"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, September 4, 2010

Ahli PAS di Balik Pulau juga menyertai UMNO?

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah berpakat untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud dan kata Datuk Mohd Amar lagi tidak semestinya kita akan laksanakan (Hukum Hudud), tetapi kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. 
Baru kelmarin bercakap pasal keengganan PAS melaksanakan hukum hudud jika memerintah bersama DAP dan PKR, hari ini seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang sudah kehilangan arahtuju.
Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Pak Su Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Itu yang baru berlaku secara terang-terangan. Di tempat-tempat lain seperti di Balik Pulau dan Bayan Lepas sudah ada ahli-ahli PAS yang mulai bersuara dengan nada kesal terhadap pendirian saf kepimpinan tertinggi PAS yang semakin lemah dan lesu sejak bersama Pakatan Rakyat. Difahamkan ada cawangan UMNO di Balik Pulau telah mulai menerima semakin ramai ahli-ahli PAS yang menyertai UMNO secara senyap-senyap. Mereka yang di atas pagar, di bawah pagar dan di tepi pagar sudah tidak hairan lagi. Cawangan-cawangan UMNO tertentu telah kehabisan borang UMNO kerana pengeluaran borang UMNO sangat terhad. UMNO sebenarnya telah pun berubah. Tsunami politik dalam PRU12 yang lalu telah banyak mengajar pemimpin2 UMNO supaya sentiasa memahami dan mendekati hati rakyat. Rakyat susah dibantu tanpa kira ideologi politik. Rakyat sudah sedar dan kesal kerana mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu. Oleh itu kembalilah kita bersatu di bawah payung UMNO yang sudah terbukti berjaya memajukan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia sejak merdeka 53 tahun yang lalu. Ikutlah jejak Pak Su Mat Arop Samat yang menyertai UMNO setelah 41 tahun bersama PAS.

2 comments:

  1. Perjuangan PAS sudah tersasar.........................................................bikin tak serupa cakap.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.