Borang pendaftaran calon pemilihan UMNO secara percuma boleh diambil mulai 14 Sept hingga 20 Sept. Bagi jawatan di peringkat pusat diambil di Ibu Pejabat UMNO, KL
manakala jawatan di peringkat bahagian diambil di pejabat UMNO bahagian
masing-masing. Manakala tarikh pendaftaran calon adalah
pada 21 September 2013 (Sabtu). Jika dah ambil borang tolong ukur baju di badan sendiri sebelum mendaftarkan diri sebagai calon pada 21 Sept. ini.
Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, tiada pertandingan bagi jawatan Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian. Persetujuan dicapai antara ke empat-empat wakil rakyat kawasan Parlimen Balik Pulau. Ini merupakan suatu perkembangan yang cukup sihat bagi politik di Balik Pulau buat ketika ini. Namun apakah persetujuan yang dicapai itu sekadar menjaga kepentingan politik masing-masing supaya lebih selamat atau tanda kesepakatan dan persefahaman untuk menguatkan parti?
Setakat ini belum nampak dengan jelas terbentuk ikatan persefahaman dari segi pentadbiran mahupun gerakerja untuk mengukuhkan parti. Masih dihantui dengan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain. Kata lain kita ahli-ahli UMNO belum nampak kelibat keempat-empat wakil rakyat duduk bersama dalam majlis-majlis besar di Daerah Barat Daya. Nampaknya masih ada jurang persefahaman antara mereka. Dari sudut agama kita, biarlah kita berfikiran positif. Tak baik berburuk sangka. Mungkin YB-YB kita sibuk dengan masalah penduduk setempat hingga tidak sempat menghadiri majlis-majlis tertentu. Kita tinggal seketika masalah itu untuk direnung dan difikirkan oleh YB-YB kita.
Selaku ahli UMNO, PT ingin melahirkan kebimbangan dengan senario politik UMNO di BP di akhir-akhir ini. Sepatutnya dalam usia UMNO yang sudah mencapai 67 tahun, sudah tentu UMNO cukup lama dan cukup matang. Namun sebaliknya tidak begitu, kenapa? Kemungkinan besar kerana UMNO adalah sebuah pertubuhan siasah. Matlamat UMNO tidak sama dengan matlamat sebuah syarikat perniagaan sama ada kecil mahupun besar. Oleh kerana itu dalam UMNO termasuklah parti-parti lain pun sering berlaku perebutan jawatan untuk mendapatkan jawatan dan secara langsung akan memiliki sedikit atau lebih kuasa. Kuasalah yang menyebabkan kita merebut-rebut jawatan. Kerana kuasalah kita sanggup cantas mencantas. Kerana kuasalah kita sanggup berpuak-puak. Kerana kuasalah juga kita sanggup fitnah dan memfitnah!
Kita jangan begitu hipokrasi dalam tindakan dan perlakuan. Kita yakin sesiapa pun sejarah hitam yang lalu tidak mudah dilupakan. Tapi apa salahnya untuk kebaikan parti, kesatuan ahli dan kekuatan parti sejarah hitam itu diputihkan dengan nawaitu yang ikhlas dan jujur. Kita perlu organisasi parti yang mantap. Kita mahu barisan kepimpinan yang hebat. Tidak ada sekelumit pun masalah dalam organisasi parti. Jika ada masalah biarpun kecil masalah itu cepat-cepat diselesaikan. Jangan tunggu lama-lama. Nabi Muhammad SAW ada bersabda " Yang kecil di sisi manusia itu sebenarnya besar di sisi Allah". Secara ikhlas dan jujur organisasi UMNO BP tidak semantap dan sehebat dahulu. Tapi apakah puncanya dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil oleh pucuk pimpinan bahagian?
Kita sangat berharap dalam Persidangan Agung UMNO Bahagian pada kali ini akan ada resolusi yang boleh memantapkan parti UMNO. Bukan sekadar memanaskan kerusi dewan dari pagi hingga ke petang tanpa ada sesuatu keputusan yang konkrit diambil. Kita tak mahu ada perwakilan yang hanya berani di belakang tapi pengecut bila dalam gelanggang. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu lagi diperingatkan lagi. Mereka lebih arif atau lebih tahu tentang matlamat dan objektif kita mengadakan mesyuarat agung, mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat khas dan sebagainya. Inilah tempatnya para perwakilan membahaskan usul-usul yang lebih relevan dengan isu politik semasa terutama berkaitan dengan pentadbiran parti baik di peringkat UMNO bahagian, Perhubungan Negeri dan Pusat. Peliharalah adab dan tatasusila semasa perbahasan. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Pucuk pimpinan parti sepatutnya dan sewajarnyalah membuat sedikit homework dengan melihat kembali usul-usul persidangan agung yang lalu termasuklah teguran-teguran dan krtitikan para perwakilan. Jika pucuk pimpinan prihatin tentang perkara ini, kita yakin para perwakilan tidak akan mendengar masalah yang sama pada setiap kali persidangan agung diadakan. Jika masih kedapatan isu-isu lama yang masih berbangkit atau berulang, ini memberi petanda buruk bahawa pemimpin kita tidak prihatin tentang usul dan teguran ahli. Apakah persidangan agung hanya untuk pemilihan jawatan semata-mata?
UMNO perlu berubah jika tidak ahli-ahli UMNO sendiri yang akan mengubahnya sebelum pengundi-pengundi mengubahnya dalam PRU14 akan datang. Ketepikan sikap pentingkan diri sendiri dan hapuskan kronisme dalam parti jika kita mahu lihat parti UMNO kuat dan hebat pada masa akan datang. Kita lihat amalan kronisme masih kuat dalam pentadbiran UMNO BP. Tak perlu disebutkan, rasanya kepimpinan UMNO Bahagian, sayap-sayap UMNO pun tahu. Walaupun tidak ada pertandingan dalam jawatan tertinggi peringkat bahagian tapi nampaknya suatu mainan politik yang halus dan selamat. Kita akan berbangga jika setiap pemimpin berkompromi atas dasar menguatkan parti dan bukan menguatkan diri dalam parti secara individual. Sekali lagi kita perlu bersangka baik.
Dalam persidangan agung UMNO Bahagian nanti akan terjawab semuanya. Jangan ada yang masih memainkan peranan 'pengampu'. Jika baik katakan baik dan jika sebaliknya kita perlu katakan mahupun pahit untuk didengar oleh para perwakilan mahupun pemimpin kita. Syukur alhamdulillah, UMNO BP mempunyai seorang ahli parlimen bertaraf Timbalan Menteri. Mungkin inilah jawatan tertinggi dalam kerajaan persekutuan yang belum pernah dicapai oleh pemimpin UMNO BP sebelum ini. Selaku Ketua Bahagian yang banyak pengalaman dalam politik dan kerajaan, mungkin beliau akan memberi ucapan yang lebih serius dan berwawasan demi masa depan parti yang lebih mantap sebagai persiapan parti menghadapi PRU14 yang lebih mencabar.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.