"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, July 6, 2011

Perhimpunan haram bukan cara betul menegur pemerintah: Ulamak

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menggunakan cara yang disyorkan oleh Islam ketika hendak menegur pemerintah dan bukan dengan mengadakan perhimpunan haram yang boleh menimbulkan perpecahan sesama sendiri.

Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata seelok-eloknya umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul.

"Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah, dan itu amat ditegah dalam Islam," katanya dalam program 'Hello Malaysia' yang disiarkan oleh Bernama TV.

Merujuk kepada sejarah Islam, beliau menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

"Kalau kita perhatikan, tidak wujud demonstrasi yang diredai Rasulullah, tapi demonstrasi yang tak diredai ada...iaitu demonstrasi yang mengakibatkan kematian Uthman Affan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah Saba," katanya.

Fadlan turut menempelak sikap ulama yang menyalahgunakan dalil untuk membenarkan perhimpunan haram yang dijadual 9 Julai ini.

Beliau berkata kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tetapt.

"Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah," katanya.

Seorang lagi ahli panel program Helo Malaysia itu, Idris Sulaiman, yang merupakan penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, juga meminta umat Islam supaya mengikut lunas yang ditetapkan Islam dalam menyuarakan sesuatu terhadap pemerintah dan bukannya dengan menyertai perhimpunan haram.

Beliau berkata, garis panduan yang ditetapkan Islam termasuklah saranan Rasulullah SAW agar umat Islam menegur pemerintah menggunakan nasihat yang disulami niat ikhlas dan iktibar.

"Kalau tepati syarat-syarat tersebut, baru perbuatan tadi akan dikatakan sebagai nasihat kerana kalau tak tepati dua syarat ini, silap haribulan nasihat diberikan akan berubah jadi satu celaan dan membuka aib orang yang kononnya kita nak nasihat.

"Jika terdapat pertelingkahan atau perselihan faham, maka kita harus selesaikan pemasalahan kita dengan merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan melalui perhimpunan haram," katanya.

Idris berkata perhimpunan itu bukanlah sesuatu yang disarankan dalam agama, malahan tidak terdapat dalil-dalil yang sahih yang membenarkan perhimpunan sebegitu dijalankan.-1/7/2011

Sumber: Agenda Daily

4 comments:

  1. orang islam terutamanya orang PAS serta PKR lebih suka bermusuh dengan orang islam yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka,mereka rela berpakat dengan parti anti islam demi memenuhi cita2 dunia

    ReplyDelete
  2. arrayah.info - Pemimpin Islam jangan jadi macam Orang Kafir tentang Syariat Islam

    ReplyDelete
  3. Ramai orang boleh jadi ulamak..tapi yang ini bukan ulamak, tapi pukimak!!!!

    ReplyDelete
  4. bro agak2 sikit buat pembetulan sikit perhimpunan yg dibuat adalah perhimpunan yg ada permit.. bukan haram.. bila dh jg mcm nie baru la keluar kena ikut cara islam la .. islam x galakkan la.. tp bila kerajaan NOW tindas rakyat banyak menggunakan duit rakyat utk benda2 x berfaedah ada ko pertikaikan kenapa mesti membazir .. kena ikut cara islam.. ko diam jer kan.. Allah bg akal tolong pikir jgn disebabkn dah kena suap ko butakan mata ati ko dgn bagi statment yg merapu ...akal xder ker... skrg ko n family ko xkena xper la.. tp cer tgk kalo tyme family atau ko sendiri yg kena .. fikir2kan

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.