"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, July 28, 2013

Perasaan orang Melayu Pulau Pinang terhiris di tembok Penang Free School

Papan tanda tulisan jawi SMK Penang Free telah diilhamkan oleh bekas Pengetua, Tuan Haji Ramli Din kira-kira 4 tahun yang lalu. Walaupun ada pihak yang tidak selesa dengan kewujudan papan tanda bertulis jawi itu, tapi Haji Ramli mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk menghasilkan papan tanda seumpama itu.

Apa salahnya tulisan jawi? Tulisan jawi langsung tidak mempengaruhi bukan Islam bertukar agama. Sebaliknya tulisan Jawi mempunyai nilainya tersendiri dari sudut sejarahnya.

Alasan dibuang tulisan jawi itu digantikan dengan papan tanda tulisan rumi bahasa Inggeris bagi meraikan ulang tahun ke-200 sekolah tersebut. Alasan yang cukup dangkal itu menyebabkan bekas-bekas penuntut, guru-guru Melayu serta komuniti Melayu Pulau Pinang terluka dan kecewa.

Jika individu Melayu yang mengarahkan membuangnya, bolehlah kita menganggapkan dia itu tidak mempunyai jati diri Melayu yang tinggi. Masih berfikiran penjajah, mungkin buta tulisan jawi hingga sanggup papan tanda tulisan jawi itu dibuang.

Jika pun hendak meraikan ulangtahun ke-200 PFS, pihak sekolah ada cara lain mempublisitikan ulangtahun itu. Bukan mengambil jalan mudah yang boleh menghiriskan hati orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang.

Kita merasa bangga dengan bekas Pengetua PFS, Haji Ramli Din yang berani membuat perubahan ke arah memperkasakan tulisan jawi di PFS. Malangnya usaha yang murni itu gagal dipertahankan oleh pengetua yang baru. Di manakah silapnya?

6 comments:

  1. TULISAN JAWI MASIH TERDAPAT DI SINGAPORE.
    CUBA PI ARAB STREET.....

    ReplyDelete
  2. Adakah ini 'rasuah' tersembunyi? Bukankah Melayu mudah dirasuah?

    ReplyDelete
  3. Cikgu pn ramai je pembangkang

    ReplyDelete
  4. JPN perlu tindak!

    ReplyDelete
  5. Bro cuba perjuangkan isu ini. Aku sangat2 terguris setiap kali lalu didepan sekolah PFS.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.