Cuti penggal akhir persekolahan, sempat aku berbual dengan orang negeri Selangor. Suami isteri itu datang ke Pulau Pinang pasal nak bantu keluarga kakak yang menanggung hutang sewa rumah. Selepas bayaran selesai isteri dengan penuh yakin membuka cerita politik dengan bertanya pasal orang Melayu di Pulau Pinang.
Aku pun segera menceritakan dan menegaskan apa yang didedahkan oleh TV3 dan TV1 adalah benar. Sebenarnya banyak lagi masalah orang Melayu yang masih tersembunyi daripada pengetahuan orang ramai. Maklumlah PAS dan PKR masih kuat mempertahankan kerajaan DAP sebagai sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang paling baik untuk rakyat di Pulau Pinang.
Walaupun dia nampak simpati kepada nasib orang Melayu di Pulau Pinang tapi pada masa yang sama dia memuji kerajaan PKR di Selangor. Katanya UMNO susah mengambil alih kerajaan Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Dia menjelaskan bahawa wakil-wakil rakyat PR di Selangor turun ke padang. Apa yang mereka tak buat?
Orang susah katanya, MAIS beri bantuan bulanan. Kerajaan PR Selangor beri kelas tuisyen percuma kepada murid-murid sekolah di Selangor. Apa UMNO buat ini? Tanyanya kepada saya dengan nada keras dan yakin. Katanya lagi "Pemimpin-pemimpin PKR pergi rumah ke rumah, cari orang susah dan dibantunya". Apakah orang UMNO buat kerja saeperti ini? Tanyanya lagi.
Yang bersekolah diberi bantuan pakaian sekolah. Rakyat Selangor merasakan lebih selesa dan senang berada semasa kerajaan PR. Kemudian dia bertanya saya, apakah UMNO di sini buat seperti ini? Aku lihat macam dia cukup berpuashati setelah dapat meluahkan geramnya kepada aku.
Selepas itu dia minta maaf sebab dia banyak bercakap. Memamg dia banyak bercakap. Di sini aku cuma nak minta pemimpin UMNO Selangor mengkaji pandangan rakyat di bawah sana atau peringkat akar umbi. Mungkin ada kebenarannya. Jangan kita syok sendiri. Tiba-tiba UMNO/BN jatuh tersungkur sekali lagi dalam PRU yang akan datang.