"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 20, 2013

Persaingan pemuda menjadi UMNO punya masa depan yang gelap!

Baju Korporat hadiah kepada perwakilan


Persaingan jawatan KP bertambah serius dan begitu keterlaluan. Kenapa jadi begini? Rasanya tidak pernah berlaku sebelum ini para perwakilan pemuda disogokkan dengan sehelai baju korporat. Kita rasa malu pemuda hari ini mulai bijak menggunakan taktik kotor yang amat jijik. Jika ini berlaku UMNO sudah pasti akan mempunyai masa depan yang amat gelap. Sepatutnya perbuatan menyogok sama ada dalam bentuk wang atau pun bukan wang seperti pemberian baju korporat tidak sepatutnya berlaku.

Bayangkan bagaimana pula calon-calon yang bertanding masing-masing menghadiahkan baju korporat kepada setiap perwakilan pemuda? Kita akan nampak para perwakilan dalam persidangan agung nanti akan memperagakan baju korporat yang mungkin sedikit berbeza mengikut calon KP yang disokong. Cukup hebat dan begitu berani jika dibandingkan dengan pemuda zaman kami dahulu. 

Jika duit banyak pun, janganlah buat begitu. Kenapa semasa hampir pemilihan inilah baru calon KP bermurah hati untuk menderma dan berbesar hati untuk menyumbang baju korporat. Bagi mereka yang sayangkan parti UMNO sudah tentu tidak mahu perbuatan ini berlaku. Pemuda hari ini sepatutnya sudah sedar bahawa UMNO sudah melakukan transformasi. Daripada pemimpin yang diktator kepada pemimpin yang demokratik, daripada pemimpin yang sombong kepada pemimpin yang mesra rakyat, daripada pemimpin korupsi kepada pemimpin yang amanah.

Kita merayu agar perwakilan pemuda lebih matang. Kita perlu menolak pemimpin yang mengamalkan sebarang bentuk 'derma' menjelang pemilihan. Kenapa perlu derma ketika hampir pemilihan? Jika duit dah banyak dan rezeki melimpah ruah, kenapa tidak membuat amal kebajikan sebelum ini? Ingatlah pemimpin yang berkarisma dan berwibawa tidak akan menggunakan wang untuk memancing undi. Kita sangat bimbang kerana unsur korupsi dalam UMNO masih berlaku di peringkat pemuda cawangan/bahagian lagi sedangkan UMNO Pusat telah mengambil langkah untuk  mengelakkan berlakunya 'politik wang' dalam persidangan agung UMNO. Kita pasti UMNO akan hancur dan Melayu akan lingkup jika bakal pemimpin pelapis UMNO sudah terdidik dengan politik wang!



 

6 comments:

  1. Sebab ada orang menang hanya kerana BAPAK dia somebody. Itu pun susah nak faham ke.

    Kalau dulu dia fight fair and square, mungkin tak berlaku macam ni. Lagi pun he is too glamourous as a Malay boy and does nothing for the Malays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pandangan kau. Malah dah terdesak sangat mintak orang angkat jadi menteri. Suara melayu pun tak kedengaran. Mungkin dia malu jadi orang melayu serupa dengan bangang azran osman rani dan nazir razak.

      Delete
  2. Maaf...artikel di atas itu ditulis tidak berkaitan dgn Pemuda Pusat. Artikel itu ditujukn khas kpd persaingan jwtn pemuda bhgn Balik Pulau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdak bezanya pemuda bahagian ka, cawangan ka, negeri ke, pusat ka.......... betui dak?

      Delete
  3. The fish rots from the head ...

    ReplyDelete
  4. betoi, betoi apa Saiful Izham kata tu. dulu, kini dan selamanya, tabiat rasuah tak boleh tinggal. transformasi tu hanya slogan kat mulut saja. politik wang tu rasuah laa.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.