Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau
Pinang, Datuk Salleh Man dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sewajarnya pihak yang bertanggungjawab
memberi penjelasan mengenai pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid
yang dijalankan baru-baru ini. Ini kerana ada calon yang kalah dalam pemilihan AJK Masjid dilantik manakala yang menang pula
dinafikan hak mereka.
Difahamkan masalah sedemikian itu berlaku di beberapa buah masjid sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli kariah. Beginikah yang dikatakan bersih? Kerajaan negeri yang dikatakan mengamalkan CAT; Kredibiliti, Bertanggungjawab dan Telus.
Jika begini caranya, tiada kredibiti, tiada bertanggungjawab dan tidak telus namanya. Sistem demokrasi ala kerajaan DAP hanya adil untuk kroni-kroni mereka. Telus hanya untuk kroni-kroni mereka semata-mata. Mana pemuda-pemuda PAS, DAP dan PKR yang menyokong Bersih 2.0. Ini bukan fitnah dalam bulan Ramadan, ini merupakan suatu fakta yang sedang berlaku.
Kenapa pemuda PAS diam sebab PAS memang berhasrat mahu jadikan masjid sebagai pentas berpolitik. Untuk membolehkan mimbar masjid tempat berkhutbah politik mestilah Pengerusi dan AJK Masjidnya majoriti adalah ahli dan penyokong PAS. Beginilah sikap PAS yang gagal menyatukan umat Islam di negara ini sebaliknya peranan PAS lebih menyumbang ke arah perpecahan umat.
Kita kesal masjid sebagai rumah Allah dijadikan tempat berpolitik bagi parti tertentu. Kononnya memperjuangkan Islam sebaliknya parti itu menimbulkan kebencian di kalangan umat Islam sendiri. Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.