"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, July 14, 2011

ADUN bukan Islam membaca hadis, sikap wakil rakyat Islam Pas, PKR membisu dikesali

SHAH ALAM 13 Julai - Sikap membisu wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempergunakan hadis pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam amat dikesali.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, mereka sepatutnya menegur Suee Lim yang cuba memetik hadis bagi menguatkan hujahnya sedangkan wakil rakyat DAP itu tidak mengetahui maknanya.
Lebih dikesalkan kata beliau, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali dan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman juga langsung tidak bertindak balas dan dilihat seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.
"Pada saya seseorang yang tidak faham maksud hadis, tidak layak melafazkannya apalagi jika orang itu bukan beragama Islam.
"Jadi adalah wajar sebagai seorang Islam kita bertanya dan menegur jika ada orang bukan Islam cuba berbuat demikian kerana perbuatan itu jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan dilihat cuba mempersendakan Islam.
"Apabila saya diarah keluar dewan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kerana menegur Suee Lim, mereka hanya melihat kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad Satim berkata demikian ketika diminta mengulas sikap wakil rakyat Pas dan PKR beragama Islam yang hanya mendiamkan diri ketika Suee Lim cuba memetik hadis untuk menyokong perbahasannya pada sidang DUN semalam.
Ketika menegur tindakan Suee Lim itu, beliau hanya bertanya tentang kesahihan hadis yang mahu dibacanya tetapi telah diarah keluar oleh Chang Khim.

Sumber: Utusan Malaysia 14/7/2011

4 comments:

  1. orang pas dan pkr yang bergelar islam dan ulama adalah syaitan bisu ciptaan DAP,kalau mereka betul2 islam mereka patut melarang bukan islam kafir dr menggunakan hadis,bila terjadi mcm nie islam seperti diperlekeh oleh orang bukan islam dan sekiranya pembangkang perintah negara pasti islam lagi mundur dr yang ada sekarang sbb keputusan DAP yang tentukan kerana Anwar sudah menjadi taruhan DAP dan boleh digunakan kerana kerusi roda tahu siapa anwar sebenarnya,leh nak ugut2 ler dan setakat PAS tu DAP tak takut lgsung,kita lihat kes arak dulu dah ler,dap naik suara skit terus PAS diam

    ReplyDelete
  2. Apakah pemimpin2 PAS ini pekak atau bisu? Bagaimana mungkin mereka boleh membiarkan begitu sahaja agama dan bangsa mereka dihina dengan sewenang2nya oleh kafir2 laknat ini.Lihatlah bagaimana kafir2 ini terus-terusan "memprovoke " kita. Sampai bila kita harus bersabar? Hanya orang-orang yang bodoh, buta dan tuli sahaja yang akan terus bersama PAS.Saya pernah mengundi PAS. Tapi, tak akan undi lagi slps ini...

    ReplyDelete
  3. Bagi PAS kuasa lebih penting dari Islam. Tak apa Islam dihina asalkan tetap berkuasa itulah PAS...

    ReplyDelete
  4. kenapa nak pertikai orang berhujah dengan hadith
    sedangkan orang melayu sendiri dah lama berhujah dengan ahli falsafah barat (tidak bangga dengan hadith)

    jangan salahkan orang lain
    kenapa wakil pas diam tak sokong yb tu,sebab yb tu nampak kebodohannya dan bukannya nampak nak membela Islam sangat !

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.