"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 12, 2010

Tolak PERKASA: UMNO buat kesilapan yang besar!

Sangat terkejut bila UMNO bersama BN buat keputusan menolak Perkasa. Perkasa dikatakan punca UMNO kehilangan sokongan daripada orang-orang bukan Melayu. UMNO perlu sedar setakat ini bukan Melayu masih memihak kepada pembangkang terutama DAP. Jika haramkan Perkasa sekalipun bukan Melayu belum tentu akan menyokong UMNO/BN. Di kalangan pemimpin UMNO pun tahu bahawa ramai orang Melayu menyokong Perkasa setelah melihat Perkasa benar-benar menjuarai dalam isu mempertahankan kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu. UMNO tak begitu lantang dalam mempertahankan hak ketuanan orang Melayu kerana bimbang akan terguris hati rakan-rakan dalam komponen BN. Memang tak salah pun jika Perkasa lantang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Jika kaum bukan Melayu ada Suqui dan Hindraf, apakah orang Melayu tak boleh ada Perkasa? Orang Melayu terlalu banyak bertolak ansur hingga bukan Melayu termasuk pemimpin-pemimpin bukan Melayu sudah 'naik tocang' berani menghapuskan DEB dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Malahan sudah ada pemimpin Melayu sendiri mulai mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Sepatutnya UMNO mendekati NGOs Melayu dan NGOs Islam dan bukan menjauhi mereka. UMNO perlu mendapat sokongan padu dari kalangan NGOs Melayu/Islam menjelang PRU yang akan datang. UMNO akan rugi. MCA,  MIC, Gerakan dan DAP tidak akan rugi. Kebanyakan pemimpin UMNO menduduki  Jawatankuasa Perkasa malahan mengetuai Perkasa di peringkat Negeri dan Parlimen. Amat rugi jika UMNO sendiri menolak pertubuhan Perkasa.   Keputusan menolak Perkasa akan memberi kekuatan kepada pembangkang. Manakala UMNO akan kehilangan sokongan dan pengaruh manakala pembangkang sedang membina kekuatan. Oleh itu keputusan menolak Perkasa perlu dikaji semula jangan nanti ibarat kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran". Tindakan menolak Perkasa sebenarnya sesuatu yang amat merugikan UMNO sendiri dan tidak sebesar manapun sokongan bakal diperolehi oleh BN dari pengundi-pengundi bukan Melayu dalam PRU yang akan datang.

4 comments:

  1. Betul, satu kesilapan Umno.

    ReplyDelete
  2. PERKASA tidak perlukan UMNO. Tetapi UMNO perlukan PERKASA. Kenapalah UMNO bodoh sangat!
    Terlalu mendengar cakap MCA dan Gerakan walhal kaum Cina tidak akan mengundi BN di PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  3. NGO NGO cina membuat tuntutan yang tak munasabah ok, tetapi PERKASA memperjuangkan hak hak melayu UMNO tolak dan pakatan panggil nya suatu permainan sandiwara. Yang menghairankan ialah cuma satu dua suara yang dalam UMNO tolak bukan bermakna semua dalam UMNO tolak jadi kita harus bertegas bahawa satu dua yang dalam UMNO itu tidak menyuarakan pendapat umum di dalam UMNO.

    Nazri siapa dia?
    tengku Adnan Mansur siapa dia?
    Zahid Hamidi siapa dia?
    Kitol Jamban siapa dia ?

    Semua ni macam kaki rebus tak empuk sahaja syok sendiri pendapat mereka ingat semua ahli UMNO sokong ke?

    Jawapan nya tidak?

    Wahai Bangsa Melayu bangkit dan sokong yang memperjuangkan hak Melayu.

    ReplyDelete
  4. YA NGO CINA SPT SUQUI DLL SUDAH DIAM SEBAB APA YG MEREKA MAHU HAMPIR 90% DAH BERJAYA CUMA BELUM DAPAT HAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU DAN RAJA MELAYU. MEREKA DAH MENGUASAI EKONOMI DAN POLITIK, PP DAP YANG PERINTAH, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN SUDAH JADI MILIK MEREKA. MERITOKRASI SUDAH MENGGANTIKAN SISTEM KUOTA....SO NGOs CINA TAK PERLU MELALAK LAGI SPT PERKASA. BAGUSLAH ORG MELAYU PULA TOLAK PERKASA MUNGKIN SUQUI BOLEH SUARAKAN UNTUK ORG MELAYU? KENAPA MELAYU JADI BEGINI?

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.