipun mereka mendakwa diri mereka lebih Islam, mereka ahli syurga, parti mereka memperjuangkan negara Islam dan pelbagai lagi slogan.
Tetapi umat Islam khususnya orang Melayu yang menyokong kuat DAP dan PKR juga termasuk penyokong-penyokong PAS masih buta mata dan hati. Mereka yang menjadi penyokong tegar kepada parti Pakatan Rakyat telah dikaburkan dengan dakyah-dakyah sekian lama terhadap UMNO dan kepimpinan UMNO. PAS bersekongkol dengan DAP (parti anti Islam) dan PKR (parti sama rata sama rasa) tanpa rasa bersalah (mungkin matlamat menghallkan cara) masih menjalankan unsur-unsur fitnah dan menghina tanpa melihat perubahan-perubahan yang berlaku. Demi kuasa di dunia demi pakatan untuk DAP dan PKR memerintah Putrajaya, PAS sanggup menjadi pejuang di barisan hadapan menjatuhkan sebuah negara Islam yang ditegakkan oleh umat yang sebangsa dan seagama dengan mereka (ahli2 PAS). Kata Dr. Mohd Ridhuan dalam entrinya, "Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadi kita buta dalam menilai saudara sendiri. Kita selalu menuduh Umno menolak Islam, tetapi kita juga tumpang semangkok dengan program-program pengislaman Umno seperti perbankan Islam, insuran Islam, pendidikan Islam, mahkamah Syariah dan berbagai lagi produk-produk Islam yang telah diperkenalkan oleh Umno. Sepatutnya Pas bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada. Bukannya berdolak dalih daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Memang negara kebajikan itu adalah juga sebahagian program dalam negara Islam. Persoalannya, di manakah perjuangan negara Islam dan undang-undang Islam selama ini?"
Kenyataan di atas amat jelas dan tepat. Orang PAS tak boleh menafikan bahawa sudah banyak jasa UMNO dalam cubaan UMNO menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia (meskipun PAS tidak ikhtiraf Malaysia sebuah negara Islam manakalah DAP menentang negara Islam). Sekurang-kurangnya UMNO selaku parti yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional berani tampil menabalkan Malaysia sebuah negara Islam sehingga diakui dan dicontohi oleh beberapa negara Islam di dunia. Tapi apa yang PAS lakukan selama berkuasa lebih dua dekad di Kelantan? Semakin lama memerintah dan semakin banyak kuasa diberi oleh rakyat, perjuangan PAS semakin jauh tersasar. Tiba-tiba negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS sebagai ganti kepada negara Islam. Kepimpinan ulamak tidak lagi menunjangi kepimpinan PAS hari ini bila Mat Sabu (pernah terbabit dengan dakwaan khalwat di hotel Kota Bharu) diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Tak dapat kita bayangkan bagaimana pemimpin seperti Mat Sabu pula dilantik jadi Timbalan Presiden UMNO, kita pasti gamat seluruh dunia digembar gembur, ditokok tambah oleh penceramah2 PAS di seluruh pelusuk negara, dari Perlis sampai ke Sabah.
Bacalah hasil tulisan Dr. Mohd Ridhuan yang jelas memaparkan niat ikhlas dan jujur beliau yang mahu melihat umat Islam di Malaysia bersatu. Hayatilah petikan ini "Umno dan Pas hanyalah parti politik yang diilhamkan oleh manusia atau ciptaan manusia. Ilham dan ciptaan manusia akan lenyap bila tiba masanya. Ciptaan manusia tidak akan mampu mengatasi ciptaan Allah SWT. Apa yang cipta oleh Allah SWT, dunia dan seisinya, juga akan musnah suatu hari ini apabila berlaku kiamat. Yang akan kekal hanya Allah SWT Maha Berkuasa dengan segala apa yang telah dicipta dan akan diwujudkan. Justeru, sebagai makhluk ciptaanNya, janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh". Fikirlah wahai semua umat Islam. Rugikah jika PAS dan UMNO bersatu? Apakah faedahnya kepada umat Islam sejak PAS dan DAP serta PKR bersatu? Apakah PAS dapat mengembangkan syiar Islam dan seterusnya menegakkan sebuah negara Islam jika bersatu dengan DAP dan PKR? Apakah selama ini UMNO memerintah negara Malaysia, umat Islam semakin terhimpit, tertekan dan bergaduh sesama sendiri sepertimana umat Islam di Iraq, Iran, Pakistan dan malahan di Palestin? Fikirlah kerana Allah untuk umat Islam keseluruhannya. (Bacalah tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee)
Apa yang ditulis Dr. Ridhuan amat benar. Sebenarnya orang pas dibentuk dan diasuh bukan untuk menegakkan Islam atau kebajikan. Mereka hanya dibentuk untuk membenci UMNO dan pemerintah serta golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Itu saja. Biarpun mereka berlagak seperti seorang Islam tulin, malangnya perangai sebahagian besar mereka tidak begitu. Watak mereka penuh kebencian dan pemarah. Tiada keindahan akhlak Islam sepertimana indahnya Akhlak Rasulullah s.a.w. Merekalah sebenarnya assobiah sepertimana Ustaz Kazim huraikan dalam salah satu ceramahnya. Assobiah mereka adalah kerana akan mengatakan betul apa saja yang puak mereka buat walaupun jelas bukannya sepertimana Islam sebut. Orang lain semua salah di mata mereka walaupun jutaan kebaikan telah dibuat. Mereka mencari-cari dan mereka-reka sesuatu untuk memburukan orang lain terutamanya UMNO.Mereka sangat bermuka-muka. Didepan kita mereka sengih kononnya seperti kita ini saudara mereka walaupun kita orang UMNO. Tetapi di atas pentas ceramah mereka kutuk UMNO. Mereka lupa yang baru tadi saja mereka berjumpa kita dan berlakon seperti saudara. Inilah wajah munafik mereka. Inilah yang berlaku kepada saya sendiri. Seorang YB PAS di Kedah ni saudara kami. Begitulah perangai mereka. Didepan bukan main kononnya baik dengan saudara seagama. Malamnya, dalam ceramah dia kutuk kita bukan main. Biarlah Allah menilai mereka.
ReplyDeleteUMNO perlu mengorak langkah lebih berani, buka keAhlian UMNO kepada semua orang ISLAM. tak kira bangsa. Bukti UMNO sayangkan ISLAM? ada berani ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteMenyatakan kebenaran dalam bentuk tulisan maupun ungkapan akan menghadapi cemuhan dari pelbagai pihak lebih2 lagi mereka yang masih dalam keadaan qalbu yang sakit. Mereka yang qalbunya mati,akan menjadi musuh dalam perjuangan menyatakan kebenaran. Menyatakan kebenaran lebih susah lagi daripada menyatakan sesuatu yang betul. Yang betul belum tentu benar dan yang benar semestinya betul.
Keadaan inilah yang dihadapi oleh Sdr. Dr.Mohd Reduan Tee dan juga Ustaz muhammad Kazim al_Hafiz. Teruskan perjuangan , jangan mengalah untuk mentazkiah qalbu yang sedang sakit. Dengan izin Allah, kebenaran dalam Islam tetap tidak terkalahkan.
Kepentingan Melayu Islam sentiasa dikemukakan oleh sdr. Mohd Reduan Tee dalam penulisan dan juga ceramah beliau. Kebenaran dalam Islam sentiasa dikemukakan dalam ceramah sdr. Ustaz Muhammad Kazim. Keperihatinan sdr. Mohd reduan Tee terhadap Melayu Islam amat terserlah sehingga ras beliau dipertikaikan. Dari segi etnik saya beranggapan dia lebih menyerlah kemelayuannya mengikut takrifan Melayu dalam kontek perlembagaan Malaysia.
Keperihatinan beliau terhadap Melayu Islam berasaskan kebenaran Islam lebih utama dari dari kepentingan 2 parti politik yang dimiliki oleh Melayu Islam yang saling bermusuh sehingga ke peringkat kafir mengkafir serta tidak wujud rasa kemaafan untuk bersatu padu demi Melayu Islam. Dengan kata lain kepentingan parti mengatasi kebenaran Islam sehinggakan ustaz Muhammad Kazim terkena tempiasnya bila menyatakan sesuatu yang benar mengikut ajaran Islam.
Bagi etnik bukan Melayu pula berlaku sebaliknya. Walaupun mereka berada dalam parti yang berbeza, kepentingan etnik adalah objektif utama mereka. Mereka bersatu padu ke satu tujuan untuk kepentigan etnik mereka tanpa mengira parti politik yang mereka anuti.
Kelemahan Melayu Islam untuk bersatu diambil kesempatan oleh pihak lain untuk melemahkan Melayu Islam. Ketidak adanya ingin bersatu di kalangan Melayu Islam terbawa-bawa dalam amalan beribadah sehingga dalam solatpun berlaku perpecahan jemaah.
Fikirkanlah demi Melayu Islam. Saya rasa malu dengan keperihatinan Sdr. Mohd Riduan Tee yang lebih menyerlah keetnikan Melayu Islam beliau.
Pemimpin dan masyarakat Melayu Islam dari 2 kelompok kepartian hendaknya lebih proaktif untuk berkerjasama walaupun dari fahaman politik yang berbeza.Kesatuan Islam dalam kelompok Melayu Islam lebih penting dari kesatuan poltik. Biar berlainan faham poltik tapi tetap bersatu untuk Melayu Islam.
Saya ucapkan syabas buat sdr. Dr. Mohd riduan Tee dan Ustaz Muhammad Kazim al_Hafiz kerana mampu menyahut cabaran kepentingan Melayu Islam.
Untuk memastikan keahlian sesuatu parti sila lihat perlembagaan parti. Dua parti sahaja yang berteraskan Islam. UMNO dan PAS. UMNO di semenajung mesti dari etnik Melayu. Takrifan Melayu adalah golongan etnik (bukan RAS) yang mengamalkan adat istiadat dan kehidupan orang Melayu dan beragama Islam.Rupa paras dan warna bukan jadi ukuran. Fikirkanlah..
ReplyDeleteSaya berpendapat tak perlu DRT menjadi ahli mana2 parti untuk melayakkan diri beliau mengundi.