Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat
PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti
bermimpi siang hari.
Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan
‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada
jawatan tertentu dalam kementerian.
“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan
siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan
raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah
khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR
menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan
timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor
akhbar ini semalam.
Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang
disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum
tersebut.
“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam
pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini
tidak betul,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti
pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.
“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa
yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar
Ibrahim,” katanya.
Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu
mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi
kemenangan calon yang bertanding
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.