"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 22, 2013

Mampukah pemimpin UMNO melakukan transformasi diri?

Pemimpin perlu jujur bukan sahaja kepada ahli dan parti tetapi wajib jujur kepada Allah SWT. Selaku pemimpin kepada umat Islam, taat kepada perintah Allah merupakan sesuatu yang didahulukan. Ini kelemahan dan kekurangan yang sering dipersoalkan oleh banyak pihak terhadap pemimpin UMNO.

UMNO dahulu mungkin kebanyakan umat Islam boleh terima jika pemimpin mereka hanya seorang pekerja kampung tetapi UMNO sekarang memerlukan seorang pemimpin yang berkelulusan tinggi. UMNO sebuah parti politik. Akan bersaing dengan parti-parti pembangkang yang rata-rata pemimpin mereka berkelulusan tinggi. Ada di antara mereka merupakan seorang peguam, jurutera, akauntan, pensyarah, para ulama dan ahli korporat. Bagaimana pula pemimpin UMNO yang akan dipilih dalam persidangan agung UMNO di peringkat bahagian kita ini? Apakah ada kelayakan seumpama itu di kalangan pemimpin dan AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri?

Perlu diingatkan, setiap pemimpin yang diketengahkan oleh UMNO sentiasa mendapat perhatian ahli masyarakat yang prihatin tentang masa depan negara. Masa depan negara adalah masa depan mereka, para pengundi muda dan tua. Malangnya ada pula pemimpin UMNO yang berkelulusan tinggi sebaliknya tidak dapat pula menyesuaikan dirinya sebagai pemimpin parti. Hanya pandai mengarah sebaliknya dirinya sendiri tidak pandai mengatur dan mengurus parti walaupun dalam sebuah organisasi yang kecil. Itu sebabnya ada di kalangan masyarakat lebih selesa dengan pemimpin mereka yang tidak ada kelulusan tinggi sebaliknya rajin bekerja bersama-sama mereka, turun ke bawah, tidak selalu mengarah tetapi pandai mengambil hati mereka, jujur dan tiada berlaku pendiskriminasian di kalangan ahli-ahli mereka. 

Oleh itu pemimpin UMNO sedikit sebanyak mesti berubah sekurang-kurangnya melakukan transformasi kepada diri sendiri. Jadikan kita seorang pemimpin yang benar-benar taat kepada perintah Allah SWT. Inilah perisai yang paling penting kepada seseorang pemimpin Islam. Kelulusan yang tinggi belum tentu boleh menjadi pemimpin yang baik jika ianya selalu meninggalkan solatnya. Tidak mampu mengajak pengikut-pengikutnya mendekatkan diri dengan Allah. Apa guna kita jadi pemimpin jika hanya bertopengkan Islam sedangkan pada hakikatnya kita adalah pemimpin kepada ratusan mungkin ribuan kepada ahli-ahli UMNO yang rata-ratanya beragama Islam. 

Sebenarnya tanggungjawab seorang pemimpin UMNO/Islam itu tersangatlah besar dan berat. Yang peliknya ramai yang merebut-rebut nak jadi pemimpin. Mungkin mereka memahami tafsiran pemimpin dari sudut yang mudah. Selaku bakal pemimpin UMNO baik di kalangan pemuda, wanita, puteri dan bahagian perlu tahu dan sepatutnya sudah tahu bahawa ada di kalangan ahli-ahli mereka itu merupakan ahli-ahli agama, para profesional, para pendidik/guru dan sebagainya. Oleh itu sebaik-baik pemimpin hendaklah berkemampuan atau berkebolehan memimpin semua jenis ahli UMNO yang ada. Oleh itu perbetulkan dari zahiriah terutama cara kita berpakaian terutama pemimpin wanita dan puteri sesuai dengan pakaian kehendak Islam. Pemimpin wanita/puteri yang tidak bertudung sudah tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam pada hari ini. Isteri PM yaang sering tidak bertudung menjadi perbualan di kalangan umat Islam kita pada hari ini. Pembangkang sering menjadikan isu politik walaupun itu (tidak bertudung) perkara kecil tapi ingat Rasululullah SAW ada bersabda " Sesuatu yang kecil itu di sisi manusia sebenarnya besar di sisi Allah".  Alangkah baiknya, hebatnya UMNO jika pemimpin wanita no. 1 negara kita dan semua pemimpin wanita dan puteri kita bertudung. Cubalah kita memahami dan hayati kata hikmat yang diperkenalkan oleh mantan PM Tun Mahathir "Kepimpinan melalui tauladan".

UMNO akan hancur jika pemimpin kita tidak berkarisma. UMNO tidak akan kemana-mana jika pemimpin tidak dapat menghayati Islam sebagai 'the way of life'. Kita tahu ahli-ahli UMNO hampir 100% adalah umat Islam. Persaingan paling hampir kita adalah PAS. Apakah kekuatan dan kelebihan yang boleh kita contohi dari kalangan pemuda dan wanita PAS eloklah kita ikut. Kelemahan dan kekurangan yang ada selama ini kepada UMNO kita tinggalkan dan kita baiki. InsyaAllah jika kita dapat melakukannya kita yakin UMNO akan menjadi parti unggul orang Islam/Melayu di negara ini dan secara tidak langsung PAS akan berkubur! Fikir-fikirlah, tepuk dada tanya minda anda.       

1 comment:

  1. Tuan transformasi apa? sejak PM najib umumkan transformasi, apa perubahan kita tengok pd pemimpin UMNO? klu kita mengenali mereka secara peribadi lagi kita beristighfar. dlm budaya politik pula, sama juga. masa pemilihan calon utk pru dulu dan sekarang pemilihan peringkat bahagian dan mkt. ckp aje winnable candidate la, pilihan rakyat la demokratik & terbuka. tapi pemimpin tertinggi bincang sesama mrk dan kekalkan diri masing2. contohnya, presiden hendakkan 3 penyandang jawatan sekarang kekal. apakah mereka semestinya dah perform, dah capai KPI? kotakan la kata konon pemilihan diserahkan kpd 150,000 perwakilan. tanpa pengarauh dan paksaan dari atas.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.