"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, December 5, 2011

UMNO/BN ada musuh dalam selimut atau api dalam sekam!!!!

Ingat pesanan dan amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO. Semua perwakilan dalam dan luar negara kira-kira 4,500 perwakilan telah mengangkat tangan melafazkan sumpah taat setia kepada Presiden parti. Nampaknya para perwakilan begitu semangat untuk memastikan UMNO terus maju dan berjaya dengan cemerlang dalam PRU13 akan datang. Seolah-olah UMNO sudah tidak sabar lagi menghadapi PRU.
Namun ada kebimbangan yang dilahirkan oleh Presiden, Timbalan Presiden dan juga lain-lain perwakilan tentang sikap pemimpin UMNO itu sendiri. Jika tidak dicalonkan, terserlahlah perasaan kecewa. Kenapa? Paling teruk sekali, ada pihak yang sanggup menganjurkan program rombongan atau lawatan pada hari itu. Lihat sahaja semasa persidangan agung bahagian, tak perlu lihat lebih jauh. Yang kalah tidak dapat menerima kekalahan sebaliknya menyalahkan pihak lain yang menjadi punca kekalahan itu. Oleh itu perpecahan dalam parti semakin melebar. Jika beginilah keadaannya, sudah pasti UMNO/BN akan menghadapi masalah yang besar dalam pilihanraya yang akan datang.
Akhir-akhir ini macam berita kita dengar. Beberapa nama calon untuk DUN dan Parlimen telah tersebar luas. Ada yang telah memulakan kempen dan melobi dan ada pula yang tidak ambil kisah. Setiap nama yang disebut-sebut bukanlah begitu 'perfect' ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Paling penting calon itu mesti yang boleh menang ' winable candidate'. Sama ada calon itu merupakan muka lama atau muka baru, calon itu mestilah yang boleh menang. 
Ahli-ahli UMNO mestilah menerima apa sahaja nama yang disenaraikan oleh Presiden sebagai calon. Yang tidak dicalonkan perlu menerima kenyataan bahawa nama yang dipilih itu merupakan antara yang terbaik. Ahli-ahli UMNO perlu bersatu kerana pilihanraya umum kali ini merupakan yang paling getir dalam sejarah Malaysia. Ahli UMNO tidak boleh sama sekali bertindak bagaikan 'api dalam sekam' atau 'duri dalam daging' atau pun 'musuh dalam selimut'. Jika UMNO berpecah, BN akan kalah. Yang rugi semua orang Melayu baik yang menyokong UMNO ataupun yang tidak menyokong UMNO termasuklah mereka yang menjadi musuh dalam selimut. Oleh itu bersatulah ahli-ahli UMNO, janganlah kita bersaing sesama sendiri. Pastikan BN akan mencipta kejayaan yang gemilang dalam PRU yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.