Semasa pemerintahan otokratik DAP, beberapa buah kampung tradisional telah ditukar wajah menjadi kawasan perumahan bernilai tinggi. Rumah-rumah kampung kaum India di Kampung Buah Pala di Gelugor telah dirobohkan. Rumah-rumah tradisonal di Kg. Pokok Asam, Jelutong turut menjadi mangsa. Kampung Binjai di Bayan Lepas masih bertahan kerana ada usaha pemimpin BN untuk menyelamatkannya.
Wakil Rakyat dan Pemimpin Tempatan bersama penduduk |
Bila masalah sampai ke tahap kritikal, tindakan meroboh diambil, barulah penduduk yang terlibat
meminta bantuan pemimpin dan wakil rakyat UMNO. Parti keramat orang Melayu, UMNO diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sangat berat. Setakat ini, kes-kes yang sudah-sudah, pemimpin UMNO melalui wakil-wakil rakyat telah banyak menyelesaikan dengan baik.
Walaupun masalahnya sudah kritikal, namun wakil-wakil rakyat UMNO terdiri daripada DS Dr. Hilmi Hj. Yahya, Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas dan pemimpin-pemimpin tempatan turut serta memberi sokongan kepada penduduk yang terlibat mempertahankan rumah-rumah mereka diroboh.
Penduduk yang terlibat perlu berfikir secara rasional. Jangan terlalu emosi. Kes ini dapat diselesaikan dengan mudah jika usaha dilakukan dengan cepat dan jujur oleh pihak yang diamanahkan sebelum ini. Sebaliknya pemimpin UMNO juga yang akan jadi galang ganti. UMNO yang dimaki hamun, dituduh sebagai parti yang zalim inilah yang turun ke padang membantu rakyat yang dianiayai. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar, pemimpin PKR dan PAS asyik berpolitik untuk ke Putrajaya sementara UMNO meneruskan tradisi membela rakyat yang memerlukan bantuan. Tanpa mengira fahaman politik, pemimpin UMNO cuba membela nasib penduduk ini. Walaupun kelompok penduduk itu majoriti mereka adalah penyokong parti pembangkang tapi UMNO ikhlas cuba membantu penduduk walaupun dalam keadaan yang sungguh sukar.Hidup UMNO! hidup Islam dan hidup Melayu!
jgn harap ler....masa tersepit jer depa ingat UMNO/BN.....
ReplyDeleteKalau ikutkan hati biar ja puak2 tu..Tp itulah dasar UMNO dan BN kita tahu antara politik dan tanggungjawab..teruskan usaha sebegini rakyat ada yg tahu menilai..walau tak ada sekalipun kita serahkan kpd kuasa Allah SWT..Insyaallah.
ReplyDeleteMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata laporan Ketua Audit Negara yang memuji peningkatan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kerajaan tidak ada "niat jahat" untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut.
ReplyDelete"Kalau kita nak menyembunyikan fakta, kita sepatutnya mencari jalan untuk menutup pujian (Ketua) Audit Negara yang diberikan kepada Pakatan. Itu sahaja (sudah) membuktikan kita tidak ada niat (jahat).
"Ini membuktikan ada negeri Pakatan yang bagus dan ada negeri yang diperintah BN yang bagus... Mana yang bagus kita mengucapkan tahniah," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan audit negara yang dibentang hari ini memuji kenaikan hasil di negeri yang ditadbirkan Pakatan Rakyat.
Kalau pakatan bagus mereka kena la tolong orang melayu yang akan kehilangan rumah. Kenapa Guan Eng tak belanja RM33.36 juta un tuk perumahan bumiputera? Ambik duit tu beli tanah yang tuan tanah nak jual buat balik rumah pada mangsa di situ. Ini tidak minta tolong pada mereka, mula kata boleh lepas tu file entah dimana. Kalau tak boleh, cakap je tak boleh, jangan dok sandiwara. Pas tu kata UMNO tak tolong pulak. Dah mereka beri harapan pada Pakatan Rakyat dari awal. Kalau jumpa UMNO kita tak mau cakap besar la, InsyaAllah kita akan usahakan. Yusmadi pun cakap boleh buat, pas tu cakap tak boleh buat pulak, Lawyer apa mcm tu. Lawyer asam pedas kut. Harap Pakatan Rakyat lingkup abis rumah orang melayu.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=IwrazJ35rzE&ytsession=c0_uq2c16NG3KRDOQ2q1jzCXBN0opxXPSh-kIHhTUH7BZ984jc9oeU__jiq6Zi9Gvnk4Dw1i79Es1ER0FJYhEuHSEZivn7_0Cx16eo2_rFOcN2Do-H1HbMEvnernDkoIhM0hRHhRxn858Pluq9EwhQ7oa-wooyfyRonEwRYVwfodvIeOGE5L1VDSg9JuRpqD7jr9c_OUsgRK6difNfv0yfQ-sPggAxNv5TqrAsxNhew
ReplyDeleteLepas satu, satu kampung akan jadi mangsa. Tunggu dan lihat kalu Pakatan Rakyat terus memerintah.
ReplyDelete