Harga minyak petrol dan diesel dah naik 20 sen. Sesetengah pihak terutama orang kaya terutama yang berkereta besar dan banyak kereta tidaklah ada masalah sangat. Tapi bagi yang berpendapatan rendah, kenaikan sebanyak 20 sen seliter amat terasa banyaknya. Namun kerajaan BN terpaksa mengambil langkah merasionalisasikan subsidi minyak negara. Kenapa tidak?
Yang berkereta besar siapa? Yang banyak kereta siapa? Yang memiliki bas-bas persiaran, bas-bas ekspres, bas-bas pelancongan, lori tiga tan, 10 tan, lori jenis bonded dan treler siapa? Jika subsidi kerajaan berikan bermakna kepada siapa yang banyak menerima subsidi itu? Kata lain, siapakah yang banyak menerima subsidi minyak daripada kerajaan?
Oleh itu kerajaan memang wajar merasionalisasikan pemberian subsidi minyak. Yang miskin sewajarnya menerima subsidi minyak bukan golongan yang berkereta besar dan kereta banyak. Tapi yang miskin pula tidak ada kereta. Jika ada pun sebuah motorsikal kapcai. Bubuh minyak penuh RM4.00 boleh pakai hampir sebulan baru habis. Jika dijumlahkan pemberian subsidi minyak kerajaan terlalu banyak kepada golongan kaya yang banyak kereta dan kereta besar-besar.
Pembangkang mengambil kesempatan mengutuk kerajaan dengan kenaikan harga minyak. Secara tak langsung pembangkang suka kerajaan memberi subsidi minyak kepada orang-orang kaya. Kita amat yakin kerajaan ada suatu mekanisme lain untuk mengatasi tekanan kenaikan harga minyak terhadap golongan berpendapatan rendah. Pengjimatan kerajaan akibat pengurangan subsidi kerajaan boleh diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui pemberian BR1M. Kemungkinan besar nilai BR1M selepas Belanjawan 2014 akan naik 100%. Inilah yang dikatakan merasionalisasikan subsidi kerajaan dapat memberi menafaat yang lebih banyak kepada rakyat yang memerlukan. Oleh itu janganlah kita marah kerajaan secara melulu. Mesti ada sebab yang munasabah maka kerajaan menaikan harga minyak. Selaku kerajaan yang dipilih oleh rakyat sudah pasti kerajaan sendiri pun tidak mahu mengambil langkah yang tidak popular seperti menaikkan harga minyak atau menaikkan cukai tak langsung. Kita tunggulah, kita akan tumbangkan kerajaan BN dalam PRU14 akan datang jika BR1M tidak dinaikkan oleh kerajaan BN dalam pembentangan Belanjawan 2014 dalam bulan Oktober nanti.
Sebagai seorang yang bekerja di industri kewangan, kerajaan Malaysia selalunya melakukan yang terbaik untuk rakyat. Contoh terbaik, semasa krisis subprime, boleh dikatakan Malaysia tidak menghadapi masalah. Kerajaan Malaysia mempunyai ramai pakar ekonomi dan ramai juga berkelulusan tinggi.
ReplyDeleteTuan tanah....Siapa yang naik bas-bas persiaran, bas-bas ekspress? Orang biasa kan? Kalau harga minyak naik bohonglah depa tak naikkan tambang! Penumpang/Rakyat juga yang tanggung!Ingat depa meniaga nak rugi ka? at least profit margin mesti depa nak maintain..
ReplyDeleteTidak mudah pengusaha bas termasuk bas sekolah menaikkan tambang bas. Persatuan pengusaha bas perlu memohon kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menaikkan tambang bas. Pihak kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini.
ReplyDeleteJika berlaku sebarang kenaikan akibat kenaikan harga minyak akan diimbangi oleh bantuan kerajaan melalui BR1M, pengurangan cukai pendapatan atau penghapusan cukai2 tertentu yg boleh mengekalkan kuasa beli rakyat.
Rantaian kenaikan minyak.
ReplyDeleteJawapan untuk totok UMNO yang mengatakan bahawa kenaikan 20sen itu adalah remeh tidak akan menjejaskan apa2.
SEMPENA KENAIKAN MINYAK
SURCAJ KONTENA NAIK ;
http://sozcyili.blogspot.com/2013/09/surcaj-bahan-api-kargo-naik.html
CAJ PENGANGKUTAN NAIK ;
http://sozcyili.blogspot.com/2013/09/caj-pengangkutan-meningkat-5-ekoran.html
TAMBANG BAS NAIK ;
http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/pengusaha-bas-mahu-naikkan-tambang.html
TAMBANG TEKSI NAIK ;
http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/persatuan-teksi-mahu-naikkan-tambang.html
HARGA RUMAH NAIK ;
http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/harga-rumah-lebih-mahal-10-kerana.html
INFLASI, HARGA BARANG DAN KOS SARA HIDUP TURUT MENINGKAT.
Sekarang ini menyalak macam mana pun rakyat juga yang tanggung. Nak kurangkan subsidi kononnya tapi korek duit rakyat , Tak boleh ke Tok Tok BN cari idea lain kalau nak kurangkan subsidi.
ReplyDeleteKerajaan negeri yg diperintah oleh PR tolong turunkn harga rumah atau bina rumah kos rendah dahulu. Knpa rumah kos rendah tak dibina sebuah pun di kwsn Balik Pulau sejak sepenggal memerintah PP oleh kjaan PR. Jwpn yg bakal kjaan PR beri dlm isu ini lbh kurang sama dgn isu minyak....
ReplyDeleteSekali sekala Pak Tam kena baca harakah... tekdelah tembak tak kena.. har... har...
ReplyDeletehttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20444-selangor-tawar-15105-miliki-rumah-kos-rendah-
Balik Pulau itu bukan di negeri Selangor. Baca, faham dan fikir dahulu. Merasionalisasi harga minyak itu pun kena faham. Masalah pembangkang kebanyakan fikiran tak rasional. Oleh itu mereka tak faham bila maksud merasionalisasikan subsidi harga minyak. Soalan mudah aje. Rasional atau tidak jika subsidi harga minyak berbilion ringgit kepada golongan kaya? Rasionalnya subsidi mesti kepada golongan susah / berpendapatan rendah. Itulah kerajaan BN sedang usahakan. Tapi pembangkang melalak bukan2 pasal naik 20 sen samalah seperti membela nasib orang kaya.
ReplyDelete