"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, December 8, 2011

Bantuan RM500: Kerajaan PR nak lawan kerajaan BN.

Mulai 10 Disember 2011, borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan mulai diedarkan kepada rakyat di seluruh negara. Ketua isi rumah atau ketua keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan akan dibantu dengan pembayaran one-off sebanyak RM500. Untuk tujuan itu sahaja, kerajaan BN akan membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion yang akan melibatkan kira-kira 5.2 juta keluarga di seluruh negara. Ketua-ketua isirumah dan ketua-ketua keluarga yang layak boleh mendapatkan borang melalui agensi-agensi kerajaan pusat seperti Pusat Khidmat Wakil Rakyat BN, Pengerusi JKKKP, Sekolah-sekolah yang dilantik, pejabat daerah dan lain-lain. Tarikh tutup permohonan BR1M pada 10 Januari 2012.
Belum lagi kerajaan BN menyerahkan bantuan itu, sudah kedengaran di kampung-kampung bahawa PAS bercadang nak beri juga RM500 kepada rakyat. PAS cuma nak beri kepada keluarga2 yang benar2 susah. Sebabnya, yang susah itu tak ramai. Tapi yang sudah-sudah, PAS hanya beri kepada ahli-ahli PAS sahaja. Sebaliknya kerajaan BN yang diketuai UMNO memberi bantuan tidak kira warna kulit dan warna bendera. Orang kuat PAS pun dapat jika tak malu. Tahun ini juga ramai anak-anak orang PAS diberi Laptop 1 Malaysia. Itulah keistimewaan kerajaan BN.

5 comments:

  1. Pemberian yg membazir.
    Mencari rezqi tanggung jawab diri sendiri kecuali yg uzur atau OKU.
    Macam mana rakyat nak maju terutama Melayu asyik bergantung harap dgn kerajaan.
    Di Singapura mana ada beri begini sebab itu rakyatnya rajin dan maju bersaing.

    ReplyDelete
  2. Inilah namanya menganggih hasil negara. Aku sokong walaupun aku tak layak. semoga tak ada lagi yang menyusahkan aku. hehehe

    ReplyDelete
  3. anon 1:59am, pelik hang ni. bagi salah tak bagi lg salah. nk agih duit rakyat balik kpd rakyatpun salah. aku tak layak dpt, tp aku tau memang cukup ramai yg layak. sbb tu aku sokong. hang tak layak bukan bermakna semua org tak layak. jgn pedengki hak org lain, Allah marah...

    ReplyDelete
  4. syukur...duit tu duit rakyat dan sekarang diagihkan kepada yang betul-betul memerlukan..bagi aku pendapatan isi rumah bawah rm3000 memang layak terima duit ni...hidup 1Malaysia!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.