"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, July 17, 2011

Dr. Riduan Tee mengupas pasal Melayu dan bukan Melayu

Bukan seperti kita, tidak pernah habis bertelingkah dalam apa jua isu hatta sampai ke dalam surau masjid. Peristiwa tiba-tiba makmum bangun menempelak khatib ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat dua minggu lalu di masjid Ubudiah, Ampang, Selangor, menarik perhatian saya untuk memberikan sedikit pandangan. Khatib begitu syok sendiri dengan khutbah ciptaannya. Yang ‘menyeronokkan’ adalah khatib tersebut turut sama menempelak makmum tersebut dengan mengatakan dia jahil ketika berkhutbah. Rupa-rupa makmum dan khatib dua kali lima sahaja.

Sepatutnya, khatib tersebut tidak melayan sikap makmum tersebut dan meneruskan khutbahnya. Ini tidak, khatib tersebut turut tumpang semangkok. Saya tidak mengatakan tindakan makmum itu betul. Salah tetap salah. Saya mengharapkan khatib tersebut bertindak betul, rupanya salah.

Insiden seperti ini bukan perkara baharu, tetapi ia berlaku di masjid-masjid yang dikuasai oleh parti-parti tertentu. Mereka menjadikan mimbar untuk membalas dendam, bukan untuk mendidik. Kita semakin berpecah. Kita sepatutnya tidak mengambil pendekatan mengajar, tetapi mendidik dengan mengetuk pintu hati mereka. Jika Pas benar-benar ikhlas, sepatutnya Pas mengambil pendekatan mendidik Umno melalui nilai-nilai Islam yang ‘diperjuangkan’, bukannya menghamburkan kata-kata dan sindirin-sindiran tajam yang menyakitkan hati.

Saya amat pelik kenapa kita tidak selantang ini apabila berhadapan dengan musuh kita yang begitu jelas menentang kita dan mengenepikan agenda nasional. Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri oleh hampir 1000 orang pengetua. Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Bukan mereka tidak mahu atau tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka disenyapkan. Mereka terpaksa ikut kata boss.

Majlis Pengetua dan Majis Guru Besar ini sepatutnya diberikan kebebasan untuk berhadapan dengan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong, baharulah terserlah kepengetuaannya dan kegurubesarannya. Saya harap istilah ini boleh digunakan.

Inilah beza penyatuan antara Melayu dengan bukan Melayu. Bukan Melayu bersatu atas perkara asas atau perkara berkaitan hidup mati atau masa depan mereka. Manakala penyatuan kita, usahkan perkara besar, perkara kecilpun kita tidak boleh selesaikan. Malahan terus berpecah seolah-olah tidak ada penghujung. Lebih menyedihkan lagi tindakan kita sering menimbulkan beban dan masalah kepada rakyat jelata.

Demonstrasi haram Bersih meninggal kesan yang amat mendalam. Sejak hari khamis saya tidak dapat pulang ke rumah sehingga hari Ahad, saya hanya bermalam di hotel kerana terperangkap dalam kesesakan jalan yang amat dahsyat, sehingga saya mengambil keputusan berpatah balik bagi mengelakkan ceramah-ceramah hujung minggu yang telah diaturkan tidak tergendala. Terpaksalah saya memakai baju yang kotor selama dua hari disebabkan oleh tidak ada lagi pakaian Bersih.

Lebih hiba lagi mendengar ada yang terpaksa menunda tarikh perkahwinan yang telah diatur sejak setahun yang lalu, dan banyak lagi perkaraa penting terpaksa dibatalkan serta kerugian yang ditanggung gara-gara demonstrasi ini Bersih ini. Hati begitu tersentuh membaca berita ada seorang yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah saya ucapkan, moga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, tidak kiralah sama ada penyokong Bersih atau tidak. Paling penting kita tetap umat Islam tetap bersaudara, walaupun mungkin kita berbeza.

Seperti yang selalu saya sebut, yang menjadi menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya tidak nampak begitu ramai bilangan bukan Islam yang turun. Rata-ratanya adalah kulit sawo matang. Kalau adapun bukan Melayu, sengaja dialihkan kamera ke sana supaya ada warna warninya, wal hal sebenarnya tidak. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Sesama sendiri bercakaran. Orang lain bertepuk tangan. Silap-silap haribulan, Melayu hilang ditelan zaman. Hanya kerana sengketa yang tidak berkesudahan, tanpa penyelesaian. Titik pertemuan masih jauh kelihatan. Perubahan yang dilaksanakan tidak banyak menguntungkan.

Misalnya, apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada orang Melayu (Bumiputera), maka tindakan ini dimanipulasikan dengan kata-kata memberi tongkat. Namun demikian, apabila bukan Melayu mendapat hak yang sama, maka ia dikatakan meritokrasi dan mereka berhak? Tidakkah kita sedar berapa ramai pelajar bukan Melayu yang dihantar di universiti di luar negeri melalui yayasan-yayasan berasaskan kaum yang diwujudkan dan sejumlah wang parti-parti politik perkauman yang tidak kurang banyaknya. Ini tidak termasuk individu-individu bukan Melayu yang terkaya membantu anak bangsa mereka.

Pendek kata, ada atau tidak Dasar ekonomi Baharu (DEB), bukan Melayu langsung tidak rugi. Tindakan cuba melonggarkah DEB itulah yang semakin merugikan anak bangsa ini.

Saya ingin memetik kata-kata A. Kadir Jasin, apabila orang Melayu (bumiputera) berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi? Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen Independent Power Producers (IPP) dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah? Tidak ramai yang ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan menyalahgunakan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, berasaskan kaum maka tiada siapa pun nampak bahawa keuntungannya tidak kepada Melayu, tetapi kepada bukan Melayu.

Hari ini, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang di punyai oleh kerajaan, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula melebihi 500 buah. Atas desakan, kerajaan telah membuka pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, bilangan yang lebih ramai mendapat pendidikan pengajian tinggi adalah bukan Melayu. Kerajaan turut membantu IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu (parti politik), tidak cukup dengan itu bantuan melimpah ruah turut diberikan oleh syarikat swasta bukan Melayu kerana ada pelepasan cukai.

Kesimpulannya, saya yakin, suatu hari ini, kita tidak akan mampu lagi bersaing, apabila apa yang sedia ada semakin hilang. Misalnya, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS kerana bangsa yang kuat ekonominya pasti hanya akan membantu universiti bangsanya sahaja. Ringkasnya, apa jua peristiwa yang berlaku, sebanyak manapun demonstrasi Bersih, dan polisi yang digubal, orang Islam akan terus rugi, yang untung adalah bukan Melayu. Inilah yang membezakan antara konsep penyatuan Melayu dengan bukan Melayu. 
 

3 comments:

  1. KITA SEHARUSNYA SEDIKIT SEBANYAK MENIRU SEGELINTIR SIKAP KAUM MINORITI SEBUAH NGARA JIRAN.TAK PERLULAH SAYA NAMAKAN NEGARA JIRAN TERSEBUT.TIDAK SEMESTINYA KAUM DARI JUMLAH YANG SEDIKIT ITU BERDIAM DIRI BERMAKNA MEREKA TAKUT ATAU LEMAH.INI KERANA SELURUH RAKYATNYA TELAH DIDIDIK MEMBERI PENDAPAT DAN LUAHAN HATI JIKA ADA TIDAK KEPUASAN HATI,HANYA DENGAN BERBINCANG DAN BUKAN MELAUNGKAN KATA MARAH DIKHALAYAK RAMAI,BERDEMONTRASI DAN SEBAGAINYA.PEMERINTAH TIDAK MENAFIKAN PERLU ADA KERJASAMA RAJYAT DEMI PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA.RAMAI DARI KITA MENGANGGAP SEGELINTIR RAKYAT NEGARA ITU TAKUT BERSUARA DAN DI TINDAS,NAMUN PADA HAKIKATNYA TIDAK.MEREKA LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA DAN TAHU MENILAI YANG MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK.TELAH BANYAK BUKTI YANG DI CAPAI OLEH KAUM TERSEBUT DI NEGARA ITU.PM NAJIB SENDIRI ADA MENYATAKAN SEKIRANYA ADA APA2 YANG PERLU DI BINCANGKAN HARUSLAH MELALUI JALAN YANG BETUL BUKAN BERDEMONTRASI YANG HANYA AKAN MEMBAWA PADAH DAN KERUGIAN SEMUA PIHAK.AMBILLAH INI SEBAGAI SATU TAULADAN.WALAUPUN RAKYAT MALAYSIA KEBANYAKANNYA PERPENDAPAT KAUM DARI NEGARA JIRAN INI DITINDAS,HAKIKATNYA PENGETUA NEGARA KITA SENDIRI SEDIKIT SEBANYAK MENYETUJUI AKAN PRINSIP2 RAKYAT NEGARA JIRAN INI.TAK PERLULAH KITA MENCEMUH KAUM MINORITI NEGARA JIRAN KITA ITU KERANA MEREKA TELAH PUN TELAH DAPAT MEMBUKTIKAN KEBIJAKSANAAN MEREKA DI MATA DUNIA...KITA HARUS BELAJAR DARI MEREKA..BERDIAM BUKAN BERERTI BODOH ATU TAKUT TAPI BERDIAM KERANA BERFIKIR...MALAH TUN MAHATHIR JUGA BANYAK MENCEMUH NEGARA JIRAN INI..KATANYA PENINDASAN BERLAKU DAN SEBAGAINYA NAMUM HAKIKATNYA BANYAK LANGKAH2 POSITIVE NEGARA JIRAN TERSEBUT TELAH DIAMBIL CONTOH D NEGARA INI..EG, CUBA MENGAJAR BAHASA INGGERIS DALAM BANYAK MATA PELAJARAN DI SEKOLAH TAPI DI TENTANG RAKYAT DAN GAGAL AKHIRNYA MATLAMAT ITU..CONTOH SEPERTI MENGADAKAN KERAHAN TENAGA TETAPI SEPERTI TIDAK MENJADI..DAN BARU2 INI BANYAK LAGI KEBAGUSAN YANG HENDAK DIIKUTI DARI NEGARA JIRAN INI..BUKALAH MATA,APA PERLU ITA ASYIK MERENDAH2KAN ORG LAIN SEBELUM KITA TAHU SIAPA KITA SEBENAR..AKHIR SEKALI SAYA KATAKAN SINI MALAYSIA BOLEH!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Pemikiran Sdr. Riduan Tee melalui penulisan, ceramah dan perkuliah beliau banyak menekankan kepentingan Melayu Islam di Malaysia. Keperihatinan beliau tentang kekurangan amalan muafakat di kalangan Melayu Islam Malaysia amat terserlah. Beliau membuat perbandingan dengan ras bukan Melayu yang begitu menyerlah jati diri dalam bentuk muafakat mereka mengenai perkara asas dalam hidup mereka di bumi Malaysia.

    Pandangan beliau banyak menyatakan kelemahan yang berlaku dikalangan Melayu Islam Malaysia dan kelemahan etnik bukan Melayu di Malaysia.

    Pandangan beliau mungkin mendapat perhatian positif di kalangan pemimpin Melayu Islam tetapi tidak sampai ke tahap perlaksanaan kerana kepentingan POLITIK. Kepentingan politik di kalangan Melayu Islam lebih tertumpu kepada bentuk KUASA dalam politik dan juga kepentingan material. Akibatnya Melayu Islam berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa politik dengan cara jalan yang mudah dan mngenaepikan prinsip muafakat untuk kepentingan Melayu Islam di Malaysia.

    Pandangan dan saranan saya berpeganag kepada prinsip muafakat untuk kepentingan Melayu Islam tanpa mengira aliran politik yang dipilih selagi kepentingan Melayu Islam tidak DIABAIKAN DEMI DUNIA DAN AKHIRAT.

    Golongan bukan Melayu di Malaysia sentiasa bersatu walaupun dari kelompok berbeza pegangan politik. Mereka pandai menfaatkan berlainan parti poltik untuk memperkukuhkan kepentingan golongan mereka. Kepandaian mereka lebih terserlah menfaatkan parti poltik Melayu Islam untuk kepentingan bukan Melayu. Kelemahan Melayu Islam adalah kurang keinginan bersama-sama mendaki kemuncak gunung kejayaan."Sharing is caring" kurang diamalkan.Bukan mudah mendaki gunung secara bersendirian.....itulah dilema halangan kesatuan Melayu Islam.

    ReplyDelete
  3. Saranan meningkatkan Kekuatan Melayu Islam:

    1.Amalan berjemaah dalam beribadat mesti diterjemahkan dalam kehidupan harian. Keberkatan berjemaah membawa keberuntungan Melayu Islam.
    2.Matlamat berjemaah mengahala ke arah yang satu. dalam Ibadah bermaksud penerapan keESAan. Berbeza tapi tetap ke satu tujuan. Siapa pun kita dalam kelompok Melayu Islam mesti ditejemahkan dalam bentuk kesatuan berjemaah jika mahu berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
    3. Melayu Islam bagaikan sebatang tubuh yang terdiri dari bermacam-macam anggota yang saling melengkapi sebagai tubuh yang dipandu oleh QALBU kerana adanya akujanji ketuhanan....pegangan hidup abadi dalam kehidupan Melayu Islam.

    4. Jangan biarkan kesatuan tersebut tercemar dalam kehidupan di dunia bagi tujuan akhirat. Peristiwa khatib dan jemaah dalan huraian Sdr. Riduan berlaku kerana meletakkan sesuatu bukan kepada ahlinya...adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu sesuai dengan peranan masing-masing.

    5.Bukan Melayu bersatu dalam kehidupan mereka di bumi ini walaupun berlaianan fahaman. Amalan mereka yang baik seharusnya menjadi iktibar atau sedikitnya menajdi teladan untuk memajukan Melayu Islam.

    6.Kesyumulan ajaran Islam di kalangan Melayu Islam perlu dihayati dalam kehidupan di dunia berteraskan akhirat.

    7.Peranan Ulul Albab dalam Islam perlu dihayati tanpa ada halangan sempadan dari ras, etnik atau kelompok.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.