"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, July 24, 2011

Pemimpin Pembangkang di Malaysia lebih bermaruah daripada pemimpin BN?

Belum apa-apa lagi, DAP segera bertindak mendakwa TBH dibunuh. Kerajaan Selangor sanggup pula mendapatkan khidmat peguam untuk keluarga TBH. Sanggup pula mendapatkan khidmat pakar forensik dari luar negara. Duit rakyat digunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk tujuan individu tertentu bukan untuk kepentingan rakyat umum. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Ada tujuan yang nak disembunyikan. Ada masalah yang mesti ditutup oleh pemimpin DAP. Hari ini semua orang tahu, hasil siasatan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung selama 50 hari dan 70 orang saksi melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negeri telah membuat keputusan bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri disebabkan oleh tekanan akibat penyelewengan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan exco kerajaan negeri Selangor serta parti DAP.
Namun demikian pembangkang tetap menolak keputusan Suruhanjaya Diraja. Jika dulu pembangkanglah yang lantang mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan jika bersabit dengan pemimpin BN dan kerajaan BN. Nah! kenapa pula kes kematian Teoh Beng Hock mereka tidak setuju dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Setelah siasatan oleh Suruhanjaya Diraja mendapati TBH membunuh diri, parti pembangkang terutamanya DAP tetap menolak keputusan itu. Kenapa pembangkang DAP disokong pula Parti Islam Semalaysia (PAS) bersikap seperti itu? Janganlah semua isu nak dipolitikkan. Hormatilah keputusan Suruhanjaya Diraja. Jika Suruhanjaya Diraja pun pembangkang tak mahu hormat, dengan siapakah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia ini yang boleh hormat? Jangan jadi rakyat yang kurang ajar ataupun biadap. Pemimpin pembangkang di Malaysia paling teruk sekali. Malang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin pembangkang yang tidak 'gentlemen' dan bersikap hipokrit. 
Banyak isu yang dapat kita lihat dengan jelas, sudah terang bersuluh pula. Lihat bagaimana kurang ajarnya Ambiga dalam isu perhimpunan Bersih 2? Mereka tidak mengindahkan nasihat DYMM Yang DiPertuan Agong. Kenapakah Ambiga tidak mengambil peluang untuk menyerahkan memorandum semasa diberi peluang mengadap DYMM Di Pertuan Agong? Akhirnya perhimpunan juga yang dia mahukan. Inilah bentuk rupa pemimpin parti pembangkang yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan kes liwat kedua Anwar Ibrahim dan video Anwar Ibrahim. Bermacam-macam helah dilakukan oleh Anwar dengan peguam Kapal Singhnya. Anwar Ibrahim sengaja melambat-lambatkan perbicaraan hingga tercatat dalam sejarah Malaysia moden. Manakala PAS pula yang mendakwa Parti Islam SeMalaysia, parti yang memperjuangkan negara Islam, menegakkan hukum Allah, menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Tapi PAS hari ini bukan lagi PAS dua dekad yang lalu. PAS hari ini lebih liberal sifatnya dan rupa bentuknya. PAS telah mengenepikan ulamak dalam kepimpinan mereka semata-mata untuk berkongsi kuasa memerintah Putrajaya dengan DAP dan PKR selepas pilihanraya umum akan datang. Utuk tujuan itu PAS sanggup menggadaikan perjuangan mereka, daripada memperjuangkan sebuah negara Islam kepada sebuah negera berkebajikan. PAS sanggup berkompromi dengan pimpinan DAP dalam menguatkuasakan lesen-lesen arak dan hiburan di negeri-negeri mereka asalkan undi kaum Cina / bukan Islam tidak hilang. Undi diutamakan, hukum Allah diketepikan. Itulah dasar dan sikap pemimpin pembangkang yang ada di Malaysia hari ini.
Yang masih menyokong mereka perlu sedar. Jangan terlalu taksub hingga tak dapat bezakan yang mana batu, yang mana permata. Yang hitam dikatakan putih. Yang fitnah dikatakan benar. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan kepada al-Quran dan hadis SAW.  Berpolitik biarlah yang sederhana, jangan keterlaluan hingga memecah belahkan umat Islam serta lebih dahsyat lagi hingga boleh memesong akidah. Lupakan sengketa lama mahu pun pahit, sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Islam itu bersaudara. 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.