Yang kita dengar dari cakap-cakap orang politik di sana sini, agak merimaskan kita. Sepatutnya UMNO perlu diperkasakan lagi selepas PRU13. UMNO tidak kalah dalam PRU13 yang lalu. UMNO telah mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu. Tapi selepas PRU13 dengar-dengar cakap, ada UMNO Bahagian tertentu terus menghadapi masalah dalaman walaupun PRU13 telah selesai.
Sesetengah bahagian UMNO mempunyai masalah yang tersendiri. Ada yang masih tak puas hati kerana calon UMNO kalah dalam PRU13. Ada yang masih tak berpuas hati kerana namanya 'last minute' tersisih dari senarai calon. Ada yang kata mereka kena main oleh pucuk pimpinan parti di peringkat Bahagian, Negeri mahupun Pusat. Ada yang kata pucuk pimpinan tidak jujur dan ikhlas dalam menentukan calon. Dan ada pula yang tak berpuas hati kerana janji tidak ditunaikan selepas jadi wakil rakyat sama ada sebagai ahli DUN mahupun ahli parlimen. Yang tak berpuas hati pula bukan di kalangan kutu-kutu haprak sebaliknya di kalangan orang yang hebat-hebat juga. Jika beginilah apa akan jadi kepada parti UMNO jika semua pakat-pakat tak puas hati.
Masalah-masalah itu bukan tugas rakyat selesaikan. Tugas rakyat sudah selesai selepas PRU13 yang lalu melalui peti undi. Oleh itu tugas wakil rakyat dan pimpinan bahagian selesaikan semua isu itu. Kita ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan parti UMNO, parti keramat orang Melayu, yang mahu UMNO menjadi sebuah parti yang kuat dan utuh, dihormati oleh rakyat dan disegani oleh lawan. Jika masalah dalaman UMNO tidak mampu diselesaikan dengan segera, bagaimana UMNO akan berhadapan dengan PRU14 yang pasti lebih hebat tentangan daripada PR. Tempoh 5 tahun tidak lama. UMNO dan BN perlu mempunyai pemimpin muda dan orang lama yang berkemampuan dan berkebolehan untuk mengembalikan seluruh sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu/Islam kepada UMNO/BN.
Oleh itu UMNO Bahagian termasuklah sayap-sayapnya pemuda, wanita dan puteri perlu selesaikan masalah dalaman. Mantapkan pentadbiran parti dengan petugas-petugas atau staf yang berkelayakan dan berwibawa, perkasakan Jawatankuasa UMNO Bahagian/Pemuda/Wanita/Puteri dengan ahli-ahli jawatankuasa bahagian yang hebat-hebat - yang berpengalaman dan berpengetahuan sedikit sebanyak dalam selok belok politik tempatan/UMNO, mempunyai trek rekod peribadi yang baik, yang berani bersuara/bercakap, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan parti dan sebaik-baiknya ahli yang dilantik itu mempunyai kepakaran/kebolehan/keistimewaan tertentu yang boleh disumbangkan untuk kepentingan UMNO.
Andaikata UMNO masih tidak berubah selepas persidangan ini, masih ditakuk lama, masih bawa cerita lama, masih guna pendekatan lama, masih terbawa-bawa dengan kaedah lama, sikap sambil lewa, tidak ambil kisah, penting perut sendiri, pemimpin pula sombong dan ego, tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan kawan dan rakan, berpuak-puak, bersaing sesama sendiri, tidak tahu bertolak-ansur, tikam menikam dari belakang dan cantas mencantas, akhirnya UMNO akan dikuburkan dan ditalqinkan oleh kita sendiri. Memang realitinya masalah di atas sukar ditangani tapi setidak-tidaknya dapat diminimumkan gejala politik yang kurang sihat itu. Kita bimbang majoriti Melayu/Bumiputera semakin hilang kepercayaan kepada UMNO menjelang PRU14 nanti.

Kita pernah memberi pandangan tatacar pemilihan caun parti dri Umno untuk bertanding dalam PRU tetapi tidak dipedulikan , hasilnya inilahhh tetapi nasib baik bukan ini kalilah kita kalah.
ReplyDeleteCara yang dicadangkan adalah :
Calun hendak lah dipilih mengikut siapa lebih popular dari kalangan ahli , umno boleh membuat pengudian awal dari kalangan ahli siapa yang merek mahu untuk dilantik menjadi calun wakil rakyat , jika sipolan itu pilihan semua ahli dalam bahagian maka rasanya tidak akan timbul masalaah seperti yang didengari sekarang , kenapa bukan aku