Tun Dr. Mahathir berkata golongan intelektual, profesional dan pesara
yang berkaliber kini kurang berminat menyertai UMNO kerana mereka tidak
diberi peranan lebih besar dalam kepimpinan parti peringkat bahagian,
negeri serta Pusat.
Beliau memberitahu, satu daripada masalah UMNO adalah sebahagian
pemimpinnya tidak gemar individu yang lebih bijak daripada mereka
menyertai parti kerana takut hilang jawatan. Oleh sebab itu ramai golongan intelektual dan profesional lebih berminat menyertai parti PAS, PKR dan DAP.
Pandangan Tun Mahathir memang tepat jika kita mengamati dengan apa sedang berlaku dalam UMNO selama ini. Berapa kerat guru yang menyertai dan aktif bersama UMNO? Hingga ada pihak yang berani mendakwa majoriti guru tidak menyokong BN sebaliknya guru-guru Melayu sendiri lebih berminat menyokong PAS.
Dimanakah silapnya? UMNO tidak silap. Perlembagaan UMNO adalah jelas. Tapi manusia yang dilantik sebagai pemimpin dan pengurus perlu bijak mendekatkan UMNO dengan golongan ini. Pemimpin UMNO tidak perlu takut mendekati golongan ini. Tidak semua golongan profesional 'gila jawatan' dan ada di kalangan mereka yang cuma mahu berkhidmat untuk UMNO.
Kita tidak boleh menyalahkan golongan ini jika mereka tidak menyokong UMNO. Maklumat dan aktiviti UMNO mereka langsung tidak ketahui. Mereka tidak dijemput kerana mereka tidak jadi ahli UMNO. Mereka pun tidak mahu jadi ahli UMNO kerana pemimpin UMNO sendiri tidak mahu mendekati mereka. Pembangkang mengambil peluang ini berjumpa dan mendekati mereka. Hati mereka terpikat dengan usaha pembangkang terutamanya pimpinan PAS yang turun mendekati mereka secara individu.
UMNO/BN cuma mengharapkan pak menteri turun berjumpa dengan golongan ini. Perjumpaan profesional antara seorang Menteri dengan pegawai-pegawainya diadakan secara besar-besaran. Surat rasmi dari jabatan kerajaan mengarahkan guru-guru wajib hadir seperti dipaksa untuk mendengar satu jam dua amanat/pesanan dari seorang Menteri Pelajaran. Tidak memberi impak yang besar dari faedah politik yang diperolehi daripada setiap para guru yang hadir sedangkan perbelanjaan jamuan makan dan minum serta tuntutan perjalanan mereka sangat besar. Di belakang sana masih berbunyi suara-suara sumbang di kalangan guru yang tidak berpuas hati dengan perjumpaan tersebut.
Kita pernah sarankan kepada Ketua Bahagian minta agar Menteri Pelajaran diberi peluang berjumpa dengan Pegawai-pegawai Jabatan, Pejabat Pelajaran, Pengetua dan Guru Besar sekolah yang menjadi ahli UMNO pada waktu malamnya. Salahkah jika Menteri Pelajaran sebagai Timbalan Presiden UMNO nak berjumpa dengan pegawai dan kakitangan kementeriannya yang menjadi ahli UMNO di luar waktu pejabat sama ada di hotel ataupun di dewan orang ramai? Yang selalu kita lihat mana-mana Menteri yang datang akan di kelilingi pemimpin-pemimpin UMNO/BN pelbagai peringkat dan ahli-ahli korporat siang dan malam. Golongan profesional khususnya guru merasakan diri mereka disisihkan oleh kepimpinan UMNO sendiri. Itu sebabnya golongan ini rasa tidak begitu selesa dan seolah-olah tidak dipedulikan jika berada dalam UMNO dibandingkan jika mereka berada dalam majlis-majlis pembangkang.
Oleh kerana PRU14 semakin hari semakin hampir. Kepimpinan UMNO peringkat bahagian kena membuat sesuatu, mencari strategi atau pendekatan tertentu mendekati golongan ini. Calon BN/UMNO dalam PRU13 baru-baru ini menang pun dengan jumlah majoriti yang tidak besar. Jumlah majoriti yang kecil itu memberi peringatan kepada wakil rakyat kita bahawa UMNO/BN sebenarnya berada dalam keadaan sangat-sangat tidak selesa menjelang PRU14. UMNO/BN akan kehilangan undi lebih banyak dalam PRU14 akan datang jika kepimpinan UMNO/BN masih gagal mendekati golongan profesional ini yang juga mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat kita.
Sebenarnya kalau nak berbakti tak perlu pilih kedudukan,Umno parti politik faham je lah.Jangalah mentang-mentang kita ni cerdik terus nak minta org bagi peranan besar,masuk le dulu dalam cawangan dari cawangan ke bahgian dari bahgian ke negeri dan seterusnya ke pusat.Orang kata kalau benih yg baik,jatuh ke laut jadi pulau.
ReplyDeleteDalam kerjaya mereka ,mereka kelihatan berkaliber,tapi belum tentu boleh pimpin AJK kampung dan ahli di cawangan dgn baik.Keikhlasan utk berjasa msiti ada,jadi jangan pilih kedudukan,buatlah apa-apa pun utk berjasa.
Aku setuju dgn pendapat ko..semuanya nak kan perhatian..nak ditunjukkan kerusi empuk..tak dpt merajuk pegi mengadu dan masuk pas..sbb tu pas tu jahat2 org nya..kalau merajuk2 kita belikan skirt la bagi dia pakai..kalau tak de jawatan tak blh ke nak jadi aktivis parti..semua nak kena ada jawatan ke..
DeleteSenang je sebabnya dan kita berterus-terang lah ye. Ahli UMNO ni banyak Maksiat. (rasuah komisen broker pompuan etc - jangan tipu lah semua orang tahu ni) Masjid malas pergi sembahyang jemaaah pastu bising PAS kuasai masjid. Jangan ingat professional sekarang ni tak warak-warak golongannya.
ReplyDeleteAkan tetapi PAS dan sekutunya lagi banyak maksiat. Perbaiki lah akhlak secara umum ahli UMNo. Insyallah Profesional akan menyusul. Professional bukannya bentak sangat jawatan kebanyakkannya hanya ingin berkhidmat. Orang cerdik pandai tak perlukan jawatan untuk berkhidmat.
Cuba selidik latar belakang semua pemegang jawatan dalam UMNO bahagian yang ada sekarang. Berapa peratus merupakan pemegang lesen kontraktor (kelas F dan E). Mahu ke mereka terima orang yang berpendidikan berada dalam UMNO? Takut tak mereka ni sumber pendapatan mereka terjejas nanti? Paling senang nak kaya mesti jadi AJK bahagian. Projek tak perlu mohon. Nanti ketua akan bagi-bagi. Dalam setahun, minimum 100k income (nilai projek lebih 300k dan keatas). Ada ke AJK UMNO masih bawa kereta saga? Kalau yang bijak pandai diberi ruang, atau yang jujur ikhlas diterima masuk, susahlah kontraktor-kontraktor ni nanti. Penyamun akan tetap ambil penyamun jadi kawan. Paling tidak pun, mereka akan ambil orang yang senang mereka perbodoh-bodohkan. UMNO hanya lubuk buat untung bagi diri sendiri. Perjuangan untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA hanya tinggal ungkapan saja. Barah yang bakal membunuh UMNO adalah projek-projek dari kerajaan tetapi diuruskan pemberiaannya oleh UMNO bahagian. Selagi masih dilaksanakan sebegitu, semakin parahlah barah UMNO ni nanti.
ReplyDeleteBukan tu bro... aku ada isi borang online nak jadi ahli UMNO, hampeh, dari tahun 2008 lagi bila pak lah samdol tu kalah terok. Sampai ke la ni tak dapat jadi ahli... aku ada phd bro, bukan tipu punya. Orang UMNO ni tak creative, pemalas, kerja nak habuan je, dan kita kena akui, langau hijau tu kerja kerana Allah dan parti. Tu pasal beres. Pun begitu, UMNO di hatiku. Tolonglah orang atas tu... pilih elok elok pengendali website tu....!
ReplyDeleteIsu memartabatkan Bangsa, Agama dan Negara terletak pada perjuangan. Perjuangan bukan bermakna angkat senjata dan bunuh orang atau melagakan satu puak dengan puak lain! Orang politik biasanya diangkat dari kalangan yang telah terbukti berjuang! Mereka berjuang kerana keamanan dan kejujuran dan kebenaran. Malangnya ada dikalangan pejuang yang dijulang menjadi gila dan sumbang perangainya kerana godaan dunia dan lemah imannya, maka kerap pejuang akan tersasar dari niat dan perjuangan asalnya. Maka terjadilah perbalahan dan perpecahan. UMNO asalnya dijuangkan oleh kebanykan bekas guru yang sayangkan Bangsanya. Kepada mereka perjuangan telah berlangsung dengan jujurnya sehingga terbukti niat dan hasrat mereka untuk mengangkat martabat bangsa terbukti. Namun generasi selepas guru-guru/pemimpin ini tidak mewarisi ketulusan niat bekas pjuang awalan kerana mereka lebih impikan keempukan kedudukan dan keistimwewaan yang meraka akan dapat! Mereka lupakan niat perjuangan! Pejuang Melayu zaman kini memerlukan lebih dari intelek semata-mata. Ketandusan jiwa untuk berjuang , ketipisan iman dan keyakinan terhadap matlamat, ketiadaan integriti dan tiada kejujuran dalam niat,ketidak bolehan mengasingkan dendam kesumat dan cita-cita memajukan bangsa, ketamakan dan kejelikan sikap dan berhipokrasi, ditokok dengan ketidak upayaan berfikir kerana cetek intelek menjadikan kebanyakan pemimpin Melayu kini terutama UMNO meletakkan bangsanya dalam keadaan sangat BAHAYA! semua pejuang tidak semestinya menjadi pemimpin, tetapi pemimpin selalunya adalah pejuang, begitu juga semua intelek bukannya pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik selalunya yang intelek! INgatlah UMNO mesti sebijak-bijaknya memilih pemimpin demi kelangsungannya! Semoga Bangsa Pribumi Melayu kekal berada dan terus memerintah dengan jaya demi Bangsa, Agama dan Negara!
ReplyDelete