"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 11, 2011

Siapa yang paling cekap atau malu? Orang PAS atau orang UMNO

Cerita sikit pasal bantuan RM500. Bukan nak reka-reka cerita. Cerita yang sama sekali benar. Buka sahaja kaunter agihan borang pagi tadi berpusu-pusu orang ramai datang mengambil borang bantuan. Yang syoknya antara terawal yang sampai di meja pegawai LHDN pagi tadi ialah seorang pemuda penyokong kuat PAS. Nak kata dia tak betul, dia pembantu kedai, tentulah seorang pembantu kedai mesti cekap kira mengira dan pandai berkomunikasi dengan pelanggan.
Tanpa rasa malu dia datang ke kaunter. Dia tak kisah pun walaupun diminta dia mesti mendapatkan cop Pengerusi JKKKP. Dia tahu Pengerusi JKKKP itu pemimpin BN. Tapi dia buat tak tahu sahaja mungkin dia berpendirian bahawasanya duit RM500 itu hak rakyat bukan hak BN punya. Jika hak rakyat maka dia sebagai rakyat Malaysia sudah tentu sekali berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut. Mungkin itu sebabnya dia dah awal-awal lagi sampai di meja pegawai LHDN. Peliknya orang UMNO masih dok bertanya-tanya lagi borang nak ambil di mana sedangkan penyokong pembangkang sudah pun menghantar borang tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.