"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, July 27, 2013

Pemilihan UMNO Bahagian: Ketua Bahagian perlu lakukan perubahan era pasca PRU13.

Pemilihan UMNO Bahagian akan bermula selepas cawangan-cawangan dan sayap-sayap UMNO bersidang. Kesempatan ini ahli-ahli UMNO atau para perwakilan perlu memilih AJK Bahagian yang sihat mental dan fizikal.

Kita mahu UMNO Bahagian lebih bersinergi, berdaya saing, berwawasan dan lagi dihormati oleh rakan-rakan komponen apatah lagi parti-parti pembangkang. Bagi mencapai hasrat itu, AJK UMNO Bahagian mestilah yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT. Inilah yang membezakan antara PAS dengan UMNO. Bukanlah nak kata ahli-ahli UMNO tak taat kepada perintah Allah SWT tapi 'kelihatan' seperti itu. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO perlu berubah sebelum kita dapat mengubah orang lain.

Sebenarnya ramai ahli dan pemimpin UMNO yang boleh digelar ustaz dan ulamak. Tapi berapa kerat berbanding dengan ahli-ahli UMNO yang sudah melebihi 2.5 juta orang. Golongan ulama dan ustaz dalam UMNO perlu diketengahkan. Golongan profesional juga perlu diberi peluang untuk bersama dalam AJK Bahagian. 

Jika diperhatikan golongan ustaz dan juga profesional tidak begitu menonjol dalam UMNO jika dibandingkan dalam PAS dan PKR. Mengapa begitu? Golongan ulama dan ustaz sebenarnya bukanlah individu yang sesuai berada dalam dunia politik persaingan merebut jawatan. Sifat tawadduk adalah sifat rendah diri. Lawan kepada sifat tawadduk ini ialah sombong, takbur serta membanggakan diri seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 iaitu...

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18).

Secara jujur, selaku ahli UMNO bukan bertaraf ustaz malahan lebai pun bukan, turut merasa malu dengan politik kepartian yang menuntut diri kadang-kadang terpaksa jadi hipokrit untuk berjaya. Terpaksa mencipta dan memainkan isu untuk mengalahkan lawan. Inilah antara sebab golongan ulama, ustaz serta golongan profesional Melayu tidak berminat dalam politik UMNO. Jika ada pun golongan ini dalam bahagian, yang masih kuat menjaga identititinya sebagai ulama dan ustaz, biasanya tidak kekal lama.

Secara jujur, jika PAS meninggalkan Pakatan Rakyat suatu hari nanti jika benar berlaku, UMNO akan berhadapan dengan masalah besar. Golongan pertengahan dan atas pagar tidak ragu-ragu lagi akan sebahagiannya memilih PAS. Persaingan sengit akan berlaku antara PAS dan UMNO jika usaha penyatuan PAS-UMNO tidak berlaku. Jika UMNO masih tidak berubah sebaliknya PAS kembali kepada perjuangan asalnya, pemimpin pro-Anwarinas ditolak, kita rasa PAS akan lebih mendapat tempat dihati umat Islam di Malaysia.

Itu sebabnya, setiap UMNO Bahagian perlu memberi pertimbangan sewajarnya golongan ulama dan ustaz serta golongan profesional berada dalam UMNO. Kehadiran golongan ini akan kelihatan UMNO lebih dihormati dan disegani sekurang-kurangnya dapat menolak pandangan rakyat bahawa UMNO hanya dikuasai oleh golongan korporat dan 'full time politicians' semata-mata. Tidak rugi kepada UMNO Bahagian kerana tokoh-tokoh ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam komuniti, pengikut-pengikut golongan ini melampaui sempadan politik kepartian. 

Masalahnya apa? Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian sebaik menang dalam pemilihan UMNO Bahagian lebih menjaga kepentingan politik peribadinya. Ketua UMNO Bahagian lebih cenderung melantik kroni untuk berada dalam AJK Bahagian. Berlakulah perlantikan Ketua-ketua cawangan yang kalah dalam pemilihan dan ketua-ketua UMNO yang tidak bertanding sebagai AJK Bahagian. Inilah yang berlaku dan akan terus berlaku. 

Sewajarnya UMNO Bahagian perlu berubah dari dalam. Kepimpinan UMNO Bahagian perlu memikirkan tentang kelebihan dan kekuatan parti lawan terutamanya PAS. Jika kepimpinan UMNO Bahagian masih meneruskan tradisi memilih dan melantik AJK Bahagian dari kroni masing-masing tanpa memikirkan kepentingan golongan ulama, ustaz dan profesional, kita bimbang UMNO Bahagian akan berada di takuk lama. UMNO akan lemah dan seterusnya akan kalah dalam PRU14 nanti jika calon PAS (jika meninggalkan PR) menjadi saingan calon UMNO. Jika ini berlaku, umat Melayu/Islam tidak akan kemana-mana ibarat kata pepatah Melayu, " Menang jadi arang, kalah jadi abu".

Kita ahli-ahli UMNO terutama golongan ulama, ustaz dan profesional sedang memerhati dari luar perkembangan UMNO era selepas PRU13.

3 comments:

  1. Najib dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan mengatakan bahawa walaupun nak tangani jenayah berat, tapi kena lihat aspek hak asasi manusia. Tetapi sedarkan Najib bahawa penjenayah jenayah berat mana ada lihat hak asasi manusia mangsa mereka bila buat jenayah. Inilah masalahnya bila golongan yang tak bertamadun hendak dilayan secara bertamadun, akhirnya golongan tak bertamadun itu mengambil kesempatan di atas segala kelemahan undang-undang untuk menindas lebih ramai orang di negara ini.

    Ahli-ahli UMNO perlu ambil perhatian serius akan perkara ini kerana Najib sendiri cakap sebelum ini kena pilih pemimpin yang berwibawa dalam pemilihan UMNO akan datang, maka kerana Najib tak berwibawa, membiarkan jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak dan macam-macam lagi dengan memansuhkan undang-undang pencegahan, maka kita semua perlu singkirkan Najib dalam pemilihan UMNO akan datang.

    Kita semua tidak perlukan pemimpin yang tak berwibawa seperti Najib kerana dia lebih pentingkan para penjenayah berbanding dengan keselamatan rakyat. Sikap Najib sama seperti Pakatan Rakyat yang suka membela penjenayah. Kita menentang Pakatan Rakyat, maka kita perlu menentang Najib kerana mereka golongan pembela golongan penjenayah dengan alasan hak asasi manusia sedangkan penjenayah yang buat zalim tidak akan pedulikan hak asasi manusia mangsanya.

    Kerana lihatlah mana ada pembunuh yang akan beri salam, kemudian melayan mangsanya dengan baik sebelum membunuh mangsa mereka, mangsa penjenayah akan disiksa dengan kejam, kemudian dibunuh dengan zalim, itu pun Najib nak samakan dengan hak asasi manusia yang mengikut undang-undangkah? Kepimpinan Najib memang lemah dan memudaratkan negara ini. Kita tidak perlukan Perdana Menteri seperti Najib, hanya golongan penjenayah yang akan suka golongan seperti Najib dan Pakatan Rakyat ini kerana membela golongan jenayah.

    Oleh itu, atas kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, semua ahli UMNO sekalian, kita semua perlu lakukan perubahan, singkirkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit dalam UMNO seperti Hishammuddin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin untuk bukan saja menyelamatkan parti kita, tapi untuk kesejahteraan negara ini sendiri. Mereka semua itu hanya pentingkan populariti diri, nak tunjuk kononnya mereka sangat bertimbang rasa hingga membela penjenayah, tetapi mereka tak peduli pun dengan rakyat yang mengikut undang-undang.

    Singkirkan Najib, Hishammuddin, Nazri Aziz, dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini. Ahli UMNO akar umbi sekalian, parti kita dan masyarakat kita dalam bahaya jika masih membiarkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit masih berkuasa dalam UMNO.

    Selamatkan UMNO, Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib, Tumbangkan Hishammuddin, Tumbangkan Nazri Aziz, Tumbangkan Khairy untuk kesejahteraan kita semua.

    Ingatlah semua, Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional lebih penting dari Najib dan kuncu-kuncunya itu. Kita perlu pertahankan Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional untuk kepentingan kita semua. Kita tak perlukan golongan golongan pengkhianat bangsa dan pembela penjenayah seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Sekian, terima kasih.

    Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
  2. Ah Jib Gor tak sesuai lagi jadi pm !

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya perubahan perlu dibuat diperingkat cawangan lagi. Banyak ketua2 cawangan yang perlu ditukar kerana tekah memang jawatan lebih dari 2 penggal tanpa apa2 perubahan dan penigkatan. Ada ketua cawangan dan setiausaha yang malas untuk mengerakkan akttviti cawangan. Semua aktiviti cawangan digabungkan dgn aktiviti mesjid kerana mereka juga merupakan AJK mesjid. Oleh itu aktiviti cawangan seperti menambah bilangan ahli UMNO, meenarik generasi muda menyertai UMNO, menjalankan aktiviti2 UMNO tidak dilakukan. Mesyuarat AJK cawangan tidak dilakukan. UMNO diperingkat cawangan adalah sangat penting kerena mereka yang sangat dekat dgn masyarakat. Oleh itu ketua diperingkat cawangan mestilah orang2 yang mempunyai semangat dan kederat untuk bekerja. UMNO perlu transformasi dari peringkat akar umbi. Jawatan bukan boleh dibawa mati tapi keihlasan bekerja dan menabur bakti kpd masyaraka dan agama yang akan membantu ketika dihisab diakhirat nanti

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.