"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan haram cuba menjatuhkan kerajaan BN secara demontrasi jalanan!

Setelah kita saksikan demontrasi jalanan atau perhimpunan haram hari ini, amat jelas bahawa tujuan sebenar Bersih untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demontrasi di jalan raya. Di dalangi parti Pakatan Rakyat (juga 'pakatan haram' sebab tidak berdaftar), perhimpunan Bersih di ketua ulamak Ambiga telah berjaya mengumpul beribu-ribu penyokong yang kebanyakannya orang Melayu beragama Islam. 
Selain Ulamak Ambiga, Tok Guru Haji Hadi juga turut mengetuai perhimpunan itu walaupun kebanyak ulamak-ulamak sewaktu dengannya mengatakan cara berdemontrasi bukan cara bagi seorang ulamak menegur pemimpin atau pemerintah. Walaupun ada saluran yang boleh digunakan tetapi Tok Guru masih mahu memilih cara demontrasi jalanan. Demontrasi jalanan yang telah menyusahkan semua pihak. Semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan BN hari ini melalui perhimpunan haram di jalan raya bukan melalui pilihanraya. Apakah Islam mengajar ulamaknya dan umat Islam umumnya bertindak demikian jika kita tidak berpuas hati kepada pemerintah? 
Kita merayu kepada PDRM membenarkan kepada pemimpin-pemimpin pembangkangmengadakan perhimpunan secara besar-besaran di stadium Shah Alam, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Negeri di Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan. Pada masa yang sama, Patriot dan Perkasa juga boleh mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan beberapa stadium lain di negeri-negeri kerajaan BN. Kita lihat siapakah yang paling ramai?
Harus ingat rakyat umum rata-ratanya sudah bosan dengan cara politik pembangkang. Sudah ramai pemimpin PKR, PAS dan DAP yang sudah meninggalkan Pakatan Rakyat dan lebih ramai lagi yang meninggalkan PR secara senyap. Beberapa pilihanraya kecil yang lalu sudah membuktikan bahawa sokongan pengundi-pengundi kepada calon PR sudah jauh merosot. Oleh sebab itu, pemimpin Pakatan Rakyat yang didalangi oleh Anwar Ibrahim memilih untuk mengadakan perhimpunan haram sebagai salah satu strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Rakyat sebenarnya sudah tahu. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi. Yang bodoh dan bingung, mereka-mereka Melayu yang menyertai perhimpunan haram menyokong perhimpunan yang diketuai oleh ulamak Ambiga. Siapakah ulamak Ambiga? Siapakah Karpal Singh dan Kit Siang? Dan siapakah Anwar ibrahim serta siapakah Mat Sapu? Inilah pemimpin-pemimpin yang disokong oleh Tok Guru Haji hadi sehingga Haji Hadi sanggup ditahan bersama mereka.

3 comments:

  1. Mereka ni ulamak kimak anak haram jadah punya syaiton yang menyerupai manusia, adakah mereka-mereka ini telah dihijab oleh allah akan hati mereka akan kebenaran. tidak pernah terjadi manusia dalam dunia ini yang kemaruk kuasa shingga sanggup dipergunakan seumpama anjing belaan. sungguh hina sekiranya kita mempunyai pemimpin sebegini yang sanggup membelakangkan agama, sultan dan bangsa sendiri, hina sungguh.

    ReplyDelete
  2. Bukan apa rela di tahan, kalau berada di jalan....terok kena belasah, baik kena tangkap.....terselamat dari belasahan... DAPAT SIMPATI dari penyokong dan konon pemimpin berani berkorban(kena cekup), dapat burukkan nama PDRM dan kerajaan.... taktik budak kecik yang mudah dibaca.....kesiaaaaaaaaaaaaaan

    ReplyDelete
  3. Beri sokongan kepada DS Najib Tun Razak:
    http://www.facebook.com/pages/200-000-People-Support-Najib-Tun-Razak/189111091144220
    Tolong sebarkan fan page ini kepada semua

    July 11, 2011 2:07 AM

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.