"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, August 26, 2013

Kenapa PAS tidak bersama di Mahkamah Rayuan berhubung isu kalimah Allah?

Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah atau pemimpin parti itu hanya sekadar bersuara demi kepentingan politik masing-masing.
Menurut beliau, desakan itu bagi memastikan parti tersebut masih lagi relevan dalam perjuangan Islam serta tidak tersasar daripada landasan sebenar.
Tambahnya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, pucuk pimpinan Pas sepatutnya hadir menyatakan sokongan semasa perbicaraan berhubung kes penggunaan kalimah Allah di Putrajaya semalam.
"Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali sama ada mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah.
Komen:

Pemimpin PAS tersepit antara kepentingan politik dengan kepentingan agama. Jika pemimpin PAS turut serta bersama-sama dengan NGO Melayu/Islam lain pada hari itu di Mahkamah Rayuan, PAS bimbang penyokong-penyokong PAS dari kalangan pengundi-pengundi Cina dan India akan 'cabut lari.' Oleh itu pemimpin PAS lebih bersedia menjauhkan diri apatah lagi mengulas tentang penggunaan kalimah Allah oleh gereja.

PAS seperti biasa akan lebih suka berdiam diri jika sesuatu isu itu boleh melukakan hati kawan-kawan dari DAP dan PKR. PAS lebih menjaga hati kawan-kawan DAP dan PKR daripada menjaga maruah agama Islam dicabar. 

Akhir-akhir ini PAS tersepit dan dihimpit oleh dua isu utama. Isu Syiah dalam PAS dan isu kalimah Allah. Kedua-dua isu itu melibatkan secara langsung dengan PAS sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Setakat ini, majoriti umat Islam memang tidak berpuashati dengan sikap sambil lewa dan acuh tak acuh pemimpin PAS berhubung dengan kedua-dua isu tersebut.  Sikap dan pendirian mereka ibaratkan "Ditelan mati emak, diluar mati bapa". 

Umat Islam yang benar-benar cintakan Islam perlu bijak menilai sejauhmana ketulusan dan kejujuran PAS memperjuangkan Islam selama ini. Lihatlah bagaimana semakin ramai golongan ulama-ulama dan ustaz/ustadzah mulai meninggalkankan PAS. Kenapa? Tepuk dada tanyalah minda anda!
 

2 comments:

  1. Mana boleh sokong kerajaan bro..
    Kes ini.. kerajaan vs gereja..

    Dia org pbangkang..
    Kalu kes penjenayah vs kerajaan..
    Wajib sokong kugan dulu...
    Wajib sokong tbh dulu..

    Dia org pembangkang.. mana boleh sama2 setuju nga kerajaan.. ke guane...

    Walaipun kalimah Allah tergadai.. sama2 sokong.. oh tidak.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masalah akidah adalah masalah kerajaan lawan gereja. PAS mana boleh masuk campur mempertahankan akidah nanti DAP sekat dana tak boleh bergerak parti PAS.

      Delete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.